CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Dilema Artis Berhijrah

12-5-2014 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7760| Komen: 7


Gambar hiasan 











TAHUN demi tahun, industri seni kini memperlihatkan peningkatan golongan selebriti yang tampil dengan penghijrahan ke arah kebaikan.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, penghijrahan mereka wajar dijadikan contoh kepada rakan selebriti yang masih berada dalam kepompong lama.

Sebelum ini, keputusan Irma Hasmie, Diana Amir, Abby Abadi dan Mizz Nina, amat memeranjatkan peminatnya namun usaha itu dilihat sebagai satu penghijrahan yang lebih baik untuk kehidupan mereka.

Pada tahun ini, bilangan itu semakin bertambah apabila beberapa selebriti turut mengikut jejak langkah yang sama termasuk pelakon baharu, Bella Dally, Ummi Nazeera dan aktres seksi, Rabecca Nur Al-Islam.

Malah, beberapa nama lain termasuk Yatt Hamzah, Ayu Raudhah, Memey Suhaiza, Siti Nordiana, Nora, Liza Hanim, Raja Farah, Fiza & Azza Elite, Natasha Hudson, Syarifah Aleya, Syarifah Sofea, Wardina, Shila Amzah, Puteri Sarah Liyana, Melissa Saila dan Farah Anuar, dilihat terus istiqamah dalam berhijab.

Tidak kurang juga dalam kalangan selebriti lelaki yang memilih untuk mendekati Islam termasuk Iwan Dangdut, Sham Kamikaze, Adam AF, Noh, Piere Andre, Renggo Arrow, Ali & Mael XPDC, Aeril Zafrel dan Syamsul Yusof.

Penghijrahan ini adalah satu keputusan yang terbaik dalam kehidupan umat Islam, namun untuk golongan selebriti, pastinya mereka turut berdepan dengan pelbagai masalah.

Ada satu ketika, beberapa selebriti ini mengakui turut dihina dan dipulaukan rakan-rakan apabila membuat keputusan untuk berubah.

Malah, pelakon dan penceramah bebas, Catriona Rose dan anggota kumpulan Al Mawlid, (Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Zaf VE), turut menerima tekanan hebat daripada rakan-rakan yang tidak sehaluan.

Bukan sahaja penerimaan daripada rakan-rakan, malah kebanyakan golongan selebriti berhijrah amat sukar menerima peluang untuk beraksi di layar.

Perkara ini turut diakui oleh selebriti cantik, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 34.

Oleh hal yang demikian, personaliti ini tampil menghulurkan bantuan kepada golongan rakan artis yang berhadapan dengan kekangan peluang dalam industri.

Apa bentuk bantuan yang bakal diberi? Kita ikuti temu bual khas pemilik butik pakaian Muslimah, Suci by Yatt Hamzah, ini dalam usaha murninya itu...


Hampir dua tahun berhijrah, adakah anda turut berdepan dengan permasalahan dalam industri?

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, rezeki saya masih ada dalam industri dan tawaran masih diterima. Namun, dalam hal ini, saya pula yang berdepan dengan kekangan masa apabila dunia saya kini bukan hanya bersandarkan kepada lakonan semata-mata. Kalau dulu, lakonan menjadi perkara utama, kini tidak lagi. Saya lebih mengutamakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan terlebih dahulu. Ada tawaran yang diberi terpaksa ditolak atas kepadatan jadual. Selain itu, saya juga akan lebih 'selektif' untuk memilih jalan cerita dan watak, bersesuaian dengan imej saya kini.


Bergelar selebriti dalam dua 'zaman' yang berbeza, apakah perbezaan ketara yang anda rasainya dalam industri?

Banyak perbezaan di antara zaman 'gelap' dan sekarang. Kalau dahulu kita bebas bergaul, kini perkara itu amat dititikberatkan. Begitu juga dengan naskhah. Namun, saya bernasib baik kerana walaupun saya berhijab, namun masih ada tawaran lakonan.

Selain itu, saya tidak hanya bergantung kepada lakonan semata-mata kerana saya sibuk dengan perniagaan, aktiviti dakwah, ceramah dan motivasi serta pengacaraan. Pun begitu, ramai di kalangan rakan-rakan saya yang berhadapan dengan masalah ini.

Dari keluhan itu, mereka mengakui sukar untuk mencari makan bila sudah berhijrah.


Pada pandangan anda, mengapakah golongan selebriti berhijrah kurang diberi peluang?

Sebenarnya, banyak faktor yang menjadi penghalang untuk rakan-rakan saya bekerja dalam industri. Jauh disudut hati mereka, mereka masih cintakan industri dan perasaan berbunga-bunga untuk bekerja. Namun, peluang yang diberi tidak banyak, malah ada produksi yang memilih artis yang tidak bertudung dan 'ditudungkan' dalam karya mereka. Saya bukan mengecam tindakan itu kerana ada baiknya juga memberi watak bertudung kepada mereka yang tidak bertudung, mana tahu, mereka turut mendapat hidayah seperti kami. Namun, janganlah terus dipinggirkan artis berhijab sepenuhnya ini.


Bagaimana pula dengan reaksi produksi tempatan?

Kebanyakan produksi dan pihak tidak bertanggungjawab akan menuduh artis berhijab ini terlibat dalam aktiviti politik dan parti pembangkang. Itu adalah dakwaan tidak berasas dan saya juga pernah dituduh sedemikian hanya kerana saya terlibat dalam aktiviti ceramah yang dianjurkan kerajaan negeri yang dipimpin pihak pembangkang. Malah, ada juga di kalangan artis yang teragak-agak untuk berhijrah kerana bimbang mata pencarian mereka tergugat. Sebab itulah saya terpanggil untuk merangka sesuatu untuk rakan-rakan artis.


Boleh kongsikan serba sedikit mengenai projek yang bakal dilaksanakan itu?

Memandangkan saya juga merupakan ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), saya akan bekerjasama dengan pertubuhan ini untuk menubuhkan NGO yang boleh membantu golongan selebriti berhijrah yang terpinggir. Dari situ, peluang kerja akan diberikan secara khusus kepada golongan ini termasuk dalam projek seni termasuk drama, telefilem mahupun teater. Dengan cara ini, mereka akan boleh terus bekerja dan menjana pendapatan.


Bilakah ianya akan dilaksanakan?

Buat masa ini, ianya masih dalam perancangan dan merangka. Insya-Allah, sempena sambutan Bulan Dakwah Negara, pada bulan ini, kami akan menguar-uarkannya. Doakan agar ianya dapat dilaksanakan kerana ini adalah usaha saya untuk membantu mereka.


Akhir sekali, apakah program ini akan dapat membantu artis-artis berhijrah untuk terus berada dalam industri?

Insya-ALLAH, saya berharap agar ianya dapat membantu rakan-rakan yang lain. Niat saya hanyalah untuk membantu mereka kerana ALLAH SWT. Malah, ini adalah salah satu usaha dakwah saya. Kalau bukan saya yang membantu, siapa lagi dan harapan saya semestinya agar program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.


REAKSI ARTIS

Percaya pada rezeki ALLAH SWT

Menganggap ianya sebagai ketentuan rezeki dari ALLAH SWT, namun pelakon cantik, Lisdawati, mengakui, tawaran lakonan yang diterima selepas berhijrah tidak 'selebat' dahulu.

Menurut isteri kepada aktor hebat, Fauzi Nawawi ini, selain kurang tawaran, dia juga perlu memikirkan beberapa faktor sebelum menerima tawaran agar tidak melanggar syariat Islam.

"Kalau nak dibandingkan dengan dahulu, memang sekarang susah sikit nak cari makan dalam bidang lakonan.

"Selain perlu selektif dalam pemilihan watak yang bersesuaian, syarikat produksi dan stesen televisyen juga kurang memberi ruang kepada kami untuk beraksi.

"Malah, mereka lebih selesa mengambil pelakon yang tidak bertudung dan 'ditudungkan' dalam naskhah itu," katanya lagi.

Jelas Lisdawati, bukan iri hati atau tidak berpuas hati dengan pemilihan, namun apa salahnya jika peluang itu diberikan kepada artis berhijrah terlebih dahulu.

"Sebagai contoh, sebelum ini, saya selalu menerima tawaran daripada stesen televisyen berkonsepkan Islamik, namun selepas berhijrah, saya langsung tidak dipanggil lagi.

"Saya pun pelik juga kerana sebelum ini, syarat-syarat mereka jelas menetapkan pemilihan pelakon sangat terperinci dan tiada adegan bersentuhan.

"Namun, kebanyakan yang dipilih bukan dari kalangan yang bertudung sepenuhnya. Tapi, saya anggap ianya sebagai rezeki dari ALLAH SWT. Jika saya tidak dipilih, itu maknanya bukan rezeki saya," jelas pelakon drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ini.

Tambah Lisda, kekurangan tawaran lakonan membuatkannya terpanggil untuk menerima tawaran dalam bidang motivasi dan ceramah bebas.

"Saya kini berusaha memperbanyakkan bahan bacaan dan ilmu untuk persediaan menghadiri 'talk' dan ceramah motivasi.

"Namun, saya hanya akan menerima program yang berlandaskan apa yang saya tahu termasuk berkongsi pengalaman bergelar artis dalam tempoh 13 tahun ini.

"Selain itu, saya juga terdetik untuk berniaga kerana ramai rakan-rakan artis yang mula memilih jalan ini sebagai pendapatan lain," katanya yang berharap agar usaha Yatt memberi sirna buat artis berhijrah. -Lisdawati-


"Bagi saya, rezeki selepas berhijrah lebih banyak berbanding sebelum ini. Apabila kita niat nak menutup aurat ikhlas kerana ALLAH SWT, maka segalanya akan menjadi lebih mudah.

Alhamdulillah, tawaran persembahan, berlakon dan mengacara masih banyak saya dapat. Syukur, setiap minggu saya akan dapat undangan persembahan di seluruh Malaysia." -Siti Nordiana-


"Tawaran yang diterima masih sama seperti dahulu. Saya tidak rasa penghijrahan ini memberi masalah buat golongan artis seperti saya kerana ianya terpulang kepada rezeki masing-masing.

Bagi saya, kalau orang tak panggil tu, maknanya bukan rezeki saya. Tapi, saya berharap agar usaha Yatt itu berhasil dan jika kena dengan caranya, ia memberi peluang kepada ramai rakan-rakan artis." -Enot-


"Saya dah lama tak berlakon dan saya sendiri tak pasti mengenai pemilihan pelakon kini. Tapi, secara logiknya, susah nak buat banyak karakter kalau sudah berhijab.

Jika diteliti mengenai jalan cerita, susah nak terapkan untuk pelakon bertudung jika babak di rumah. Mana ada isteri atau ibu yang yang perlu menutup aurat ketika bersama suami dan anak-anak.

Secara realitinya, ia adalah satu kesukaran untuk pelakon bertudung." -Sharifah Sofia-


"Saya akui, sejak berhijrah, tawaran lakonan semakin berkurangan. Namun, saya memandangnya sebagai perkara positif dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Allah SWT.

Kekurangan tawaran itu adalah kerana kesesuaian watak kerana selepas berhijrah saya perlu selektif. Watak dan jalan cerita juga perlulah bersesuaian dengan imej dan pendirian saya.

Saya akui, ada tawaran yang inginkan saya membuka tudung, namun saya tolak dengan berhemah. Walaupun kurang tawaran, namun, saya masih terlibat dalam pengacaraan dan bidang penulisan buku." -Diana Amir-


“Secara peribadi, saya melihat situasi artis berhijrah ini tidak menjadi hal kepada industri. Tetap ada rezeki mereka, cuma pasang surutnya rezeki itu bergantung kepada usaha masing-masing. Berbeza ‘hijrah’ setiap manusia, ada yang berhijrah jadi lebih baik untuk diri sendiri dan ada yang berhijrah pakaian sahaja.

Bergantung kepada fahaman masing-masing kerana ALLAH SWT mengurniakan sesuatu kepada manusia dengan kadar yang berbeza-beza.

Pada awalnya, hijrah saya memang nampak untuk diri sendiri, tapi saya bersyukur kerana diraikan jemaah yang benar-benar Islam.

Sebelum ini, kenyataan saya mengenai artis berhijrah pernah diselewengkan sehingga ada yang salah anggap. Bukan semua disekat, namun artis berhijrah yang tidak bersama kerajaan.

Produksi selalunya akan hantar nama dahulu kepada stesen televisyen dan kebanyakan stesen dikuasai kerajaan. Ia adalah pengalaman saya dahulu. Harapan untuk masuk TV itu bergantung kepada keadaan sebab tiada hitam putih pun saya disenaraihitamkan.

Cuma, saya dapat tahu saya di’blacklist’ bila ada yang panggil untuk program, nama saya tak lepas. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Tapi, saya sangat yakin rezeki dari-Nya.

Tak menyanyi, tak berlakon, rezeki lain ada. Yang lebih penting, rezeki itu halal disisi-Nya.” -Abby Abadi-

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 8-5-2014 10:51 AM
benda yang baik teruskan la. buang yg keruh amik yg jernih
Quote lucky_peace 8-5-2014 11:49 AM
teringat syarifah sofea citer di masuk night club pakai tudung, time tu sume pandang die, last2 baru die tau itu bukan gaya hidup islam...
Quote mahalnya 13-5-2014 11:15 AM
moga mereka terus istiqomah la ya..
Quote kbyne 13-5-2014 06:40 PM
Alhamdulillah...syukur...
Boleh jadi role model utk adik adik...kot kot masa majlis keraian,team building,family day...diorang jadi guest artist,insyaallah...
Quote makton 14-5-2014 02:54 PM
berubah penampilan tu dah bagus. tp syg ada jugak retis yg dh berhijrah, tp mulut msih longkang...
Quote p.timur3831 15-5-2014 05:43 AM
makton posted on 14-5-2014 02:54 PM
berubah penampilan tu dah bagus. tp syg ada jugak retis yg dh berhijrah, tp mulut msih longkang...

Itu bg mereka yg bkn totally hijrah..itu hny hijrah utk menutup rambut yg dh bruban jer..sbb tu,mulut diorg still mulut longkang
Quote makton 15-5-2014 07:43 AM
p.timur3831 posted on 15-5-2014 05:43 AM
Itu bg mereka yg bkn totally hijrah..itu hny hijrah utk menutup rambut yg dh bruban jer..sbb tu,mu ...

tu bukan berubah 360 kan.. sayangnya...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050796 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top