CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isu Power Rangers Buat Neelofa Lebih Berwaspada

19-5-2014 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22455| Komen: 58

Isu Imej 'Power Rangers' Buat Neelofa Waspada Berfesyen


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui kegagalannya menggayakan fesyen pada majlis anugerah Meletop terbitan Astro pada Februari lalu sehingga dikecam pelbagai pihak membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih fesyen pakaian sebelum menghadiri sesebuah majlis.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, kritikan yang diterima itu membuatkan dia lebih matang dalam memilih baju yang ingin digayakan terutamanya pada majlis-majlis besar.

"Fesyen itu subjektif, fesyen boleh mengangkat artis untuk menjadi seorang ikon dan sebaliknya mampu menjatuhkan imej mereka juga.

"Saya tidak rasa bersalah kerana kesilapan berfesyen pada majlis anugerah Meletop tempoh hari kerana bagi saya jika ramai yang kritik ia akan lebih mematangkan saya," katanya kepada mStar Online.

Neelofa berkata demikian ketika ditanya tentang gaya busananya pada majlis pelancaran hlive!  Isnin lalu yang lebih sopan rekaan khas oleh Rosix Wanpa.


Pakaian Neelofa ketika majlis pelancaran hlive!, Isnin lalu.

Pada majlis itu Neelofa tampil anggun dengan pakaian gaun labuh berwarna coklat dengan motif bunga berwarna hitam.

Sebelum ini dia pernah dikritik  apabila mengayakan baju ketat yang dikatakan mirip kartun Power Rangers ketika mengacarakan Anugerah Meletop pada 8 Februari lalu.


Fesyen Neelofa yang dikritik ketika mengacarakan anugerah Meletop Februari lalu.

Tambahnya disebabkan perkara itu juga dia sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dari semasa ke semasa.

"Semua orang pernah salah berfesyen, malah artis luar negara pun selalu dikritik tentang fesyen kerana kadang-kadang kita akan terlepas pandang.

"Namun saya akui sebagai artis kita perlu mengikuti perkembangan fesyen setiap masa," ujarnya.


Pakaian Neelofa ketika majlis pelancaran hlive!, Isnin lalu.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 18-5-2014 10:26 AM
Go Go Power Rangers!
Mighty Morphine Power Rangers!
Quote Innrukia 18-5-2014 10:28 AM
Dia ni lawa, cuma agak katik so kna pandai pilih ler....
kalau tinggi lampai ok jaaa baju power rnagers tu
Quote enchikfitz 18-5-2014 10:36 AM
Pilih baju sbb x de taste ke atau sebab nak jaga hati sponsor?
Quote bambimo 18-5-2014 10:50 AM
Alamak makeup dia buat dia nmpk berusia kali ni...
Quote Leonarzi 18-5-2014 10:55 AM
Baju power rangers dia tu sampai skrg masih misteri tatau sapa pereka sebenar...wanpa x ngaku...hattadolmt x ngaku....
Quote batman_2007 18-5-2014 11:01 AM
Wanpa yg reka power rangers tu kan
Quote annehuda 18-5-2014 11:03 AM
neelofa nampak tua ngan mekap n dandanan mcm tu. baju dah ok dah. plg tak menahan rambut shiny sgt smpi nmpk mcm grey roots la plak
Quote capiloton 18-5-2014 11:20 AM
haa, macam ni kan ker comel..
apa kejadah pakai sendat bontot melekat..
lain kali kasik lempang jer penasihat fashion designer bodo takde taste tu..


Last edited by capiloton on 18-5-2014 11:21 AM

Quote kakikuDibibirmu 18-5-2014 11:22 AM
hatta dolmat sekalipun
Quote akik 18-5-2014 11:23 AM
lopa ni kalau tak make up comel gak sebenarnya.tapi make up kat atas tu membuatkan dia nampak macam kakak2 pakistan.
Quote Leonarzi 18-5-2014 11:29 AM
kakikuDibibirmu posted on 18-5-2014 11:22 AM
hatta dolmat sekalipun

Kelakar ayat kaka senah...
Quote pakwetizzaqyah 18-5-2014 11:52 AM
enchikfitz posted on 18-5-2014 10:36 AM
Pilih baju sbb x de taste ke atau sebab nak jaga hati sponsor?

sbb nak tunjuk barang
Quote solstice 18-5-2014 01:16 PM
Bagus lah mengakui kesilapan
X perlu meroyan
Just move on
Kenyataannya baju tu memang teruk
Fashion fail
Yg lg teruk sbb seksi & lucah ckit

Tk payah lah jd cam becca yg gigih nk defend baju teletubbies tu
Dok diam2 better
Sah2 lah baju tu teruk
Quote solstice 18-5-2014 01:17 PM
Mohon lofa kurang kan baju seksi
Nmpk cam pompuan murahan & bimbo
Quote solstice 18-5-2014 01:18 PM
Lofa pon masih muda & mentah
Byk lg yg dia kena belajar esp bab pemakaian ni
Quote solstice 18-5-2014 01:21 PM
Susah nk elak bimboness bila dok dlm industri hiburan ni
Yuna yg bijak tu pon dah makin seksi
Kena balance masa pergaulan dgn org2 luar dunia hiburan jugak
Kwn aku citer org2 industri hiburan ni esp retis mcm x amik tau dunia luar
Seolah2 dunia ni revolve around them jer

Lofa ni ok jugak lah sbb byk kawan kolej & bisnes.. dan family yg ramai
Quote red_devilgiggs 18-5-2014 01:22 PM
Baguslah...baju tersebut mmg super buruk
Quote mzzenma 18-5-2014 01:30 PM
Yes lofabulous..baju tu memang hazab..huduh and menampakkan badan anda pendek

So belajar dari kesilapan k? At least lopa tak kona baring kn..tak salahkan sapa2 kan..good lopa.

Dah lepas ni no more sexy2. Your dilligence, intelligence and beauty dah cukup dah. Bukannya lopa buat bisnes kerang busuk pun kn??

Kalau berhijab lagi sploh juta kali lawa.
Quote naina 18-5-2014 01:33 PM
less is more..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.247150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top