Belum pun sempat album terbaru kumpulan lagenda Rock tanah air, Wings yang berjudulMenakluk Kosmos dilancarkan dan berada di pasaran, kita dikejutkan dengan berita album tersebut telah dicetak rompak.
Sebanyak empat buah lagu terbaharu Wings daripada album tersebut yang dipasarkan menerusi iTunes sejak dua bulan lalu boleh dimuat naik secara percuma. Lagu-lagu tersebut ialah ‘Peti Pandora Mu’, ‘Ingatkan Dia’, ‘Bisa Yang Tertunda’ dan ‘Hey Lihat Sini’. Kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku, Wings bagaimanapun tidak berdiam diri. Sebalik empat pemuzik berkaliber ini nekad menuntut hak mereka. Sebagai langkah pertama, Wings telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati sekitar jam 8.00 malam tadi. Menurut vokalisnya Awie, laporan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terbabit dengan penerbitan juga promosi album ini, tentang bagaimana kejadian cetak rompak itu boleh berlaku.
“Kita dapat tahu pada 17 Mei yang mana sebanyak 4 buah lagu telah dicetak rompak. Sedangkan album akan berada di pasaran pada 22 Mei. Malah salah satu lagu yang dicetak rompak itu sepatutnya akan menjadi runut bunyi kepada sebuah filem terbitan KRU. “Apabila mendapat tahu hal itu, Joe (gitaris) terus memaklumkan kepada pihak penerbitan album ini iaitu KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS). Bagaimanapun tiada sebarang tindakan yang dibuat oleh KRU Music sehinggalah ke hari pelancaran album ini iaitu pada 19 Mei lalu” “Jadi bila tiada apa-apa tindakan daripada KRU Music, kami terpaksalah buat tindakan sendiri dengan membuat laporan polis. Kami mahukan penjelasan daripada KRU dan pihak KPDNKK bagaimana hal ini boleh berlaku sekaligus menuntut hak kami” “Sekarang ini kami serahkan segalanya pada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Selepas itu baru kami akan fikirkan tindakan seterusnya”, kata Awie ketika dihubungi, malam tadi. “Sudah 13 tahun kami tidak ada album. Kalau nak diikutkan kami antara band lama yang masih aktif dan bertapak kukuh dalam industri. Album inilah sebagai kelangsungan untuk kami cari makan. Kalau sudah dicetak rompak, macam mana nak dapat royalti nanti” “Tambahan kami ambil masa yang lama untuk hasilkan album ini. Saya sendiri ambil masa selama setahun untuk pulihkan kembali semangat saya untuk menyanyi. Dan kami sedaya upaya menghasilkan lagu-lagu paling terbaik untuk peminat-peminat kami” “Tapi bila jadi macam ni, saya sangat kecewa. Segala penat lelah dan usaha kami selama ini ibarat macam sampah. Itu baru empat lagu yang dicetak rompak, kalau tiada tindakan apa-apa diambil, entah selepas ni mungkin keseluruhan lagu dalam album itu akan sewenang-wenangnya dicetak rompak,” tambah Awie yang tampak kesal dengan kejadian ini.
|
kaklehot posted on 21-5-2014 01:37 PM
normal la tu lagu dicetak rompak...puak2 KRU pon kaki cetak & ciplak...opppss
kaklehot posted on 21-5-2014 01:37 PM
normal la tu lagu dicetak rompak...puak2 KRU pon kaki cetak & ciplak...opppss
SyaAnis posted on 21-5-2014 01:24 PM
conpius nih..
lagu dah masuk itunes 2 bulan lepas? itunes ni kire berbayar la kan? sori takdak ip ...
zila_hakimie posted on 21-5-2014 01:24 PM
Sebanyak empat buah lagu terbaharu Wings daripada album tersebut yang dipasarkan menerusi iTunes sej ...
mixed posted on 21-5-2014 02:11 PM
setau aku itunes ni utk penguna iphone mana ada FREE suma berbayar
aku pn pakai iphone yg free ga ...
ADVERTISEMENT