KL, 13 MEI 2014: Rasanya ini bukan pertama kali Murai Batu dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya kerana sebelum ini pernah juga terjadi dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia. Tapi baru-baru ini, Murai Batu terima satu kiriman mesej dari seorang pelanggan dan peminat Mawar dan tudungnya mengenai sikap yang kurang ajar admin Mawar Fareed Fanpage seolah-olah mahu menyindir pelanggan di dalam akauan Facebook tersebut. Dalam komen tersebut, pelanggannya mengadu tag jenama Fareeda sering terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya, namun dibidas oleh admin akaun tersebut dengan menyindir seperti tidak percaya dengan masalah pelanggannya itu dan memberitahu jika dikikis dengan pisau pun tak mungkin tag mereka terkeluar. Wah nampaknya, admin Mawar duta produk Fareeda ini tidak serik lagi setelah beberapa kali ditegur dan sikapnya itu dianggap tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan. Entah lah, Murai Batu rasa dalam situasi ini admin Fareeda harus lebih bersabar melayan pelanggan kerana bak kata pepatah mat saleh, "customer always right"bukan?
|
ADVERTISEMENT