CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mejar Tamat Kursus Di Us, Ditahan Seludup Pistol!

21-4-2014 03:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11378| Komen: 83



Kuala Lumpur: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar, ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Mathis Field, di San Angelo, selepas dipercayai cuba menyeludup senjata api ke Kuala Lumpur.

Pegawai terbabit ditahan pada 16 April lalu, selepas sepasukan Agen Pentadbiran Keselamatan dan Pengangkutan Lapangan Terbang (TSA) dan Kastam, melakukan pemeriksaan pengimbas ke atas bagasi dan kotak dibawanya, sebelum mengesan objek mencurigakan.

Menurut laporan portal berita Big Country Homepage, selepas membuka beg pegawai itu, pasukan keselamatan menemui peti sejuk beku kecil yang di dalamnya pistol jenis Taurus PT-22 .22 Kaliber, dibalut dengan bungkusan plastik.

Turut ditemui satu magazine yang mengandungi lapan butir peluru .22 Kaliber, pencabut gabus, pembuka tin serta barring pistol berkenaan yang dipisahkan bagi mengelak dikesan semasa pemeriksaan di lapangan terbang.

Sebaik senjata api berkenaan ditemui, pasukan keselamatan kemudiannya memanggil keluar pegawai terbabit yang sudah pun berada di dalam pesawat sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapasti, pegawai itu yang menjalani kursus latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara AS Goodfellow, San Angelo, sejak 5 Januari lalu, mengaku membeli senjata daripada seorang pembekal ketika menghadiri pameran senjata api.

Menurutnya, dia juga turut menjalankan urus niaga dengan seorang penuntut warga asing di San Angelo, bagi mendapatkan megazine berisi peluru hidup untuk pistol berkenaan yang dibeli dengan harga USD200 (RM648).

Katanya, dia sedar kesalahan yang dilakukannya itu, tindakannya menyembunyikan senjata api itu dalam peti sejuk beku dalam bagasi bertujuan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Laporan itu turut memberitahu, pegawai berkenaan yang sudah dipindahkan ke pusat tahanan Lubbock, Jumaat lalu, untuk siasatan lanjut sebelum proses pendakwaan dan berhadapan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya didapati bersalah.

18

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote durikarat 20-4-2014 01:50 PM
Bukti dah p obersi pun akai singkat cam semua forumers yg ngaku duk obersi..

Buat malu negara aje..

Quote pakweneelofa 20-4-2014 01:54 PM
pistol tu berkaliber!
Quote sup@rm@n 20-4-2014 01:56 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 01:54 PM
pistol tu berkaliber!

Hahaha
Mesti pistol itu berintegriti juga
Quote munchkin 20-4-2014 01:57 PM
whoaaa...napalah pilih jalan ni.
Quote pakweneelofa 20-4-2014 01:59 PM
sup@rm@n posted on 20-4-2014 01:56 PM
Hahaha
Mesti pistol itu berintegriti juga

hahahahahaha... cis!!!
Quote pakweneelofa 20-4-2014 01:59 PM
munchkin posted on 20-4-2014 01:57 PM
whoaaa...napalah pilih jalan ni.

abis! nak pilih jalan belakang ke!?
Quote durikarat 20-4-2014 02:00 PM
munchkin posted on 20-4-2014 01:57 PM
whoaaa...napalah pilih jalan ni.

Yg jual pistol tu le tunjuk jalan..

Masuk dlm icebox balut plastik xray tak dapat kesan...katanye



Quote TuntungReturn 20-4-2014 02:06 PM
munchkin posted on 20-4-2014 01:57 PM
whoaaa...napalah pilih jalan ni.

x pilih jalan yg benar?
Quote Changa 20-4-2014 02:06 PM
Selayak nya lah. Harap kena penjara 10 tahun di us. Rasain loh
Quote batmana 20-4-2014 02:18 PM
TUDM - Tengok Udara Dan Merekod aja...
Quote munchkin 20-4-2014 02:21 PM
TuntungReturn posted on 20-4-2014 02:06 PM
x pilih jalan yg benar?

sempat pulak ko buat lawak. kena tahan kat us.
Quote munchkin 20-4-2014 02:22 PM
durikarat posted on 20-4-2014 02:00 PM
Yg jual pistol tu le tunjuk jalan..

Masuk dlm icebox balut plastik xray tak dapat kesan...katan ...

ke balut aluminium foil
Quote annehuda 20-4-2014 02:22 PM
memalukan rakyat malaysia jah die ni
Quote munchkin 20-4-2014 02:22 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 01:59 PM
abis! nak pilih jalan belakang ke!?

tu lainnnn
Quote boyagombak 20-4-2014 02:22 PM
Kat US pun max 10 tahun.Merasalah duk oberc lama2.Mejar tu buta ka Law KT US.Ker dia ingt Law Firearm KT US tu longgar
Quote batmana 20-4-2014 02:26 PM
mgkin dia igt undang2 sana cm malaysia,
ngaku C4 kn org pn bole lepas..
Quote aechae 20-4-2014 02:30 PM
lenkali nk buat onar dlm negara sndri sudah....

ni kt us ko buat keja mcm tu...bodoh nya alahai.....kesian mu pokcik, bersara awal jela
Quote tongkatwaran75 20-4-2014 03:01 PM
Quote zorrro_03 20-4-2014 03:20 PM
siapakan beliau?   

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top