Hari ini tanggal 2 Mei, merupakan tarikh yang cukup istimewa buat dua figura terkenal ini. Seorang "hot mama" dan seorang lagi "hot daddy". Seluruh peminat tanah air, hari ini merupakan ulangtaun kelahirannya yang ke-46 tahun, diva bersuara lantang, Siti Roziana Zin @ Ziana Zain. Selamat hari jadi kami ucapkan kepada Kak Ziana. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan terus unggul di persada tersendiri. Baru-baru ini semasa sidang media pengumuman konsert beliau, pihak pengurusan beliau sempat mengadakan kejutan buat ibu kepada empat cahaya mata ini. Pada hari tersebut, para media diajak meraikan hari jadi Ziana Zain lebih awal.
Kejutan buat Ziana! Pihak media meraikan hari jadinya lebih awal, sewaktu acara sidang media pengumuman konsertnya sekitar April lalu. Kredit foto Faisol Mustafa. Oh ya, kepada peminat-peminat, jangan lupa Konsert I Am Ziana Zain' yang akan berlangsung pada 27 September depan di MITC, Melaka. Turut berkongsi tarikh lahir bersama Ziana Zan ialah, pemain bola sepak dunia, David Beckham, hari ini juga beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39. Dilahirkan sebagai, David Robert Joseph Beckham, bapa kepada empat orang anak ini memulakan karier bola sepaknya sebagai pemain tengah untuk pasukan Manchester United, Real Madrid, Los Angelas Galaxy, AC Milan, dan kemudian untuk pasukan Paris Saint-Germain. Bukan sahaja dikenali sebagai pemain bola, suami kepada bekas anggota kumpulan Spice Girls dan ikon fesyen, Victoria (Posh) ini juga dikenali sebagai selebriti, ikon fesyen dan simbol seks. . Kami sempat juga mendapatkan ucapan daripada selebriti-selebriti tanah air, khas untuk David Beckham: . Hanez Suraya "Selamat hari adi yang ke-38 kepada David Bechkam. Semoga dia sentiasa bahagia dengan kehidupanya bersama keluarga. Terus jadi seorang suami dan bapa yang baik". . Dato' Siti Nurhaliza "Bagi Siti, Beckham bukan saa pemain bola tapi beliau uga seorang selebriti. Siti ucapkan selamat hari lahir yangg ke-38 kepada beliau. Beliau seorang ikon lelaki yang bergaya dan berjaya". |
Hanez Suraya
"Selamat hari adi yang ke-38 kepada David Bechkam. Semoga dia sentiasa bahagia dengan kehidupanya bersama keluarga. Terus jadi seorang suami dan bapa yang baik".
mixed posted on 2-5-2014 09:03 AM
hames pandai ko nasihat kt beckham
cer ko nasihat kan bforen busuk ko jd bapa & somi yg baik
mixed posted on 2-5-2014 09:03 AM
hames pandai ko nasihat kt beckham
cer ko nasihat kan bforen busuk ko jd bapa & somi yg baik
ADVERTISEMENT