CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr. Mahathir Minta Kerajaan Lindungi Proton

23-5-2014 11:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9517| Komen: 88

Description: Tun Dr. Mahathir Mohamad Meletakkan Harapan Agar Kerajaan Dapat Menyediakan Satu Langkah Bagi Membolehkan Proton Dilindungi Daripada Persaingan Kereta-Kereta Import Yang Kini Membanjiri Pasaran Negara ...



TOKYO 22 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan harapan agar kerajaan dapat menyediakan satu langkah bagi membolehkan Proton dilindungi daripada persaingan kereta-kereta import yang kini membanjiri pasaran negara.

Bekas Perdana Menteri berkata, Proton memerlukan perlindungan itu kerana ia dianggap masih baharu dalam industri automatif global.

"Keluaran kami masih kecil, sukar untuk kami (Proton), operasi kami belum dalam keadaan skala ekonomi yang baik, jadi pada masa ini sukar bersaing dengan syarikat automotif yang lebih besar kerana mereka mempunyai skala ekonomi," katanya pada sesi dialog dengan panel antarabangsa pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia di sini hari ini.

Berkuat kuasa 16 Mei baru-baru ini, Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi baharu Proton Holdings Bhd. (Proton) menggantikan Tan Sri Mohd. Khamil Jamil. Beliau yang merupakan Penasihat Proton sejak 2003 juga dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus plc.

Menurut Dr. Mahathir, Proton diwujudkan sebagai sebuah syarikat automotif nasional dan pernah menguasai 80 peratus pasaran kereta dalam negara.

Bagaimanapun, pada ketika ini ia telah merosot kepada 23 peratus sahaja ekoran dasar liberal pengimportan kereta oleh kerajaan.

"Kita cuba bersaing sebaik mungkin, cara terbaik ialah mengembangkan pasarannya ke peringkat antarabangsa," katanya.

Dr. Mahathir menambah, Proton tidak mahu menjadi seperti Thailand yang hanya memasang dan mengeksport kereta sahaja tetapi Proton mahu berusaha lebih daripada itu.

"Kita mahu belajar dari A hingga Z, jadi kita tidak mahu mengeksport seperti cara Thailand," katanya. 

9

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 23-5-2014 09:33 AM
umpama mintak gomen lindungi spesis terancam peyno jah...
Quote NIXAR 23-5-2014 09:33 AM
Dr. Mahathir menambah, Proton tidak mahu menjadi seperti Thailand yang hanya memasang dan mengeksport kereta sahaja tetapi Proton mahu berusaha lebih daripada itu.

"Kita mahu belajar dari A hingga Z, jadi kita tidak mahu mengeksport seperti cara Thailand," katanya. - UTUSAN


x cukup belajar lagi ke Tun? dah lebih 20 tahun.....
Quote sup@rm@n 23-5-2014 09:37 AM
Sudah2 le che det oi.. duk dendiam nun. Dah banyak mende ko jahanamkan. Baik ko diam sajelah
Quote airfilterkotor 23-5-2014 09:39 AM
"Keluaran kami masih kecil, sukar untuk kami (Proton), operasi kami belum dalam keadaan skala ekonomi yang baik, jadi pada masa ini sukar bersaing dengan syarikat automotif yang lebih besar kerana mereka mempunyai skala ekonomi," katanya pada sesi dialog dengan panel antarabangsa pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia di sini hari ini.

Syukurlah kat Johor jer ada 26 pusat pameran. Kuasa beli jawa tinggi. Proton dah bau semua tu dah.
Sedikit sebanyak menyumbang penjualan produk Proton.


Tapi kann.... masih ada orang tak puas ati ngan aku. Pesal?
Quote dino 23-5-2014 09:40 AM
NIXAR posted on 23-5-2014 09:33 AM
x cukup belajar lagi ke Tun? dah lebih 20 tahun.....

tak cukup lg ka teksi kena guna proton.. jabat gomen pakai kereta proton...
Quote CiliPadiSedap 23-5-2014 09:41 AM
NIXAR posted on 23-5-2014 09:33 AM
x cukup belajar lagi ke Tun? dah lebih 20 tahun.....

keturunan mamak kacuk san miguel.

apa boleh harap.

pandai makan duit haram je.
Quote dino 23-5-2014 09:41 AM
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:39 AM
Syukurlah kat Johor jer ada 26 pusat pameran. Kuasa beli jawa tinggi. Proton dah bau semua tu dah. ...

sedikit sbyk menyumbang pendapatan perkapita peyno
Quote CiliPadiSedap 23-5-2014 09:42 AM
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:39 AM
Syukurlah kat Johor jer ada 26 pusat pameran. Kuasa beli jawa tinggi. Proton dah bau semua tu dah. ...

kereta global preve projek lembu putih.

tgklah brape sales global.

tun mahathir pandai cakap je.

tak pandai buat. ckp kosong je.
Quote katokcun 23-5-2014 09:42 AM
turunkan dulu hage kereta nasional tu...
Quote airfilterkotor 23-5-2014 09:45 AM
dino posted on 23-5-2014 09:41 AM
sedikit sbyk menyumbang pendapatan perkapita peyno

Menggeletar jari kawan tu nak reply bila baca posting ko neh.
Quote dino 23-5-2014 09:47 AM
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:45 AM
Menggeletar jari kawan tu nak reply bila baca posting ko neh.

kena quarantine ka skrg neh...  
Quote gaara_X 23-5-2014 09:48 AM
Mas dah nak kena bungkus dah...
Quote Badut.Sarkas 23-5-2014 09:49 AM
semoga kerajaan melindungi proton sebab proton = melayu = tongkat.
Quote airfilterkotor 23-5-2014 09:49 AM
CiliPadiSedap posted on 23-5-2014 09:42 AM
kereta global preve projek lembu putih.

tgklah brape sales global.

Kan madey dah menaku, produksi dorang kecik.
Layan maen dalam mesia ajer laa.



Quote a_gen2 23-5-2014 09:50 AM
dino posted on 23-5-2014 09:47 AM
kena quarantine ka skrg neh...

kena lagi ke???
Quote kecimpret 23-5-2014 09:50 AM
duit cover MAS divert ke proton..bijak!
Quote vespa_oren 23-5-2014 09:50 AM
Biarpun preve dapat 5star ancap pun orang tetap beli kereta import bawah rm100K yang diimport dari thailand biarpun hanya 2airbag
Quote airfilterkotor 23-5-2014 09:51 AM
dino posted on 23-5-2014 09:47 AM
kena quarantine ka skrg neh...

Kena sorok ngan antu terowong. Kahkahkahh...
Quote dino 23-5-2014 09:57 AM
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:51 AM
Kena sorok ngan antu terowong. Kahkahkahh...

bigfoot?? makhluk berbulu??.... sila tabur garam....

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.403928 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top