View: 5663|Reply: 42
|
[Tempatan]
Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Proton
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton)‎ yang pengumuman rasmi mengenainya dijangka diumumkan esok.
"Rancangan saya ialah untuk bekerja dengan Proton dan menjadikannya berjaya," katanya kepada pemberita pada majlis Makan Malam Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Tahunan Asian Banker 2014, di sini hari ini.
Laporan berita hari ini menyatakan Dr. Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Proton yang dilihat sebagai langkah paling berani DRB-Hicom Bhd. setakat ini dalam usaha menangani kemerosotan Proton sejak ia mengambil alih syarikat itu pada tahun 2012.
Sejak menjadikan Proton milik swasta, DRB-Hicom telah berusaha menangani kemerosotan dengan memberi tumpuan kepada pelbagai langkah transformasi pengurusan yang radikal.
Pelantikan Dr. Mahathir dilihat sebagai langkah bijak memandangkan pengetahuan luas dan pengaruh bekas perdana menteri itu kepada industri itu serta kerajaan.
Dr. Mahathir yang juga penasihat pengeluar kereta perintis negara sejak bersara sebagai perdana menteri pada 2003 bagaimanapun tidak mengulas sama ada Pengerusi Eksekutif sekarang, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil akan berundur daripada jawatan itu.
Tambah laporan itu, Dr. Mahathir juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lotus Plc, anak syarikat milik penuh Proton dan difahamkan telah menerima kedua-dua pelantikan terbabit.
Pada zaman kegemilangannya, Proton yang mengeluarkan lebih 3.5 juta kenderaan di kilangnya di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak, menguasai sehingga 85 peratus pasaran kereta domestik. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr M sayang dengan Proton yg diasasnya, sebab itu beliau mahu terus berkhidmat dgn Proton. |
|
|
|
|
|
|
|
tikus baiki labu
ada sometimers disease plak tu
Last edited by MarryPottet on 21-5-2014 12:21 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tolong La Buat Kete Letrik
Ade brani ka Che Det? Dulu2 Che Det brani cuit bapak Bush tegor pase Palestin ke hape ntah skali tu.
Kalo Che Det buat kete letrik, kami dah tak payah beli petrol dah. Tapi Petronas pon masih ikut telunjuk Che Det jugak sebab nak tunjuk hormat.
Jadi ape yang Che Det boleh sumbangkan pada rakyat, dengan terlantiknye Che Det nanti? ![](static/image/smiley/default/love0072.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
hancus lagi...![](static/image/smiley/default/3doh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 21-5-2014 12:17 AM ![](static/image/common/back.gif)
hancus lagi...
ko rasa2 panjang ke pendek anu...eh umor orang tua ni....dah nak jadi pengerusi proton dah
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 21-5-2014 12:36 AM ![](static/image/common/back.gif)
ko rasa2 panjang ke pendek anu...eh umor orang tua ni....dah nak jadi pengerusi proton dah
pegang petronas jadi pengerusi, habis anak2 kaut segala projek yg dulu petornas buat, anak2 dia yg rembat... pasnih proton lak... anak yg mana lak kaut semua.... tikus rembat labu...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...
Pemikiran dan jasa Che Det masih relevan sehingga kini.
Moga Allah kurniakan beliau kesihatan untuk bekerja dan beribadat.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang nyanyok di ambik jadi pengerusi...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
hancus!!!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 21-5-2014 12:38 AM ![](static/image/common/back.gif)
pegang petronas jadi pengerusi, habis anak2 kaut segala projek yg dulu petornas buat, anak2 dia yg ...
doakan bapak sndiri sihat tinggalkan harta untuk faraid lagi bagus dari doakan orang tua yang dah kaya raya ni sihat...kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 posted on 21-5-2014 12:15 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ade brani ka Che Det? Dulu2 Che Det brani cuit bapak Bush tegor pase Palestin ke hape ntah skali tu ...
bail out lah nampaknya.
che det buat proton makin di benci masyarakat![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 21-5-2014 12:17 AM ![](static/image/common/back.gif)
rakyat sayang preve
kereta global jual laku kat malaysia je.
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 21-5-2014 12:59 AM ![](static/image/common/back.gif)
doakan bapak sndiri sihat tinggalkan harta untuk faraid lagi bagus dari doakan orang tua yang dah ...
Dulu dia dah rosakkan protong, skarang amik lagi.. makin jahanam duit negara dibalun si kitol...
|
|
|
|
|
|
|
|
freebird posted on 20-5-2014 05:05 PM ![](static/image/common/back.gif)
bukan ke mamak kerala ni dulu pernah jadi pengerusi proton??? sebab tu proton lingkup...
proton ...
apa kelas mabuk ketum..
san miguel baru ada bunyik2 kokosen
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm usia -usia gitu tak perlulah nak pegang jawatan besar gini, tambahan pula Proton banyak masalah...dok rumah mengaji lagi baik |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 21-5-2014 12:59 AM ![](static/image/common/back.gif)
bail out lah nampaknya.
che det buat proton makin di benci masyarakat
sepatutnya kita sama-sama menyokong dan mendoakan kejayaan Proton. |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman posted on 21-5-2014 01:23 AM ![](static/image/common/back.gif)
sepatutnya kita sama-sama menyokong dan mendoakan kejayaan Proton.
menyokong ?
dah brape lama sokong?
kereta korea mula lagi lambat daripada proton?
tp sales lagi power berbanding proton?
siap bawa masuk ke malaysia branding under naza group?
so nak apa lagi proton???
nak kena tipu hidup2 lg?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|