Usul yang dibentang Abdullah Saidol (BN-Semop) itu mendapat sokongan sebulat suara daripada 68 anggota dewan yang hadir. Ketika membentangkan usul tersebut, Abdullah berkata semakan semula bayaran royalti itu akan membolehkan negeri ini mendapat hasil tambahan untuk disalurkan secara khusus bagi melaksanakan pembangunan luar bandar. "Sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan mendengar dan menerima permohonan kami ini kerana kami, sebagai Barisan Nasional Negeri, adalah rakan akrab mereka, yang mempunyai wakil majoriti dalam kerajaan yang memerintah sekarang," katanya. Abdullah berkata beliau sedar permohonan penambahan kadar royalti itu memerlukan semakan semula dibuat terhadap undang-undang dan perjanjian tertentu antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Abdullah berkata semakan semula bayaran royalti itu akan membolehkan Sarawak mempercepatkan rentak pembangunannya agar setanding dengan tempat lain yang sudah maju di Semenanjung. Katanya untuk mencapai tujuan itu, kewujudan dana lebih besar sahaja tidak memadai kerana ia juga memerlukan negeri ini berada dalam keadaan aman dan stabil. "Tiada gunanya bercakap tentang royalti jika tidak ada kesetiaan dalam kalangan rakyat kita terhadap makna sebenar keamanan dan semangat bersatu-padu," kata beliau. Sementara itu, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa), ketika menyokong usul itu menyuarakan harapannya agar dana tambahan yang diterima kelak akan diguna secara telus, adil dan saksama. "Melalui sokongan kuat sebulat suara dewan ini, (kejayaan mendapat bayaran royalti lebih tinggi) boleh memberi manfaat besar kepada Sarawak," katanya. - Bernama
|
13
Bagus |
9
Marah |
20
Terkejut |
18
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Pakatan: Semua negeri pengeluar minyak dapat 20 peratus royalti
KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat mengulangi jaminan akan melaksanakan kenaikan royalti kepada semua negeri pengeluar utama minyak meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Pembayaran royalti itu ditingkatkan dari 5 peratus kepada 20 peratus.
Penekanan ini dinyatakan dalam dokumen Manifesto Pakatan Rakyat pada muka surat 12 yang diumum Isnin lalu.
“Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus,” tulis dokumen itu.
biosfree posted on 8-5-2014 11:25 AM
Sabah sarawak layak.....kelantan x layak sbb dbwh pentadbiran org2 buta hurup
R2D2 posted on 8-5-2014 11:47 AM
power tak power sabah, sarawak ni dia kutuk umno pun umno kena tunduk diam
talian hayat la katakan ...
Muntz posted on 8-5-2014 10:09 AM
BN Sarawak diorg bukan berpolitik mcm korg di Malaya. Kalau idea dari pembangkang tu bagus, diorg ak ...
ADVERTISEMENT