CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Jejai Harap Dapat Sorang Lagi Anak Lelaki

12-5-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 53091| Komen: 435

Suami Fasha Sandha Harap Dikurniakan Seorang Lagi Anak Lelaki

Fasha memberitahu dia berdiam diri mengenai kehamilan keduanya sebelum ini kerana merasakan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.



PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha memberitahu suaminya, Rizal Ashram Ramli bahawa dia mengharapkan kandungan keduanya dikurniakan seorang lagi bayi lelaki kerana ingin menubuhkan sebuah pasukan sukan Polo apabila anak-anaknya dewasa kelak.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, biarpun kehamilannya itu tidak dirancang namun dia dan suaminya begitu gembira dan teruja dengan rezeki diberikan Allah kerana anak adalah harta dunia dan akhirat buat mereka berdua.

"Alhamdulillah suami gembira dengan berita kehamilan saya dan mengharapkan agar dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki untuk dijadikan sebuah pasukan Polo.

"Sekarang sudah ada tiga (suami, Rayqal dan Rayfal) jadi perlukan seorang lagi untuk lengkapkan satu pasukan Polo kerana sukan itu memerlukan empat pemain. Insya Allah, apa pun saya terima," katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki Putra Rayfal Ramli yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sikap berdiam diri mengenai kehamilan tersebut sebelum ini, Fasha berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan masih terlalu awal untuk dikongsi kepada peminat.


Bahagia...Fasha bersama suami dan anak-anak ketika melancong ke luar negara baru-baru ini. Foto Instagram Fasha.


Namun kata Fasha, keadaan perutnya yang kelihatan besar daripada sebelum ini membuatkan peminat mengetahui lebih awal sebelum dia sempat berkongsi berita gembira itu dengan mereka.

Sementara itu, Fasha berkata, usia kandungannya kini sudah mencecah tiga bulan dan dia dijangka bersalin pada pertengahan November depan.

Kata Fasha, kehamilannya kali ini dipermudahkan kerana dia tidak mengalami sebarang alahan atau pun mengidam perkara-perkara pelik seperti kebiasaan wanita hamil.

"Alhamdulillah setakat ini kandungan berada dalam keadaan baik dan jantina anak masih lagi belum kelihatan dan mungkin pada pemeriksaan selepas ini baru akan nampak.

"Bagaimanapun saya tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan kerana paling penting anak yang dilahirkan nanti sempurna dan sihat," katanya.


















 
Fasha dijangka bersalin pada pertengahan November depan .


Dalam perkembangan sama, Fasha berkata, dia akan menyelesaikan sebuah projek drama bersiri dengan TV3 berjudul Selamat Pengantin Madu sebelum mengambil peluang untuk berehat dan memberikan tumpuan kepada kandungannya.

"Kebetulan dalam drama 13 episod itu saya memainkan peranan watak isteri yang mengandung dan selepas selesai penggambaran saya akan berehat," ujarnya.

Selain Selamat Pengantin Madu, Fasha juga sibuk dengan peranannya sebagai duta produk Slim World dan Avon.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cepheid 12-5-2014 09:19 AM
Tak de sapa nak komen ke? sian ko maxim

Tak kisahlah dapat anak apa asalkan sihat dan dijaga elok-elok

+1
Quote azie.dz 12-5-2014 09:20 AM
maxim....ko buat la teka2 abpbh ek...

**OT Jap **
Quote maxim 12-5-2014 09:22 AM
azie.dz posted on 12-5-2014 09:20 AM
maxim....ko buat la teka2 abpbh ek...

**OT Jap **

kowser k..dah la taun ni sendu
Quote lazim 12-5-2014 09:23 AM
santekkkkkk
Quote NAT_11 12-5-2014 09:25 AM
Tak ramai masok, sebab dah ada benang lain walaupun topic
tak sama. Patotnya tak payah bukak benang baru. Just tepek
artikel ni kat benang sedia ada, meksam.....
Quote azie.dz 12-5-2014 09:32 AM
maxim posted on 12-5-2014 09:22 AM
kowser k..dah la taun ni sendu

alaaaaa...ekekekekekeekekek
Quote prettyuglybabe 12-5-2014 09:40 AM
bagus la.. belajar dari kesilapan dulu. takkan 2 kali pun bunting gajah

anyway, subur betul dia ni
Quote Grengo 12-5-2014 09:56 AM
nak anak lelaki sebab nak tubuh pasukan polo? agak2 brape banyak kuda diorang ada eh?
Quote pilot 12-5-2014 10:02 AM
NAT_11 posted on 12-5-2014 09:25 AM
Tak ramai masok, sebab dah ada benang lain walaupun topic
tak sama. Patotnya tak payah bukak benang ...

tak reti baca tajuk kot...all about pasah, all about nd

tt confuse jejai suami sape agaknya....
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2014 10:03 AM
@munchkin oh inilah muka suaminya yang garang ittew?
Quote naina 12-5-2014 10:07 AM
tahniah fasha..
subur betoll.
Quote cepheid 12-5-2014 10:07 AM
kakikuDibibirmu posted on 12-5-2014 10:03 AM
@munchkin oh inilah muka suaminya yang garang ittew?

kenapa pulak dengan munchikin sis?

Quote kakikuDibibirmu 12-5-2014 10:12 AM
cepheid posted on 12-5-2014 10:07 AM
kenapa pulak dengan munchikin sis?

haritu @munchkin cakap dia pernah nampak fasha sandha dengan suami muka garang tengah makan-makan friendly
Quote maxim 12-5-2014 10:14 AM
pilot posted on 12-5-2014 10:02 AM
tak reti baca tajuk kot...all about pasah, all about nd

tt confuse jejai suami sape agaknya.... ...

baca ayat @teky point yg ke-2, tiada halangan nak bukak thread lain utk 2 retis ni k
http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
out dari thread ni korg kene hormat la tt yang bukak tajuk thread len tpi ader kaitan jugak ngan due retis ni.. korg nak marah just masuk balik thread due ni..jgn gatal2 gelenya2 post provok kat situ.. maka tindakan mandatory warning akan diberikan...
kalau rasa iols xfollow rule sila report, momod will do their job.

xyah nak bising..nak komen sila komen, xnak komen sila berambussss


Quote beatgirlX 12-5-2014 10:15 AM
aku tau jauh di lubuk pasha selepas dpt anak lelaki confirm terdetik nak gegurl..
Quote azie.dz 12-5-2014 10:16 AM
kan dah kena setepek ngan TT
Quote amiraira 12-5-2014 10:18 AM
doakn yg terbaik utk fasha ...
harap2 dpt la apa yg dihajati
dgn izin dr Allah swt...
aminnnnn.....
Quote NHolmes 12-5-2014 10:18 AM
maxim posted on 12-5-2014 10:14 AM
baca ayat @teky point yg ke-2, tiada halangan nak bukak thread lain utk 2 retis ni k
http://mforu ...

Tt marah nampak huhu.. tersilap faham ingatkan mixed pn tak mrh cmni huhu..
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2014 10:19 AM
dalam komen multinick akak yang lagi satu, akak dah cakap dah, menejemen CARI yang suruh buat thread retis sama banyak-banyak, butang merge pun dah dihapuskan, meh akak tempel komen multinick akak lagi satu tuh:

errrrkkkk... setiap URL baharu maksudnya topik baharu.

Ini akan diindeks lebih oleh pihak Google dan ranking CARI pun naik.

Kalau hadap sumbat komen dalam satu thread jah, ranking search engine tak naik pun sebab sikit sangat benang, komen berjela-jela 100 pages pun bukannya Google indeks semua page komen sebab Google indeks by <title>, so lagi banyak <title> baharu, lagi meriah search engine.

Tujuan menejemen CARI hapuskan butang merge supaya kuantiti thread bertambah, lagi banyak URL lagi banyak Google indeks, ranking pun naik, iklan pun banyak pageview, duit pun masyuk maaa...

Katakanlah thread Lisa Kayuhani jadi badak air, masuk page 20 ada urang tempel berita Lisa Kayuhani jadi badak sumbu, page 31 Lisa Kayuhani jadi badak laut, kekdahnya Google cuma indeks tajuk awal tu jah pasal badak air, berita pasal badak sumbu dengan badak laut Lisa Kayuhani tu tunggelam, Google tak kowser nak indeks pun.

Rugilah (Lu gi la) traffic CARI.

So, kena buat thread satu-satu, satu thread satu badak satu mulaysia.

Lihat semua komen(435)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.073814 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top