CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

The Other Woman - Cameron Diaz

7-5-2014 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9633| Komen: 32

After discovering her boyfriend is married, a woman tries to get her ruined life back on track. But when she accidentally meets the wife he's been cheating on, she realizes they have much in common, and her sworn enemy becomes her greatest friend. When yet another affair is discovered, all three women team up to plot mutual revenge on their cheating, lying, three-timing SOB.

Release Date: 1 May 2014

Official trailer for The Other Woman by Cameron Diaz



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLucky 15-4-2014 10:30 PM
Wah nice plot I like...
Quote munchkin 16-4-2014 12:49 AM
Saya mmg tunggu cerita ni.
Quote MerryPropa 16-4-2014 01:15 PM
Tgk trailer lawak..
Quote LimaWira 16-4-2014 07:02 PM



Quote kakikuDibibirmu 17-4-2014 12:53 AM
teringat dahulu meme sambung tajuk 2 felem VAMPIRES SUCK THE OTHER GUY
padahal 2 felem VAMPIRES SUCK dengan THE OTHER GUY

sekarang THE OTHER WOMAN lah pula
Quote anony-mous 17-4-2014 08:32 PM
wahh plot best n suka sgt cmeron diaz blakon..lg 1 rinduu nk tgk angelina jolie blakon la
Quote alaa 18-4-2014 02:48 PM
wahh macam bes aje..
Quote HangPC2 19-4-2014 01:48 PM
ada Kate Upton.
Quote hanakikan 19-4-2014 04:05 PM
Tengok iklan kat cinema scene kat beach tu ketek pompan tu kena sensor
Quote hanakikan 27-4-2014 11:02 AM
Sat lagi nak tgk citer ni. Harap2 kelakar lah.
Quote hanakikan 27-4-2014 11:37 PM
Dah tengok citer ni. Ok la kelakar. Best. Tgk2 bole release tension. Jln citer pum best wlpn klise kan. Dialog kelakar dan penuh dgn dialog2 seks. pertengahan pertama si kate dgn carly jadi best friend. Lepas tu spy jumpa no 3 si amber. Jadi best friend.Last2 berpakat nak kenakan si mark. Buat mcm2. Si katie bini si mark tu kelakar. Dia lah yg paling stress. Hehe. Tp dia ni best kalau berlakon genre komedi. Si carly pun alah2 pasrah je bila tahu mark dah kawin tp bila dia jumpa si amber kat pantai tu punya lah menyirap hampir nak serang si amber tu sebab si amber tu lagi camtik dari dia. Kelakar lg satu scene bila si katie relakan si amber main dgn suami dia, dia kat rumah sorang2 pakai gaun pengantin tgk video tape kawin dia nangis lepas tu dtg si carly. Dtg pulak si mark kat rumah. Huru hara si carlg nak cari tempat sembunyi. Last edited by hanakikan on 27-4-2014 11:38 PM

Quote alphawolf 30-4-2014 10:08 AM
Cerita dia nampak ringan takyah nak sakit2 kepala....lagipun ada Kate Upton..yehawww
Quote edee_91 1-5-2014 04:50 PM
nicki minaj pon hade uollllllsssssssssssssssssssss.........
Quote otai_g 4-5-2014 01:46 AM
check in.

ingt nak tgk spiderman. tp disebabkan member yg bukan jenis layan superhero movie so layan la citer ni.

boleh la, x de la ngantuk sgt citer ni. ada satu scene kat pantai yg topless. aiyak aku rs org panggung terlps pndg lupa nak cut.

ending mark cenggitu jerk. x tau apa jd kat dia. yg wife n scandal2 dia semua ada citer tp part mark x tau.
Quote berun 5-5-2014 01:00 PM
MerryPropa posted on 16-4-2014 01:15 PM
Tgk trailer lawak..

FILEM atau drama mengenai kisah wanita teraniaya disebabkan suami atau teman lelaki menduakan mereka sudah biasa kita tonton, namun apa akan terjadi sekiranya wanita-wanita teraniaya itu bergabung untuk memberi pengajaran kepada pasangan masing-masing?.

Filem The Other Woman yang sedang ditayangkan menampilkan pelakon hebat seperti Nikolaj Coster-Waldau, Cameron Diaz, Leslie Mann, Kate Upton, Nicki Minaj dan Don Johnson.

Mengisahkan Carly, seorang peguam di kota Manhattan yang suka mengejar lelaki, namun satu perasaan luar biasa timbul apabila bertemu dengan suami kepada Kate (Leslie Mann) bernama Mark King (Nikolaj Coster-Waldau).

Satu hari, Carly telah pergi ke rumah lelaki idamannya itu dengan berpakaian penuh menggoda, namun beliau disambut oleh Kate. Kate yang pada mulanya tidak tahu apa apa tentang aktiviti suaminya di luar mula mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan beliau pergi ke pejabat Carly bukan untuk menyerang, tetapi untuk berbicara hati ke hati seperti seorang rakan baik.

Pertemuan kedua-duanya itu membibitkan satu hubungan yang mereka tidak pernah sangka akan terjadi, malah sebenarnya ada hikmah mereka berdua mengenali sesama sendiri.

Daripada rasa dikhianati seterusnya bertukar isi hati masing-masing, barulah kedua-duanya tahu mereka adalah mangsa teraniaya dan sesuatu perlu dilakukan demi memberi pengajaran kepada lelaki berkenaan.

Tidak seperti kisah isteri teraniaya sebelum ini yang lebih banyak diceritakan dalam situasi tegang, The Other Woman lebih realistik serta masuk akal.


Filem pecah perut

Pelbagai kisah lucu berlaku sepanjang proses 'mengajar' suami atau kekasih mereka membuatkan penonton akan ketawa sehingga terasa pecah perut.

Apatah lagi, segala perancangan mereka berjalan dengan baik dan kadangkala idea tersebut tidak dapat difikirkan dengan logik.

Dan bagi wanita yang pernah terkena dengan lelaki sebegini, The Other Woman bagai memberi satu idea nakal buat anda.


Gandingan mantap

Dari sudut lakonan pula, biarpun Upton kurang menonjol berbanding Mann dan Diaz, namun Upton tetap mempunyai daya penarik tersendiri.

Manakala pelakon lain, terutamanya Diaz pula berjaya melakonkan watak mereka dengan cukup baik sekali.

Pendek kata, di sebalik karakter atau idea nakal yang dipaparkan di dalam cerita ini, The Other Woman sebenarnya sebuah karya ringan yang mempunyai mesej berguna tersirat.

Justeru bagi anda yang ingin menonton sebuah filem yang santai dan menghiburkan, jangan lupa untuk menonton filem karya Nick Cassavetes ini di pawagam.


The Other Woman

PENGARAH: Nick Cassavetes
PELAKON: Nikolaj Coster-Waldau, Cameron Diaz, Leslie Mann, Kate Upton, Nicki Minaj & Don Johnson.
GENRE: Komedi
DURASI: 1jam 49minit
KLASIFIKASI: 18
TAYANGAN: 01 Mei 2014

Quote adfiza 5-5-2014 04:09 PM
Macam best macam best..
Quote hanakikan 5-5-2014 06:56 PM
Betul la. Kate upton nampak bimbo dlm citer ni. Dia sangat lahhh kayuuuuuuuuuuuuuuu. Lg kayu dr lisa surihanii
Quote lasagnaklcc 6-5-2014 08:51 PM
Mcm best je...  tapi tade tayang plak kat cinema dkt2 rumah...
Quote nicuya 7-5-2014 02:16 PM
macam cter madu 3 plak...hahahahahha

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.103727 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top