"Rancangan saya ialah untuk bekerja dengan Proton dan menjadikannya berjaya," katanya kepada pemberita pada majlis Makan Malam Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Tahunan Asian Banker 2014, di sini hari ini. Laporan berita hari ini menyatakan Dr. Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Proton yang dilihat sebagai langkah paling berani DRB-Hicom Bhd. setakat ini dalam usaha menangani kemerosotan Proton sejak ia mengambil alih syarikat itu pada tahun 2012. Sejak menjadikan Proton milik swasta, DRB-Hicom telah berusaha menangani kemerosotan dengan memberi tumpuan kepada pelbagai langkah transformasi pengurusan yang radikal. Pelantikan Dr. Mahathir dilihat sebagai langkah bijak memandangkan pengetahuan luas dan pengaruh bekas perdana menteri itu kepada industri itu serta kerajaan.
Dr. Mahathir yang juga penasihat pengeluar kereta perintis negara sejak bersara sebagai perdana menteri pada 2003 bagaimanapun tidak mengulas sama ada Pengerusi Eksekutif sekarang, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil akan berundur daripada jawatan itu. Tambah laporan itu, Dr. Mahathir juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lotus Plc, anak syarikat milik penuh Proton dan difahamkan telah menerima kedua-dua pelantikan terbabit. Pada zaman kegemilangannya, Proton yang mengeluarkan lebih 3.5 juta kenderaan di kilangnya di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak, menguasai sehingga 85 peratus pasaran kereta domestik. - Bernama |
1
Bagus |
15
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pakwetizzaqyah posted on 21-5-2014 12:36 AM
ko rasa2 panjang ke pendek anu...eh umor orang tua ni....dah nak jadi pengerusi proton dah
totokreturn posted on 21-5-2014 12:38 AM
pegang petronas jadi pengerusi, habis anak2 kaut segala projek yg dulu petornas buat, anak2 dia yg ...
tumpanglalu74 posted on 21-5-2014 12:15 AM
Ade brani ka Che Det? Dulu2 Che Det brani cuit bapak Bush tegor pase Palestin ke hape ntah skali tu ...
pakwetizzaqyah posted on 21-5-2014 12:59 AM
doakan bapak sndiri sihat tinggalkan harta untuk faraid lagi bagus dari doakan orang tua yang dah ...
freebird posted on 20-5-2014 05:05 PM
bukan ke mamak kerala ni dulu pernah jadi pengerusi proton??? sebab tu proton lingkup...
proton ...
CiliPadiSedap posted on 21-5-2014 12:59 AM
bail out lah nampaknya.
che det buat proton makin di benci masyarakat
rashiman posted on 21-5-2014 01:23 AM
sepatutnya kita sama-sama menyokong dan mendoakan kejayaan Proton.
ADVERTISEMENT