SIAPA yang tidak mengenali Johan As’ari, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan ramai selebriti termasuklah seperti Nabila Huda, Shila Amzah dan Lana Nordin. Gara-gara cinta 'touch n go' itu, tidak hairanlah pelakon Juvana ini dicop sebagai kasanova. Enggan terjerat lagi dengan kontroversi sama, Johan kini semakin bijak mengatur langkah. Tiada istilah serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, Johan bagaimanapun berkata, buat masa ini dia lebih menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Ilahi. Jelas Johan, restu kedua ibu bapa paling penting dalam hubungan dan itulah yang menjadi syarat utamanya selepas berpisah dengan aktres seksi, Lana. “Kali ini, janganlah ada yang perigi cari timba. Apa yang paling penting saya akan mengutamakan restu kedua ibu bapa saya," katanya. Tegasnya, apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang mematangkan dirinya. “Saya tak boleh lari daripada memiliki perasaan untuk bercinta itu. Ia suatu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta saya bukan manusia yang baik. "Memang saya mempunyai ramai kawan wanita, tapi bukan wanita idaman," katanya yang sedaya upaya memperbaiki diri agar menjadi lelaki yang lebih sempurna. Ikon belia Di sebalik kontroversi yang menyelubunginya, siapa sangka Johan dilantik sebagai ‘Ikon Belia 4B Negeri Melaka’ selama tiga tahun. Pada masa sama, dia juga dilantik sebagai AJK persatuan bola sepak PDRM The Cops bagi Piala Perdana. “Alhamdulillah, saya amat menghargainya dengan jawatan yang diberi. Saya berharap dapat bertanggungjawab penuh dalam menggalas tugasan yang diberikan,” katanya yang turut berterima kasih peminat yang masih menyokongnya sehingga kini. Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baharu sahaja memulakan penggambaran filem Juvana sekuel kedua. Menurut Johan, dia juga membintangi dua buah filem yang yang sudah siap menjalani proses pra produksi iaitu filem bergenre seram, ‘Tujuh’ keluaran Grand Billiance dan filem sejarah ‘Kanang Anak Langkau The Iban Warrior’ keluaran Tangan Seni dengan kerjasama Finas. “Bagi drama pula, saya bakal memulakan penggambaran drama 13 episod arahan Datuk Tarmimi, di sekitar negeri kedah selepas selesai penggambaran filem Juvana kelak untuk TV Alhijrah,” katanya Selain itu, Johan turut akan melakukan percutian bersama kelab peminatnya ‘JAFC’ ke Pulau Perhentian pada 31 Mei hingga 1 Jun ini.
|
vespa_oren posted on 4-5-2014 10:54 PM
Perempuan yg dia couple semua jenis perigi cari timba kot
Nak cri perigi xcari timba cri dlm f ...
xpdckelate posted on 4-5-2014 10:55 PM
kalau nak buat karangan spm relevan la,realiti tak relevan,ha2
ADVERTISEMENT