Suami nafi sudah ceraikan Izreen secara sah SUAMI kepada pelakon Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran. Muhamad Riza yang juga jurukamera bebas berkata, dia baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menunggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah. "Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi. "Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," katanya kepada mStar Online. Muhammad Riza diminta mengulas laporan sebuah akhbar kononnya dia telah melafazkan cerai terhadap Izreen Azminda yang dilakukan di lokasi penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.
Suami lafaz cerai di lokasi penggambaran PELAKON popular, Izreen Azminda mengesahkan bahawa hubungannya dengan Muhammad Riza sudah berakhir. Riza dilaporkan menceraikan Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang setelah berlaku pertengkaran di antara mereka. Lafaz cerai itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain. “Ya, kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya ia tak perlu diperbesarkan. “Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup harus diteruskan dan paling utama ialah saya ada anak untuk dibesarkan,” katanya dipetik akhbar tempatan, hari ini. Izreen Azminda dan Muhammad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.
|
mamyziyaad posted on 21-5-2014 08:28 AM
ye betol..ni dari info team produksi sendiri. Diceraikan. Kesian pada anak yg masih kecil
ADVERTISEMENT