CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Heliza Lebih Selesa Hidup Solo Buat Masa Ini

9-5-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36884| Komen: 234

"Hafiz Hamidun Bukan Lekaki Idaman Saya" - Heliza Helmi       

Heliza lebih selesa hidup solo buat masa ini.

   
                                                      
KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan artis Hafiz Hamidun kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.Heliza, 28, berkata, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami tetapi dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat selain rakan seangkatan dalam bidang muzik tempatan.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami."Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," katanya.Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Heliza enggan mengulas mengenai perkara itu kerana risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaku dialah lelaki yang dimaksudkan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," selorohnya.Dalam pada itu Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berharap, penjelasan berkenaan akan memuaskan hati semua pihak dan selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertanyakan hal serupa berhubung hubungannya dengan Hafiz Hamidun.


   
Hafiz Hamidun


Dalam pada itu Heliza berkata, dia masih lagi hidup solo dan menganggap masih belum tiba masanya untuk mempunyai pasangan hidup."Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan dua projek iaitu pembikinan album solo berjudul Jom dan lagi satu adalah album duet bersama Salima (AF4)."Menariknya album Jom yang berkonsepkan kerohanian dan zikir turut melibatkan adik saya sendiri, Hazwan Helmi sebagai komposer dan rakan duet. Setakat ini material semuanya sudah siap, tinggal nak rakam sahaja.

"Untuk album mini bersama Salima pula, kami tampilkan sebanyak tiga buah lagu," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Heliza sibuk dengan perniagaan baju muslimahnya, Falah Abiyana bersama rakan niaga yang juga pembaca berita TV AlHijrah iaitu Finaz Yunus.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 9-5-2014 12:15 AM
Heliza is not my taste
Pis medon oso not my taste
Kbye
Quote jetFUEL 9-5-2014 12:19 AM
lekaki pun voleyyy
Quote bookehkahkoh 9-5-2014 12:29 AM
Ingatkan bantal yang bukak benang ni
Quote edoraixora 9-5-2014 12:29 AM
Sentap apks midon bace nnti
Quote pilssowe 9-5-2014 12:32 AM
kesian apiz..maluuuuuuu
Quote dani-rox 9-5-2014 12:37 AM
Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik



Quote enchikfitz 9-5-2014 12:41 AM
dijemput @ex-bantal.B utk sama2 melahar
Quote carlis 9-5-2014 01:07 AM
Taste dia macam bff dia Salima letewww :lol :lol
Quote senahsanasini 9-5-2014 01:15 AM
elok lettewww, midon ni pon mcm ustad fake je..
Quote kukuKakiKakaKu 9-5-2014 01:38 AM
Kesian apiz midon...layak jd abg jer...frust weh
Quote hanakikan 9-5-2014 01:59 AM
Calling bantal.b
Quote hanna88 9-5-2014 02:02 AM
mmg kesian kt apiz medon sbb dia mmg minat beno kat heliza ni..cari org biase la apiz..jgn memilih sgt..
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 02:07 AM
BANTAL BUSUK mana kau?
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 02:08 AM
apiz medon tu kan bengkok? dengan aiman katanya
Quote mimi77 9-5-2014 03:23 AM
kakikuDibibirmu posted on 9-5-2014 02:08 AM
apiz medon tu kan bengkok?  dengan aiman katanya

Aiman mana?
Quote prettymanja 9-5-2014 04:33 AM
Heliza nie slalu pasan je tau..
Kosser iols

Quote Idelgo 9-5-2014 05:07 AM
siapala lelaki idaman heliza ni.
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 05:18 AM
mimi77 posted on 9-5-2014 03:23 AM
Aiman mana?

aiman nasyid http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=403259
Quote maxim 9-5-2014 06:54 AM
babifiz



Lihat semua komen(234)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.106255 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top