CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mercedes C200 - Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah

25-4-2014 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22885| Komen: 121



PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada Khamis.

Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga.

"Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes.

Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun.



Ifa Raziah berkongsi kegembiraannya dengan peminat menerusi Instagram miliknya mengenai hadiah kereta yang dia terima


Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya.

Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya.

"Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut.

Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasangan merupakan kunci kebahagian rumah tangga.

"Sepanjang sepuluh tahun ini memang saya bahagia biarpun apa orang kata tentang saya dan suami, saya tidak pernah peduli.
"Apa yang penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini," ujarnya.

Tambah Ifa, salah satu pengalaman pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja.

Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.


Contoh kereta Mercedes C200 AMG.


"Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan kerana kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri.

'Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yang membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yang sah," ujarnya.

Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yang ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama.

Katanya, sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat.

"Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana tetapi kalau boleh kita kekalkan apa yang kita ada.

"Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untuk berkongsi hidup dengan orang lain," katanya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 25-4-2014 12:58 AM
Tahniah kak ifa. Pernah jumpa dua kali. Dia.mmg kepoh tp x menyombong
Quote Xizhuren 25-4-2014 01:00 AM
syoknyerrr
Quote mommymonster82 25-4-2014 01:35 AM
Tahniah.. Org kepoh biasanya baik hati...
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2014 01:48 AM
dia tak sombong
Quote jefri90 25-4-2014 02:00 AM
alhamdulillah rezeki..senang je lpas loan..duit byk...sobs
Quote MissLibra 25-4-2014 02:39 AM
dia memang tak sombong tapi jangan dikacau laa. kalau dia dikacau memang kalah singa.
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2014 05:48 AM
lagu dalam diam ifa raziah tak ada dalam YouTube pun
Quote mzzenma 25-4-2014 06:03 AM
Musim artis dan kereta

Tahniah kak..saya selaku rakyat marhaen rasa mcm nak jd artis ja lepas ni heheh
Quote Dahsyat!! 25-4-2014 06:17 AM
kakikuDibibirmu posted on 25-4-2014 01:48 AM
dia tak sombong

ifa raziah darul tak sombong
Quote mitnick 25-4-2014 06:55 AM
bestlah dapat keretaa
Quote Tok_Batin 25-4-2014 07:04 AM
Hadiah suami atau beli guna duit bersama? Husband dia kan pengurus sendiri
Quote cikus 25-4-2014 07:21 AM
X pahm konsep hadiah keta nie....monthly dia bayor ke....atau bayau cash lumpsum trus....kalau lump sum jenuh soal jwb ngn LHDN...kalau stakat bawak jeks....kna bayau gaks bln2 ...sama jekkss ngan propa jeks lbh......
Quote rosasa 25-4-2014 07:25 AM
untunglah... bila nak naik haji pulak
Quote mea 25-4-2014 07:26 AM
tahniah ler kak...tumpang tengok jek...gulpp...
Quote batman_2007 25-4-2014 07:49 AM
Keta bank ghopernya
Quote offwhite 25-4-2014 07:58 AM
untung la artis skrg...dpt hadiah mewah sempena hr jadi...kawin..lulus cemerlang dlm periksa...bla..bla..mana tahu tahun akn dtg dpt heli...jet peribadi...beli private island...wuishhh....
Quote soy_beans 25-4-2014 08:01 AM
tgok la ape social media done to our society, jaman2 dulu kalauu nk show off kereta smpai depan umah katup buka katup buka pintu nk bg jiran paham. tu baru jiran.. skrg, amik gmbo, upload..settle.. adoyai.. rkyat marhaen terjejer2 air liur nk pakai jgk, x kurang isteri2 yg mrayu somi mtk hadiah same.. haha.. pastu kuar plak la statement..kalo x mampu jgn pakai...  sedang menuju masyarakat kejam 2020...di mane dh xde hati-hati yg perlu dijage. feeling ustajah di pagi hari.
Quote NHolmes 25-4-2014 08:03 AM
Tgk pun mcm tak sombong.
Quote suterabiru123 25-4-2014 08:04 AM
tahniah..selamat ulang tahun perkahwinan kak ifa.... moga rumah tangga yang di bina terus bahagia hingga ke jannah,,,


cc:  @rosasa  syiok upanya kawin ni kan.. cuma ada seorg dua yang cuma idup dalam in denial....  

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.185010 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top