CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shaheizy Sam Ingin 12 Orang Anak

16-5-2014 05:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13169| Komen: 76



BERTEMU dengan pelakon Shaheizy Sam pada majlis pengumumannya sebagai duta produk Kicap Mahsuri di Restoran Rebung, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia masih sama seperti dahulu.

Orangnya peramah, berfikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata dan masih membawa ibunya, pelakon Khaty Fauziah ke mana-mana majlis.

Katanya, selain menjalani penggambaran, dia akan sentiasa bersama ibunya yang senang dipanggil sebagai mummy itu.

Sempena sambutan Hari Ibu pada hujung minggu lalu, Sam memberitahu, setiap tahun dia wajib meraikan ibunya itu dengan caranya sendiri.

Jika tidak membeli barang permintaan ibunya, dia akan membawa wanita yang sangat disayanginya dalam hidupnya itu bercuti sama ada dalam atau ke luar negara.

"Saya wajib raikan sambutan Hari Ibu. Tahun ini saya membelikam sesuatu untuk mummy dan mungkin akan bercuti dalam negara sahaja. Malaysia pun banyak tempat menarik yang belum saya lawati," ujarnya.

Sam yang masih tinggal bersama ibunya memberitahu, wanita kesayangannya itu merupakan tulang belakang atas kejayaannya hari ini. Justeru, dia amat selesa untuk membawa ibunya ke mana sahaja kakinya melangkah.

"Ibu yang membentuk saya menjadi Shaheizy Sam hari ini. Dia seorang ibu yang tegas tetapi pada masa yang sama amat menghormati minat dan pendapat anak-anak. Ibu juga mengajar saya supaya sentiasa menjaga hati orang sekeliling.

"Jika saya sedang bekerja di set penggambaran, ketika itu saya tidak mahu diganggu sesiapa termasuk keluarga kerana mahu fokus seratus peratus. Selepas waktu kerja, masa saya hanya untuk keluarga," tuturnya.

Menyentuh tentang soal keluarga, pelakon yang memenangi pelbagai anugerah itu memberitahu, dia sudah lama bersedia untuk menamatkan zaman bujang sementelah usianya sudah menjangkau angka 32 tahun.

Apatah lagi melihat rakan-rakan seusianya sudah mengusung anak masing-masing membuatkan hati kecilnya sedikit cemburu.

"Saya sudah bersedia untuk berkahwin, kalau boleh memang ingin kahwin segera. Impian saya ingin memiliki 12 orang anak kerana saya suka keluarga yang besar.


FIGURA ini mengakui dirinya sudah bersedia untuk berkahwin.

"Seronok bila lihat rakan yang lain bawa anak kecil, saya pula hanya menumpang kasih enam orang anak buah. Jika mahu merealisasikan impian keluarga yang besar saya harus segera kahwin kerana bimbang usia sudah lanjut tetapi anak-anak masih kecil," ujarnya.

Bagaimanapun sehingga hari ini, dia belum bertemu dengan calon isteri yang serasi dengannya.

"Pernah berkawan dengan beberapa wanita tetapi mungkin kerana jodohnya belum tiba, hubungan cinta itu terputus di tengah jalan.

"Bohonglah saya tidak berkawan dengan sesiapa pada usia sebegini. Mungkin belum jodoh, jadi saya belum ada calon isteri.

"Saya hanya mampu berdoa diberikan jodoh terbaik tetapi itu urusan Allah. Bila dan siapa wanita itu, saya sendiri tidak tahu," katanya.

Simpan wang

Berbicara tentang kerjaya lakonannya, Sam mengakui yang dia semakin selektif dalam memilih karya meskipun pada asalnya kerjaya lakonan dijadikan tempat cari makan demi kelangsungan hidup.

Ujarnya, zaman mengambil segala tawaran yang datang sudah berlalu kerana kini dia perlu bijak memilih karya untuk memastikan lakonannya sentiasa dinanti penonton.

"Ketika mula-mula kerja (berlakon) dulu, memang saya bekerja untuk wang. Saya perlukan wang untuk menampung kehidupan dan menyimpan andai terdapat kecemasan dalam ahli keluarga saya.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah dapat menyimpan. Tidaklah mewah tetapi cukup makan dan pakai. Ada lebihan wang, saya gunakan untuk pelaburan demi masa depan sendiri," tuturnya.

Menurutnya lagi, dibesarkan dalam keluarga seni, Sam melihat sendiri perjalanan insan seni sekelilingnya.

Katanya, ada yang hidup melarat kerana tidak beringat sewaktu popular dan ada yang hidupnya stabil kerana mempunyai perancangan rapi untuk masa depan.

"Saya lihat sendiri apa yang berlaku andai kita tidak beringat ketika mempunyai wang. Walaupun niat untuk pakai kereta dan barangan mewah wujud dalam diri, saya tolak jauh-jauh kerana sedar keperluan untuk menyimpan.

"Kerja sebagai pelakon bukanlah satu pekerjaan yang tetap, jadi saya harus bijak menggunakan wang yang ada untuk kelangsungan hidup. Biarlah hidup secara sederhana asalkan tidak menyusahkan orang lain," ujarnya.


SAM berbangga dengan ibunya yang telah menjaga dirinya selama ini. 


Menyentuh tentang kemunculan ramai pelakon baharu, Sam langsung tidak bimbang andai dia dilupakan suatu hari nanti oleh peminatnya kerana itu sudah lumrah kehidupan yang harus diterimanya.

"Setiap orang ada jangka hayatnya, begitu juga dengan selebriti. Mungkin sekarang orang ingat pada saya tetapi beberapa tahun akan datang belum tentu lagi. Perkara itu saya tidak boleh kawal.

"Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga mempunyai kejatuhan, inikan pula saya yang tidak sehebat dia. Selagi saya mempunyai kudrat untuk bekerja, saya akan terus berlakon. Orang ingat atau tidak, saya anggap itu rezeki yang diberi Allah," katanya.

Duta produk


Populariti yang diraih Sam membuatkan dia menjadi buruan pelbagai produk untuk mengambilnya sebagai jurucakap. Terbaharu, selepas Nescafe, Sam dilantik sebagai duta produk Kicap Mahsuri.

Kontrak yang ditandatangani selama enam bulan itu diterima Sam kerana realitinya dia seorang penggemar kicap.

"Sebelum menerima sebarang tawaran menjadi duta produk, saya pastikan produk itu dekat dengan diri saya. Produk kicap, saya terima sebab kicap merupakan makanan yang wajib setiap kali saya makan nasi.

"Rasanya ramai lelaki sama seperti saya, cukup jika ada nasi, telur goreng dan kicap. Tambahan pula, Kicap Mahsuri terdapat pelbagai perisa sesuai untuk seisi keluarga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sam baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Goolll yang mengisahkan tentang peminat ekstrem bola sepak tempatan.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 15-5-2014 06:47 AM
semoga tercapai impian 12 orang anak ya sam... pastikan juga bakal isteri sanggup beranak dobelas kali
Quote achik2009 15-5-2014 06:53 AM
rosasa posted on 15-5-2014 06:47 AM
semoga tercapai impian 12 orang anak ya sam... pastikan juga bakal isteri sanggup beranak dobelas ka ...

kang tak pasal2 pompuan takut nak kawin dgn dia sbb nak kena jadi kilang anak...
Quote ais_kosong 15-5-2014 07:45 AM
sapa sanggup?
Quote burque 15-5-2014 07:49 AM
Kalau dah cinta jangan ckp jadi kilang anak
Jadi punching bag pun sanggup
Quote miss_rose 15-5-2014 08:01 AM
Kawin 4.. setiap bini lahir 30rg anak dpt la 12..
Quote Dahsyat!! 15-5-2014 08:08 AM
abam sam ni nampak bijak... terharu saya...
Quote skymania 15-5-2014 08:32 AM
putri najwa sanggup kot..
Quote kokocrunch 15-5-2014 08:47 AM
moga tercapai hasrat Shaheizy Sam..
Quote pasuoren 15-5-2014 08:53 AM
..
"ingin"..."ingin"...
"ingin" sampai 12 anak....tak beragak...
kawen dulu...

ada anak dulu..
baru cerita pasal "ingin"...



Quote wookiehoney 15-5-2014 08:54 AM
kahwin 4
sorang beranak 3 orang


kan dah tercapai
Quote Suchi 15-5-2014 09:15 AM
achik2009 posted on 15-5-2014 06:53 AM
kang tak pasal2 pompuan takut nak kawin dgn dia sbb nak kena jadi kilang anak...

kawen ngn pompuan muda lah
umur 18 tahun, insyaallah mampu beranak ramai
umur 30 an stop n pasang bdn.. pehtu bila ngn ank2 mcm  kakak n adik je huhu
mcm kakak kwn ai gitulah
dia jenis petite kawen umur 18/19 gitu, ank sulong pompuan skrg dah form1/2 tak igt tp mmg sek men lah.
ank dia tuh selalu merungut takmo gi kedai atau soping ngn ibu dia sbb dah bosan org pikir ibu dia tuh kawan dia.
anehnya ank dia tu rasa sentap sbb terasa dah tua sbb org igt mak dia tu kawan dia ahahaha
dia ckp kakak malu lah, org asik kata ibu tu kawan kakak.. wakakaka

patut vangga mak kita masih nmpk muda remaja.
Quote coconico 15-5-2014 09:20 AM
blh je nak dpt anak smp 12 ni. kene ada kilang lebih dr satu la
Quote menjad 15-5-2014 09:23 AM
Kawin 4 terus... Cukup kuota... Sorang branak 3x....
Quote azie.dz 15-5-2014 09:24 AM
alahai anak mak ni...
Quote mahalnya 15-5-2014 09:24 AM
kicap mahsuri


12 org anak
Quote pjade 15-5-2014 09:25 AM
Jangan "nak" aje.. Sesapa pun boleh kata "nak".. Apa kata pi kawen dulu, pastu try sorang, tengok, ada sanggup?
Quote tomet05 15-5-2014 09:32 AM
wau .. vangga anak 12 ..
Quote edoraixora 15-5-2014 10:13 AM
panjangnye artikel.....malas nk bace abes

"Ibu yang membentuk saya menjadi Shaheizy Sam hari ini. Dia seorang ibu yang tegas tetapi pada masa yang sama amat menghormati minat dan pendapat anak-anak. Ibu juga mengajar saya supaya sentiasa menjaga hati orang sekeliling

anak mak....ikut macam mak ajar
tak macam si kakak

Quote duniaku85 15-5-2014 10:13 AM
jenuh la perempuan jugak yg menanggung sakit sbb impian dia tu..dia sng je..mne ada rasa sakit nk beranak? tak rasa seksa nk bw perut besar..tak rasa seksa nk bersalin..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.365259 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top