Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, empat lelaki dipercayai warga asing memecah masuk ke kediaman itu dengan memotong mangga sebelum mengumpil pintu jeriji di hadapan rumah. Kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang kemudian melarikan wang tunai berjumlah RM2,000, gelang tangan dianggarkan bernilai RM3,000 dan dua telefon bimbit. Suhana berkata, ketika kejadian, suaminya Azhar Ahmad Mokhtar, 34, baru melelapkan mata selepas menonton televisyen bersama dua anaknya sebelum terdengar bunyi bising di tingkat bawah rumah. Katanya, suaminya yang curiga dengan bunyi bising berkenaan kemudian ke tingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku. “Sebaik melihat kelibat orang di pintu depan rumah, suami saya segera naik semula dan meminta saya menelefon polis untuk mendapatkan bantuan. Saya tidak sempat memaklumkan alamat rumah kepada polis kerana lelaki berkenaan segera menceroboh masuk ke dalam bilik dan mematikan panggilan telefon itu. “Kerana risaukan keselamatan suami yang dipukul dengan pemotong besi, saya merayu agar suami saya tidak diapa-apakan memandangkan suami juga ada penyakit jantung berlubang,” katanya. Beliau berkata, pada mulanya suaminya cuba melawan, tetapi lelaki itu bertindak agresif dengan mengikat tangan serta mengacukan parang ke leher dan segera mengarahkan suaminya menyerahkan wang serta barang berharga. Suhana berkata, walaupun terpaksa menanggung kerugian, dia bersyukur kerana suami serta anaknya tidak dicederakan. “Sebaik mendapat apa yang dihajati, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam itu segera melarikan diri. Saya kemudian bergegas ke rumah jiran bagi menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, polis sedang giat menjalankan Ops Rantau dan berusaha menjejaki suspek yang dipercayai warga Indonesia berdasarkan dialek bahasa yang digunakan ketika kejadian. Menurut sumber, pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) juga dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan dan mengumpul bukti. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
|
9
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
induk posted on 2-5-2014 08:03 AM
kalau korang nk renovate rumah jgn amik indon
dh byk berlaku, nanti dia org dh standby sengaja x ra ...
abas8888 posted on 2-5-2014 08:23 AM
ada lagi ke cina buat kerja kontrak? bukan depa pun subcon kat indon ke? kalau buat bangunan meman ...
bidacool posted on 2-5-2014 07:53 AM
Kuarters guru bukan ke kebiasaan kt dlm kaw sekolah? Gi mana ni? Pak guard tido?
haryatie posted on 2-5-2014 08:04 AM
menakutkan..susah nya sekarang ni..
minta dijauhkan jgn sampai msuk dlm rumah..
aku smpai ari ni f ...
ADVERTISEMENT