Jasin: Seekor ular sawa batik seberat lebih 130 kilogram berjaya ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat Merlimau di sebuah kebun getah di Kampung Paya Tanjung, Umbai, Merlimau, di sini, 7.42 malam tadi. Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Yahya Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan penemuan reptilia sepanjang kira-kira 8.5 meter itu pada 7.22 malam. "Seramai tiga anggota termasuk pegawai bersama satu pacuan empat roda bergegas ke lokasi dan tiba 7.32 malam. "Disebabkan keadaannya yang besar dan berat, pergerakan reptilia ini terbatas, sekali gus membolehkan kami mengambil masa 10 minit untuk menangkapnya," katanya ketika ditemui di balai bomba itu di sini, tadi. Menurutnya, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengenai penemuan reptilia berkenaan. ANGGOTA bomba mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular kira-kira 8.5 meter ini.
|
tongkatwaran75 posted on 26-4-2014 05:35 AM
ANGGOTA bomba mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular kira-kira 8.5 meter ini.

tongkatwaran75 posted on 26-4-2014 12:51 PM
biasa-biasa jer...
ADVERTISEMENT