BARU-baru ini penyanyi genit Hollywood, Lily Allen mendedahkan tentang tekanan yang dihadapi semasa bayi yang dikandungkannya pada 2010 meninggal dalam perut. Allen menyifatkan rasa sedihnya terhadap perkara itu tidak akan pulih buat selama-lamanya dan menjadi mimpi ngeri dalam kehidupannya. “Beberapa hari selepas kejadian itu saya masuk hospital kerana septisemia, iaitu jangkitan keracunan darah yang boleh meragut nyawa saya. “Waktu itu saya hampir mati, tapi saya tak kisah sebab kehilangan anak saya dah lama buat saya ‘mati’,” katanya.
|
ADVERTISEMENT