CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bak Kut Teh' Pun Ada Logo Halal

25-4-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12327| Komen: 68


KUALA LUMPUR - Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna (LPKPM) mendakwa terdapat kira-kira 50 syarikat telah dikenal pasti menggunakan logo halal palsu dalam produk yang dikeluarkan mereka, khususnya produk berkaitan makanan kesihatan.

Presiden LPKPM, Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya mendakwa, hasil tinjauan mereka mendapati produk makanan kesihatan yang dijual di pasaran, terutama di sekitar ibu kota dan Kepong, menggunakan logo halal palsu.


"Tinjauan di beberapa pasar raya terkenal di ibu kota mendapati ada produk 'bak kut teh' dikategorikan sebagai halal dengan mempunyai logo halal.
"Pihak kami menerima enam aduan daripada orang ramai untuk menyemak produk yang ada dalam pasaran bagi memastikan sama ada ia halal atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa terdapat dua syarikat di Selayang bergiat aktif mengeluarkan logo palsu kepada syarikat yang mengeluarkan segelintir produk termasuk produk makanan kesihatan dan kosmetik.

Sehubungan itu, Saharuddin meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim)  mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang terlibat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Menggunakan logo halal palsu yang tidak pernah diiktiraf dalam apa sahaja aspek adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tinggi,” katanya.


Beliau berkata, pemantauan Jakim amat penting supaya pengguna tidak tertipu dan logo halal digunakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Orang ramai juga perlu lebih berprihatin ketika membeli sesuatu produk dan perlu mendekati bantuan Jakim jika mempunyai sebarang keraguan. 

12

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 24-4-2014 10:28 PM
takpe..biarkan./...mesia belum sedia...muahhaahhahahahah
Quote pakweneelofa 24-4-2014 10:33 PM
kucingTomey posted on 24-4-2014 10:28 PM
takpe..biarkan./...mesia belum sedia...muahhaahhahahahah

baik punya sindir
Quote chazey 24-4-2014 10:36 PM
Aku rasa ini kes herba ku teh tu saja. Tak pernah aku jumpa ba ku teh dah siap masak then frozen ready to eat atau mee segera ba ku teh ada cop halal.

Rempah ku teh tu takat kayu manis, bunga lawang, cengkih dan ntah apa lagi aku pun tak kenal. Tanya @Acong kalau mahu tahu lebih spesifik.

Macam juga produk sos ready made lee kum kee. Sos char siew tu guna gambar babi panggang, so takda logo halal. Tapi sos lemon chicken ada cop halal pula.
Quote perang_candu 24-4-2014 10:40 PM
Yang ni mmg herbs saja .

Quote chazey 24-4-2014 10:48 PM
perang_candu posted on 24-4-2014 10:40 PM
Yang ni mmg herbs saja .

Logo halal tu, bukan logo Jakim kan?
Quote spiderman80 24-4-2014 10:50 PM
perang_candu posted on 24-4-2014 10:40 PM
Yang ni mmg herbs saja .

Yang ni memang herba saja untuk membuat bah kut teh instant kat rumah. Kalau bah kut teh yang dijual kat restoran tu, mereka ada resipi sendiri untuk menghasilkan sajian bah kut teh yang sedap, lazat dan menggairahkan.
Quote chazey 24-4-2014 10:55 PM
spiderman80 posted on 24-4-2014 10:50 PM
Yang ni memang herba saja untuk membuat bah kut teh instant kat rumah. Kalau bah kut teh yang diju ...

Ba ku teh sup putih tak guna rempah banyak sangat tu siapa punya resipi? Hakka?

Ba ku teh ni translationnya pork ribs herbal soup kan?

Cikgu aku suka buat sup tulang lombu masa raya guna rempah ba ku teh. Sedap. Tempat aku rendang segala tu tak pemes masa raya. Sup tulang biasanya main dish.
Quote spiderman80 24-4-2014 11:03 PM
chazey posted on 24-4-2014 10:55 PM
Ba ku teh sup putih tak guna rempah banyak sangat tu siapa punya resipi? Hakka?

Ba ku teh ni tr ...

Bah kut teh sebenarnya makanan tempatan, dihasilkan oleh nelayan-nelayan Cina (pendatang dari China) kat Klang, Selangor dulu. Pada masa tu, ada orang kata daging anjing yang dimasak dan akhirnya diganti dengan daging vavi forever.

Saya yang tak suka makan daging vavi mengaku suka makan ba kut teh sebab bau ubatnya tu. In fact, kita boleh membuat bah kut teh halal dengan menggantikan daging tu kepada daging ayam, cuma saya percaya daging ayam kurang sedep kalau dimasak bah kut teh.

Sup bah kut teh Klang tu agak pekat hitam tetapi kat KL dan Singapork punyalah jernih.
Quote perang_candu 24-4-2014 11:06 PM
chazey posted on 24-4-2014 10:55 PM
Ba ku teh sup putih tak guna rempah banyak sangat tu siapa punya resipi? Hakka?

Ba ku teh ni tr ...

rasanya yang tu singapore punya version . Teo Chew bak kut teh. Banyak guna bawang putih dan pepper..  aku buat guna rib lembu. sedap.

Quote dino 24-4-2014 11:06 PM
spiderman80 posted on 24-4-2014 10:50 PM
Yang ni memang herba saja untuk membuat bah kut teh instant kat rumah. Kalau bah kut teh yang diju ...

mcm best je....
bak kut teh takleh diganti ngan daging lembu ke? ngan seafood...



Quote chazey 24-4-2014 11:09 PM
spiderman80 posted on 24-4-2014 11:03 PM
Bah kut teh sebenarnya makanan tempatan, dihasilkan oleh nelayan-nelayan Cina (pendatang dari Chin ...

Ba ku teh Sabah sedang2 saja kaler supnya - tak hitam, tak jernih. Coklat cair begitu la. Rasa herba pun tak kuat. Sabahans ini tak suka rasa rempah or herba yang kuat.

Rempah ini rahsia sup sedap pakcik aku who's a Moslem dan cikgu aku who's a Moslem gak. Aku suka ku teh, wangi. Tapi Semenanjung punya superior ba ku teh rempah lebih kuat rasa herbal. Aku tak berapa minat. Dah biasa dengan rempah murah sedang2 aja herbal taste harga dua ringgit di kedai singseh.
Quote vespa_oren 24-4-2014 11:10 PM
spiderman80 posted on 24-4-2014 11:03 PM
Bah kut teh sebenarnya makanan tempatan, dihasilkan oleh nelayan-nelayan Cina (pendatang dari Chin ...

Jika ganti daging lamb sedap X? Kaki empat gak
Quote chazey 24-4-2014 11:11 PM
perang_candu posted on 24-4-2014 11:06 PM
rasanya yang tu singapore punya version . Teo Chew bak kut teh. Banyak guna bawang putih dan peppe ...

Ha'ah. Aku pun tengok dari Food Network Asia tu. Haha.

Rahsia nak sup sedap guna rempah ni haruslah fresh ribs. Reneh sejam, dua bergantung kuantiti daging tu. Mesti menjilat jari.
Quote cmf_herrhughie 24-4-2014 11:11 PM
chazey posted on 24-4-2014 10:55 PM
Ba ku teh sup putih tak guna rempah banyak sangat tu siapa punya resipi? Hakka?

Ba ku teh ni tr ...

Bak kut teh sup putih ialah sup biji lada putih saja, hanya sohai Singaporean panggil tu bak kut teh
Quote spiderman80 24-4-2014 11:12 PM
vespa_oren posted on 24-4-2014 11:10 PM
Jika ganti daging lamb sedap X? Kaki empat gak

Daging lembu tu saya tak pasti pulak.... nanti saya cuba dulu..... ekkkk tak boleh pulak.... sebab rumah saya ada Dewi Guan Yin.
Quote chazey 24-4-2014 11:13 PM
dino posted on 24-4-2014 11:06 PM
mcm best je....
bak kut teh takleh diganti ngan daging lembu ke? ngan seafood...

Ganti lembu la. Sedap. Ayam tak berapa. Seafood sangat tak sesuai. Rempah2 ba ku teh ni bau kuat dan 'panas' bagi aku. Hilang rasa seafood nanti.
Quote perang_candu 24-4-2014 11:13 PM
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 11:11 PM
Bak kut teh sup putih ialah sup biji lada putih saja, hanya sohai Singaporean panggil tu bak kut t ...

penang pun ada version bak kut teh juga ke.?

Quote cmf_herrhughie 24-4-2014 11:13 PM
dino posted on 24-4-2014 11:06 PM
mcm best je....
bak kut teh takleh diganti ngan daging lembu ke? ngan seafood...

Lembu tak sesuai, pasal dating lembu Ada taste yg berlainan...yg paling sesuai ialah gantikan dgn daging Dan tulang ayam...
Quote chazey 24-4-2014 11:13 PM
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 11:11 PM
Bak kut teh sup putih ialah sup biji lada putih saja, hanya sohai Singaporean panggil tu bak kut t ...

Biarlah meka nak improvise pun.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.147298 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top