CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Malaysia Kekurangan Model Untuk Runway

5-5-2014 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17057| Komen: 87

 
Nasha kesal wajah tempatan sukar diberi perhatian di pentas peragaan.

   
Rakyat Malaysia Kurang Layak Jadi Runaway Model - Nasha Aziz      


PETALING JAYA: Pelakon dan model Nasha Aziz mengakui terkilan apabila industri peragaan di negara ini lebih banyak menggunakan khidmat tenaga kerja asing berbanding tempatan.

Bagaimanapun, Nasha, 44, berkata, dia memahami situasi tersebut berikutan kekurangan rakyat negara ini yang mempunyai kriteria untuk berjalan di pentas peragaan.“Saya kecewa dan sedih dengan industri peragaan sekarang yang lebih mementingkan warga asing berbanding rakyat Malaysia.

“Namun saya faham, syarikat korporat yang mahu mengiklankan produk mereka inginkan model yang menepati kriteria dan ia susah didapati pada rakyat Malaysia,” katanya kepada Mstar Online.Nasha berkata, dia pernah menerima tawaran syarikat korporat dan stesen televisyen untuk sebuah program realiti pencarian model, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah tersebut.


Jelas Nasha, kebanyakan rakyat negara ini hanya memenuhi kelayakan menjadi peragawati majalah sahaja.“Saya pernah ditawarkan untuk program pencarian model tetapi tidak jadi kerana masalah ini, rakan saya Amber Chia juga memberitahu terpaksa pergi ke seluruh Malaysia untuk mencari namun tidak berhasil.

“Seorang peragawati untuk pentas peragaan perlu kurus dan tinggi, manakala wajah pula bukan kriteria utama,” jelasnya.

Tambah Nasha, untuk menjadi seorang peragawati memerlukan ketinggian tidak kurang daripada 173 sentimeter dan berat tidak melebihi 52 kilogram bagi wanita.

Dalam pada itu, dia juga menzahirkan rasa kecewa terhadap kelonggaran syarat terhadap penglibatan peragawati luar bekerja di negara ini.

Jelasnya, kerajaan seharusnya mengambil langkah untuk mengutamakan wajah tempatan dalam setiap produk yang dipasarkan di negara ini.

“Kalau di negara luar seperti Indonesia ada undang-undang sendiri yang mana setiap produk luar perlu menukar kepada wajah tempatan negara mereka sebelum dipasarkan.

“Di Malaysia, saya lihat lebih terbuka kepada orang luar, kasihan kepada model tempatan kerana mereka terpaksa bersaing dengan warga asing untuk bekerja di negara sendiri,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 3-5-2014 06:07 PM
kurang makan kacang panjang
Quote offwhite 3-5-2014 06:28 PM
kebyakan artis dicop oleh reputz2 tempatan...model dan pelakon jelita...cth like maya karin, nora danish..x ketinggalan missfakuzura...tinggi x smpai 170m leh jd model..model majalah bkn catwalk..:lol
Quote idadzira 3-5-2014 06:35 PM
Aku tinggi 174cm dah layak tu tapi berat lebih lak hahahahahaha. Cukup la masa study dulu bercat walk.
Quote annehuda 3-5-2014 06:47 PM
kalau kt negara luar, takyah jauh2la mcm kt korea jepun tu, makbapak yg cita2 anak jd retis ke model ke, mmg dari kecik dh diajar grooming, minum susu byk2 supaya dpt capai ketinggian mcm model, pastu dimasukkan sekolah seni n bahasa, blajar main instruments. kt malaysia nih, kirim salam la.... dpt masuk sekolah agama ptg2 tu pun dh kire bersyukur la
Quote bookehkahkoh 3-5-2014 06:49 PM
sebab tak cukup tinggi setakat 165 ja mana layak nak runway
Quote enchikfitz 3-5-2014 06:50 PM
sudah tiba masanya wanita2 malaysia minum susu utk lebih tinggi
Quote lotion 3-5-2014 06:57 PM
betul ka xde rupe pun leh jd model nasha?rakyat malaysia kn nk tgk yg cantik2 ja..agensi model pun xkn nk yg hodoh janji kurus tinggi jd model.yg ade rupe x cukup tinggi pulak trus jd retis

Quote ninja boy 3-5-2014 07:05 PM
org malaysia katik dan bukan budaya utk menjadi model, kalau setakat model iklan majalah artis tudung baju semua itu  mmg ramai, tiada org di malaysia mau jaga pemakanan dan senaman, tak makan nasi, rugi pulak hidup kalau tak melahap makanan sedap2
Quote naina 3-5-2014 07:06 PM
Ada j msia ni tggi dan kurus.tp xde aura model jer..
Quote shiraloveyou 3-5-2014 07:29 PM
Perlu sgt ke model pentas drpd rakyat mesia especially org melayu?
Quote MengkuduMasam 3-5-2014 07:37 PM
ramai je yg jadi model majalah mangga...

tinggi xpenting janji blh dedah tek sambil berbasahan kat kolam renang.... tek kecik xpe .. kasi lentik abis dan push up sehabis boleh...  kawtim... jd laa ko model
Quote famri7 3-5-2014 08:09 PM
Jadi model fareeda cukuplah untuk ummah suchi..permakanan ntah apa2 ada hati nk jadi model..kulit berkerak nauzubillahh
Quote mommymonster82 3-5-2014 08:29 PM
Satgi ramai tinggi satgi susah lgilah nk kawen.. Le ni pon da ramai andartu....

Lki msia sgt kontot ok...
Quote ElmoRed 3-5-2014 08:45 PM
sila lelaki pun minum susu supaya berdiri sama tinggi dengan isteri
Quote aldinaa 3-5-2014 09:01 PM
runaway ke mana?
Quote ElmoRed 3-5-2014 09:12 PM
run away ke siam
Quote miss_rose 3-5-2014 09:40 PM
Awok tu org melayu (islam) ..awat dok sibuk sgt nk kerja tayog body.. apa nk jadi dgn artis skrg.. kerja yg mnyag body gebuss gebass tu yg dok di kejar2 kan.. bangga seksi..tyag ketek dkat penonton ..
Quote lil_honey 3-5-2014 10:02 PM
runaway model pun byk china n omputih
Quote alieyrina 3-5-2014 10:22 PM
Pekdahnyaaaa ...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060511 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top