JIKA diteliti, hampir kesemua bekas bintang Disney, berdepan dengan pelbagai masalah sosial dan peribadi. Selain nama penyanyi terkenal seperti Selena Gomez dan Miley Cyrus, Lindsay Lohan juga merupakan selebriti yang tidak terkecuali. Malah, masalah yang dihadapi Lohan lebih meruncing jika dibandingkan dengan teman selebriti lain. Satu ketika dahulu, nama Lohan sering dipalit dengan kisah-kisah negatif termasuk ketagihan dadah, gemar bersosial dan pernah ditahan ketika memandu dalam pengaruh alkohol. Pemilik nama sebenar Lindsay Morgan Lohan, 27, ini juga turut menerima rawatan di pusat pemulihan selama 90 hari tahun lalu atas kesalahan memandu secara berbahaya dan mengakibatkan kemalangan. Lohan atau lebih mesra dikenali sebagai Lilo ini juga turut dikenakan 30 hari khidmat komuniti, 18 bulan rawatan psikxtxrapi, denda dan pampasan pada mangsa akibat tindakannya itu. Walaupun kisahnya kini semakin jarang dibincangkan, namun Lilo tampil membuat pengakuan berani mengenai kisah hidupnya terdahulu. Menurut pelakon Mean Girls ini, dia pernah mengalami keguguran ketika menjalani penggambaran rancangan realiti, Lindsay. Sambil menangis, Lilo mengakui perkara itu menghantui dirinya dan keguguran itu berlaku saat dia menjalani penggambaran selama dua minggu. “Saya menginginkan anak itu dan sedaya upaya menjaga kandungan. Namun, saat menjalani rancangan berkenaan, saya keguguran. “Tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu kerana saya tidak mengumumkannya. Lagipun, ia masih baharu lagi. “Saya berasa sakit-sakit pada ketika itu, namun orang anggap saya sengaja untuk melarikan diri dan sukar memberi komitmen,” kata Lilo yang turut menyembunyikan identiti bapa kepada bayi itu. Skandal & kontroversi Sebenarnya, ini bukanlah pengakuan berani pertama Lilo, kerana sebelum ini dia pernah memberitahu mengenai rahsia dirinya kepada rakan. Menurut rakannya, Lilo mengakui pernah ditiduri 36 lelaki di sepanjang kehidupannya dan kebanyakan daripadanya adalah golongan selebriti. Malah, Lilo turut menyenaraikan kesemua nama mereka termasuk penyanyi terkenal, Justin Timberlake, James Franco dan Adam Levine. “Sebelum ini, ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini kerana dia (Lilo) tidak pernah menceritakannya. “Namun, dalam senarai itu, ramai di kalangan selebriti yang sudah pun memiliki keluarga sendiri dan saya tidak akan memberitahu nama itu kepada umum kerana risau akan menjejaskan rumah tangga mereka. “Namun, kebanyakannya adalah dari golongan selebriti dan ada juga antara mereka merupakan selebriti yang ‘bersih’ dari masalah peribadi,” kata sumber berkenaan. Lilo bagaimanapun terkilan dengan tindakan rakannya itu yang dilihat sengaja ingin memburukkan dirinya kepada peminat dan masyarakat. “Saya mengakui senarai itu adalah tulisan saya, namun saya tidak sangka ianya boleh tersebar kerana mereka adalah rakan terdekat saya. “Namun, kini mereka bukan lagi kawan saya kerana saya telah membuang mereka jauh-jauh. Saya tidak memerlukan rakan seperti itu,” katanya. Tak kenal diri Walaupun kehidupannya kini lebih baik dari sebelum ini, namun Lilo akui semakin sukar untuk mengenali diri sendiri. Malah menurut Lilo, banyak perkara yang berlaku dalam kehidupannya membuatkan dirinya semakin hilang identiti sendiri. “Saya semakin tidak kenal siapa saya yang sebenarnya kerana setiap perkara yang berlaku itu sungguh aneh. “Malah, ada ketika saya sering menghabiskan masa untuk menangis dan memikirkan perkara yang telah berlaku. “Kadang kala, saya seakan tidak percaya ianya berlaku terhadap diri ini,” katanya. Bikin orang marah! Walaupun kehidupannya sedikit terkawal sejak keluar dari pusat rawatan itu, namun Lilo tetap menjadi kritikan. Malah baru-baru ini, Lilo dikatakan telah menimbulkan kemarahan kru majalah Indonesia Elle, apabila bersikap tidak profesional. Lilo dikatakan gagal memenuhi janjinya untuk mengadakan sesi fotografi penghias muka depan majalah itu. Namun, tindakannya itu amat dimarahi editor majalah tersebut kerana tidak memberitahu perkara itu dengan lebih awal. Menurut pengarah fesyen Elle Indonesia, Anindita Saryuf, Lilo gagal hadir pada hari berkenaan setelah menunggu hampir tiga jam. “Wakilnya datang selepas itu dan memberitahu Lilo sakit perut dan memerlukan waktu rehat dan tidur,” katanya lagi. Namun, peluang kedua turut diberikan kepada selebriti itu apabila fotografi diubah ke tarikh lain. “Semua orang memerlukan peluang kedua, namun sesi fotografi itu memerlukan masa tambahan,” katanya yang mengakui serik untuk bekerjasama dengan Lilo lagi. Sementara itu, Lilo memberitahu bahawa dirinya berdepan dengan kekangan masa yang padat. “Saya juga memerlukan waktu untuk diri sendiri dan mereka tidak tahu apa yang saya alami. “Saya tiada masalah untuk berjanji, namun segala insiden di luar jangkaan perlu diberi perhatian dan peluang,” jelasnya lagi.
|
miminn posted on 29-4-2014 04:16 AM
agaknya lah tu. love knows no gender heh
ADVERTISEMENT