CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan Tuntut Royalti Minyak

4-7-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7791| Komen: 43

Description: "Kita Mahu Mendapatkan Hak Ke Atas Dokumen Itu Kerana Ia Mempunyai Kaitan Dengan Kes Royalti Ini. Jika Memperoleh Dokumen Terbabit, Lebih Mudah Untuk Pihak Kita Berhujah Dalam Mahkamah.


KOTA BHARU 3 Julai - Kerajaan Pas Kelantan akan meneruskan usaha menuntut hak royalti minyak di negeri ini walaupun gagal mendapatkan dokumen tertentu di bawah milik dan jagaan syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, walaupun tidak berjaya memperoleh dokumen itu, pihaknya optimis rakyat di negeri ini masih mempunyai peluang untuk mendapatkan hak royalti tersebut.

"Kita mahu mendapatkan hak ke atas dokumen itu kerana ia mempunyai kaitan dengan kes royalti ini. Jika memperoleh dokumen terbabit, lebih mudah untuk pihak kita berhujah dalam mahkamah.

"Walaupun permohonan tersebut telah ditolak semalam, kita masih belum putus asa. Itu tidak menjadi masalah, kerana bukan kes ini (tuntutan hak royalti) yang ditolak," katanya di sini hari ini.

Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan kes saman kerajaan Pas Kelantan terhadap Petronas berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak tidak perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh sebaliknya ditentukan menerusi isu-isu perundangan.

Sehubungan itu, kes saman tersebut akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan melalui prinsip undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan kerajaan Pas Kelantan membayar kos RM150,000 dan pengurusan kes ditetapkan pada 22 Julai ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.




10

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 4-7-2014 08:58 AM
ade ke lot minyak dekat kelantan?stahu aku, lot2 minyak semua nya dekat terengganu...setahu aku lah...
Quote itik_kuning 4-7-2014 09:29 AM
katanya di pesisir pantai pcb n bachok
Quote Cik_Andak 4-7-2014 09:29 AM
Tuntut....jgn tak tuntut...
Quote zacrin 4-7-2014 10:23 AM
hak yang ditidakkan...
Quote otai_g 4-7-2014 11:07 AM
sabah sarawak dah tuntut ke blm?

sana pun lg bnyk hasil minyaknya....
Quote Omong 4-7-2014 11:09 AM
otai_g posted on 4-7-2014 11:07 AM
sabah sarawak dah tuntut ke blm?

sana pun lg bnyk hasil minyaknya....

slow la ko ni. . .
org sarawak dah ugut nak kuar malaysia klu royalti tak ditambah lagi. . .
Quote unekspekted_XII 4-7-2014 11:12 AM
itik_kuning posted on 4-7-2014 09:29 AM
katanya di pesisir pantai pcb n bachok

"......... katenye" - source : Reauters kedai kopi kubang kerian
Quote d'zeck 4-7-2014 11:15 AM
menuntut sesuatu perkara
yang bukan hak,

bolehlah diibaratkan seperti anjing menyalak
bukit
Quote itik_kuning 4-7-2014 11:23 AM
unekspekted_XII posted on 4-7-2014 11:12 AM
"......... katenye" - source : Reauters kedai kopi kubang kerian

itu lah. katanya....

sumber : kedai teh o beng samah
Quote gaara_X 4-7-2014 11:25 AM
tuntut ngan tak tuntut.....
Quote elastico 4-7-2014 11:34 AM
minyak banyak ke?ntah2 sikit je tak layak nak tuntut macam sabah dan sarawak
Quote the_killer 4-7-2014 11:49 AM
nanti ada kelantan nak kuar dari malaysia
Quote cmf_acura 4-7-2014 11:50 AM
kalau tak tahu goggle laa dulu...tak pun buka tread2 lama....kelanttan..banyak minyak..tapi kena sapu kat kerajaan pusat..dan pemimpin umno ..
btw..orang yg draf perjanjian tu masih ada lagi...dan beliau kata memang layak pun.....tapi yg bangsat umno ni...pi putar perkataan kata tak layak.....tak dapat di dunia...di akhirat ada...tapi orang yg zalim tu sangat laaa bodoh...nak tanggung dosa kat akhirat.....so kesian....tanggung laaa azabbbbb nanti....bakaran api neraka....kerana zalim....
Quote dragger 4-7-2014 11:52 AM
otai_g posted on 4-7-2014 11:07 AM
sabah sarawak dah tuntut ke blm?

sana pun lg bnyk hasil minyaknya....

Miri tu bkn ke dah memang dpt royalti.. siap nk suruh naikkan royalti myk lg
Quote d'zeck 4-7-2014 11:55 AM
cmf_acura posted on 4-7-2014 11:50 AM
kalau tak tahu goggle laa dulu...tak pun buka tread2 lama....kelanttan..banyak minyak..tapi kena sap ...

tak boleh mahkamah persekutuan

mahkamah mongolia kan ada

tak pun majlis syura

usaha tangga kejayaan
mendapatkan mah, kata
al fodil mat sabu

Quote senahsanasini 4-7-2014 11:57 AM
Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan
March 6, 2008Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut:
  • Blok A18
  • Blok B17 & C19
  • PM3
  • Sub-Blok Ular
  • PM301 & PM302
  • PM303
  • PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
  • Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
  • Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. [lihat peta di atas]
  • Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
  • Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
  • Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008
Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI [lihat peta di bawah untuk mengetahui kawasan simpanan minyak di perairan Kelantan] ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

Quote Defcon2 4-7-2014 12:27 PM
d'zeck posted on 4-7-2014 11:15 AM
menuntut sesuatu perkara
yang bukan hak,

Ye ke? Habis hak siapa? Kenapa Sarawak dan Terengganu dapat royalti tapi Kelantan tidak? Kesemua negeri tu mengiktiraf Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Quote d'zeck 4-7-2014 12:29 PM
tanya la kat unit ANAL PAS ka

kot2 la derang tau
Quote Defcon2 4-7-2014 12:43 PM
d'zeck posted on 4-7-2014 12:29 PM
tanya la kat unit ANAL PAS ka

kot2 la derang tau

Hehehe.. kelakarlah... ni mesti belajar dengan papagomo kan.

Melayu umno yg sebenar mana suka sebut benda2 lucah ni. Sakai je yg suka sebut.  

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.270264 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top