SAYA mahu cantik dalaman dan luaran. Saya tidak mengamalkan aktiviti bersenam hingga pada satu tahap saya terasa begitu tidak bermaya. Oleh sebab itu, saya lebih suka melakukan yoga daripada mendaftarkan diri di pusat gimnasium. Istimewanya yoga, ia adalah aktiviti yang amat berbeza dengan senaman lain. Malah, melalui yoga juga, ia mampu menjadikan bentuk badan kita lebih cantik lebih-lebih lagi apabila saya mengalami masalah kekurangan berat badan. Apakah kelebihan yoga? Sejak mengamalkan yoga, pernafasan saya lebih lancar dan kualiti nyanyiannya lebih meningkat. Yoga juga, berjaya mengurangkan sikap panas baran seterusnya menjadikan saya lebih berkeyakinan. Selain itu, yoga turut mengajar saya erti berdisiplin dan menepati waktu. Banyak perubahan yang dapat saya rasai terutamanya menerusi aspek pernafasan, tenaga, kedudukan berdiri tubuh badan dan kesabaran. Selain itu, ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa terluang dan di mana-mana saja. Anda kini memiliki dua studio latihan senaman yoga. Adakah itu bermakna anda turut menjadi tenaga pengajar di situ? Saya hanyalah bergelar pemilik dan tidak bertindak sebagai tenaga pengajar. Jadi, tiada rancangan untuk ke arah itu? Saya memang ada rancangan untuk menjadi tenaga pengajar. Insya-ALLAH, Julai nanti saya akan ke Thailand untuk mendapatkan sijil senaman yoga yang disahkan. Anda kini sudah mahir dalam melakukan yoga, mengapakah anda tidak mahu terus mengajar? Saya tahu saya boleh mengajar tetapi saya tidak mahu mengajar sekiranya belum memiliki sijil yang sah. Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini? Justeru, lebih baik berhati-hati. Apa yang penting dapatkan dulu sjil sah sebelum menjadi tenaga pengajar. Adakah anda ada mengambil sebarang jamu? Saya tidak pernah mengamalkan sebarang jamu, malah saya tidak percaya pada diet. Adakah anda petua kecantikan tersendiri? Saya adalah penggemar air masak. Selain itu, walau seletih mana pun, sebelum tidur, saya akan pastikan muka saya bebas daripada sebarang mekap. Ini adalah langkah penting buat saya lebih-lebih lagi apabila jenis kulit saya adalah berminyak. Bagi mengelakkan kulit menjadi kering pula, saya akan meletakkan semangkuk air di tepi katil. Fungsi air itu adalah untuk membantu penghawa dingin menyerap air dalam mangkuk tersebut dan saya sudah amalkan petua ini sejak tamat persekolahan. Di kala umur anda yang kini 40 tahun, anda tetap kelihatan awet muda. Apa rahsia anda? Tiada sebarang rahsia. Apa yang saya dan ibu amalkan adalah sentiasa gembira dalam hidup. Apakah perkembangan terbaru anda? Selain sibuk menguruskan pembukaan Yoga One That I Want Studio di Seksyen 2, Shah Alam, saya kini sedang sibuk merakamkan album ketiga yang dijangka berada di pasaran pada tahun ini. Selain itu, saya juga sibuk menerima undangan persembahan daripada majlis-majlis korporat.
|
hensem2012 posted on 17-4-2014 11:55 AM
kurus sgt dia nie...aku lg prefer JASMIN HAMID...aset mantap..meletop walaupun usia menjangkau 42 th ...
ikaizraa posted on 17-4-2014 01:51 PM
kalau aku tonggeng cmtu, aku dah jatuh gedebuk sebab montot aku berat.
bestla body kecik molek.
ikaizraa posted on 17-4-2014 01:51 PM
kalau aku tonggeng cmtu, aku dah jatuh gedebuk sebab montot aku berat.
bestla body kecik molek.
ADVERTISEMENT