CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shila Amzah Tak Benarkan Lee Hom Saksikan Konsertnya

22-4-2014 12:03 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 28819| Komen: 106


.


Penyanyi Shila Amzah sebolehnya tidak mahu penyanyi popular antarabangsa Lee Hom hadir pada konsert solonya yang bakal berlangsung di Shanghai juga di Kuala Lumpur nanti.

Bukan sahaja tidak membenarkan penyanyi kacak itu hadir malah juara Asian Wave 2012 ini sebolehnya tidak mahu Lee Hom menyanyi bersamanya di konsert itu. Kenapa pula?

Tapi kenyataan itu hanyalah gurauan ketika menjawab soalan media, adakah dia akan menjemput Lee Hom untuk menyanyi bersama di konsertnya. Kata Shila, dia pasti akan berasa sangat gementar sekiranya Lee Hom berada di depan matanya.


"Lee Hom...? Kalau boleh saya tak mahu dia datang apatah lagi kalau dia menyanyi bersama saya. Saya pasti akan sangat gementar sampai tak boleh menyanyi. Jadi lebih baik dia tak usah datang", katanya sambil tertawa.

Namun jauh di sudut hati Shila, sebenarnya dia pasti mengalu-alukan kedatangan penyanyi kesayangan ramai itu. Lebih romantk kalau mereka berduet bersama lagu 'Forever Love'.

Kenalah dengan tema konsertnya itu, iaitu cinta.

Lee Hom sebelum ini pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk promosi album dan mengadakan konsertnya.

Sementara itu, berita baik buat seluruh Shilalas (gelaran peminat), Shila bakal mengadakan konsert di Shanghai, China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014. Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Lebih membanggakan apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris. Shila juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan. Sedikit yang saya boleh bayangkan, artis udangan saya juga terdiri daripada artis antarabangsa.

"Selain tu saya sebenarnya sudah senaraikan beberapa penyanyi lelaki yang saya teringin nak berduet sama. Tapi saya tak boleh beritahu sekarang. Tunggu pada hari konsert nanti, ya," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd. Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88. Tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

4

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 22-4-2014 09:01 AM
poyo!!!
Quote miminn 22-4-2014 09:10 AM
hahahha. malu tapi mahu. gitulah.
Quote setankuning 22-4-2014 09:13 AM
penyanyi lelaki antarabangsa je undang?
nangeh mek iti membaca stetmen ko dik
dan juga abe nanas
Quote SyaAnis 22-4-2014 09:14 AM
saya sebenarnye nak..

tapi disebabkan saya gedik terlebih..

harus la main tarik tali dulu...

adeh~~
Quote twins 22-4-2014 09:15 AM
azie.dz posted on 22-4-2014 09:01 AM
poyo!!!

tak per lah... biar lah dia nak hepi-hepi sikit...mengubat hati yang luka...  mana tau kut2 si Lee Hom ni jatuh cinta ngan dia pulak... kot itu sebenar2nya jodoh kita... mana kita tau kan... doakan lah yg terbaik...
Quote kiutkiut 22-4-2014 09:16 AM
aku suka jgk dia nyanyi.. nak banding dgn penyanyi mee segera yg glamer sbb nasi lemak terjojol ke..
Quote tomet05 22-4-2014 09:19 AM
kui3.. gementerrrr katanya
Quote fuzzyfuzzy 22-4-2014 09:20 AM
makin gedik pompuan ni...desperate nak tunjuk kononnya dia in love with someone..
tak belajar dr kesilapan la tu...
kot ye pon bercinta..lex lex dah la...tak yah la ko poyo nk up status kengkonon miss u bagai..tapi tak nak reveal
identity lover malang ko tu...
makin lama makin menyampah!!
very childish..
Quote yeepi_33 22-4-2014 09:28 AM
azie.dz posted on 22-4-2014 09:01 AM
poyo!!!

amboi..

marah ke ni?

meh..meh..

jawab soklan kuiz ni.
ajak si mitnik.
haha
http://mforum.cari.com.my/forum. ... page=31#pid56388825


Quote azie.dz 22-4-2014 09:29 AM
yeepi_33 posted on 22-4-2014 09:28 AM
amboi..

marah ke ni?

tak marah..meluat jah ahakssss

jap ai intai
Quote cik_pink 22-4-2014 09:34 AM
masalahnye lee hom tu nak ke pegi konsert engko shilalat oih???
Quote yeepi_33 22-4-2014 09:36 AM
azie.dz posted on 22-4-2014 09:29 AM
tak marah..meluat jah ahakssss

jap ai intai

sila lah intai.

sje je ...reda kan meluat tu..

mana tau bleh dapat kedit..

hihi
Quote lucky_peace 22-4-2014 09:37 AM
dah lame tak dengar name helen yap... kecik2 dulu selalu je dengar name die compose lagu~~~
Quote suterabiru123 22-4-2014 09:39 AM
Ngebe nye mokcik!!!
Quote -electrifying- 22-4-2014 09:40 AM
sebaya aku, tp muka lebih matured. ==' aku je muke keanak2an
Quote rosasa 22-4-2014 10:25 AM
ada aku kesahhhhhhhhh???
Quote cik_Ti 22-4-2014 10:28 AM
cik_pink posted on 22-4-2014 09:34 AM
masalahnye lee hom tu nak ke pegi konsert engko shilalat oih???

shila malu tapi mahu,leehom lak mahu tapi malu..sbb malunya leehom, dia pon tak pergi konsert shila..boleh terima tak deduction aku?
Quote tedd 22-4-2014 10:31 AM
wat ever lah dek nonnn...
Quote hanna88 22-4-2014 10:31 AM
lee hom hensem..kalo aku pn teruih terdiam sbb segan kan haha..

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.094170 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top