CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fauzi Sedia Selesai Cara Baik

5-5-2014 06:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7870| Komen: 27


Fauzi sedia selesai cara baik

AKTOR, Fauzi Nawawi mendedahkan dia bersedia untuk bersemuka dengan Sharnaaz Ahmad sekiranya aktor yang berasal dari Pulau Pinang itu mahu menyelesaikan perseteruan yang melibatkan mereka bertiga secara baik.

Jelas Fauzi, dia tidak lagi melenting atau memarahi Sharnaaz mengenai perkara ini berasa lebih tenang kini selepas pulang daripada mengerjakan Umrah, baru-baru ini.

"Saya tidak mahu panjangkan lagi hal ini termasuk untuk mengambil apa-apa tindakan sebab saya tahu dia muda, ada panas barannya. Jadi saya tak nak layan orang yang panas baran ini.

"Tapi saya dengar dia mahu saman saya, sekiranya benar, saya hanya tunggu surat saman tersebut. Tetapi sekiranya dia mahu menyelesaikan dengan cara baik, saya bersedia bersemuka," katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Tatkala diminta mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz baru-baru ini menyatakan dia mahu menyelesaikan hal tersebut selepas Lisdawati bersalin, Fauzi berkata: "Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat.

"Malah dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Jadi tidak ada alasan langsung, sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya," katanya.

Fauzi menegaskan, tindakannya membuat laporan polis sebelum ini bukan kerana mahu memperbesarkan isu terbabit atau cuba mencari publisiti sebaliknya, ia di buat bertujuan memudahkan dia membawa Lisdawati menjalani pemeriksaan kesihatan di wad kecemasan.

"Sebagai seorang suami, jika ada yang menengking isteri saya sebegitu, saya tetap akan buat laporan polis tak kiralah siapa pun dia.

"Malah sebagai seorang bapa, tentulah saya mahu melindungi anak dalam kandungan tersebut. Apatah lagi sudah lima tahun saya menanti cahaya mata lelaki. Bila kena kejadian seperti ini, tentulah saya risau," katanya.

Fauzi berkata, sebagai seorang pelakon lama, seorang anak dan bapa, dia tidak akan sewenang-wenangnya memburukkan imejnya sendiri dengan bergaduh dengan mana-mana pelakon di dalam industri.

"Industri kita ini kecil sahaja, hari ini kita bergaduh, esok lusa kita akan berjumpa juga," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan. Lisda  yang bakal melahirkan anak ketiga hasil perkongsian hidupnya dengan Fauzi dikatakan mengalami darah tinggi akibat kejadian itu.

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SyaAnis 5-5-2014 02:51 PM
tengah ngandung anak laki ke lisda nih???

err...

jangan benci sangat..

nanti "terkenan" pulak...

hihihii...
Quote ellZack 5-5-2014 03:11 PM
tetiba keluar muka abang jebat nanti..
Quote theotherfriend 5-5-2014 03:27 PM
harap sharnaaz x payah la bagi komen ni.
sudah2la tu..
just proceed dgn saman tu lepas lisdawati bersalin.
as u say

pung pang pung sana sini,
what for?
'
i watched fauzi's interview in melodi entah 2,3 minggu lepas kot.
his body language seemed not right.

tu je.
Quote straycat 5-5-2014 03:30 PM
Aduyai... Diorang yang mulakan dulu kot? Mula-mula Sharnaaz diam je tak beri komen, lepas diorang cucuk-cucuk adu domba sana-sini, alih-alih bila Sharnaaz respons, dikatanha Sharnaaz panas baran. Tak pahaaaammmm.....
Quote mokcikKSKB 5-5-2014 03:36 PM
Mintak porumer ahkak air oren mohon mengadap memberi penjelasan...
Quote edoraixora 5-5-2014 03:40 PM
Isu remeh cenggini...x payah lah smpai nk saman menyaman
Kicik punye hal jer
Kalo dh duit byk sgt nk dilaburkan kt loyer tu, meh bgi aku sket
Quote jaa139 5-5-2014 03:48 PM
pelik pulak pozi neh..dah orang nak settle pas bersalin, biarlah..bukan ape, aritu katanya tekanan darah naik sebab kes ni, kang nak settle naik lagi sebab tertekan..kang  meroyan plak..
Quote nadieya 5-5-2014 03:58 PM
satg bila si jebat nak selesaikan sekarang, ko kata si jebat ni takde akal or hati perut
bini ko tu mengandung pastu nnti darah tinggi naik la apa la..
ke bila dah jadi mcm tu ko pulak nak saman jebat sebab mengakibatkan bini or meroyan
apa2...
tunggu je la...
dah jebat kata lepas bini ko bersalin...
tak menyabo
Quote nebulagazer 5-5-2014 03:58 PM
Adoi...sadis btol laki wa bini ini
Quote pichee 5-5-2014 04:02 PM
bini die yg menanggung emosi..die bkn phm..die ckp bini die ok je..ptt suami jd emosi isteri...nie nmpk sgt die nk provoke org tu bg hangin..pastu nmpk diorg mmc teraniaya sgt...

hello pozi...karpal dh xde kt muka bumi...ko dh xde lawyer nk hired tau..aritu kes ngn nadia mustapha ko blh la menang sbb karpal tu hebat...skrg nie..silap2 ko yg terduduk.
Quote rosasa 5-5-2014 04:08 PM
ellZack posted on 5-5-2014 03:11 PM
tetiba keluar muka abang jebat nanti..

siap parut lagi kat kening
Quote mitnick 5-5-2014 04:14 PM
tak beranak lagi ke bini nya tue?
Quote batrishia 5-5-2014 04:15 PM
tiba tiba je nk setel cara baik... sesuatu la sgt..
Quote MissLibra 5-5-2014 04:32 PM
diharap shahnaz bersikap lebih gentleman dan berentilah memondan gaduh dgn pompuan. Engko dari dulu aku tengok asyiknya gaduh dgn pompuan aje, dgn lelaki tak pernah pulak ko bertumbuk. Dah dah laa tu, hal kecik aje kot. Bergaduh kat location setakat kes diamlah kakak aje pun.
Quote NHolmes 5-5-2014 04:42 PM
Tak habis2 lagi ke. Bini dah beranak belom
Quote MYviHaZz 5-5-2014 04:53 PM

laki bini ni memang suka sangat cari pasal dengan orang
kalau sorang jer takpe, ini dah 5, 6 orang yang terkena ngan
diaorang ni...masalah apa tah...
Quote tigerads 5-5-2014 05:04 PM
takot letteewww
Quote leni 5-5-2014 05:22 PM
ala....ckp je la dah x de duit nak bayar saman......dah sure kalah kan.....cuba klau confirm org lain yg salah sudah pasti di saman oleh pasangan ni
Quote tigerads 5-5-2014 05:24 PM
dia pikir nak cari duit setel sewa opis dia yg tertunggak dgn cara macam ni kah???

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.238741 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top