CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Afgan Sambut Mesra Ciuman, Pelukan Peminat Malaysia

18-4-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8668| Komen: 26



Kalau sebelum ini kita selalu mendengar penyanyi Anuar Zain dikerumuni peminat fanatiknya terutama di persembahan eksklusifnya seperti malam makan malam koporat atau persembahan sempena Minggu Setiausaha. Situasi sama juga turut dilalui penyanyi kelahiran Indonesia, Afgan.

Malam tadi, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), telah berlangsungnya persembahan penyanyi berusia 25 tahun ini sempena minggu Setiausaha 2014, 'Seceteries Week@PICC'.


Dan satu momen yang mencuri perhatian sekalian penonton ialah diketika jejaka yang nama sebenarnya Afgan Syah Reza ini mendendangkan lagu 'Jodoh Pasti Bertemu', tanpa diduga meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipinya. Menyambut mesra ciuman dari peminat berkenaan, lantaran penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.

Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, 'Panas Asmara', Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminat.

Namun belum sempat dia 'melawat' dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuni dirinya.



Meskipun persembahan kali ini memberi peluang secara eksklusif kepada peminat mendekati diri penyanyi ini, pada pemerhatian penulis, persembahan nyanyian live Afgan hanyalah biasa-biasa sahaja. Sayang sekali, komunikasi Afgan dengan peminat juga kurang. Membuat persembahan dalam masa lebih kurang 1 setengah jam, lagu lain yang didendangkan seperti 'Pesan Cinta', 'Bawalah Cinta' dan 'Terima Kasih Cinta'.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 17-4-2014 10:29 AM
untung la kan
Quote adranatasya 17-4-2014 11:10 AM
Tgk komsert solo Afgan @ Singapore okay jer komunikasi dia dgn peminat. Live pun okay. Maybe crowd kot. @ Singapore mmg happening.  
Quote user2012 17-4-2014 11:51 AM
Kalaulah dia retis Malaysia, harus dikecam hebat dek kerna ciuman peminat
Quote somaki 17-4-2014 11:54 AM
Ingatkan dia ni ala2 alim sbb byk nyanyi lagu ketuhanan
Quote kepakayam 17-4-2014 11:54 AM
aku x nk salahkan Afghan, tapi peminat dia.. yg betudung pun naik pentas peluk cium Afghan.
Quote girly.. 17-4-2014 12:51 PM
Kita tgk anuar zain nyer sec week la nanti
Quote haryatie 17-4-2014 12:52 PM
dia dtg utk menyanyi
yg gi peluk cium dia buat apa..
Quote pakweneelofa 17-4-2014 01:50 PM
kepakayam posted on 17-4-2014 11:54 AM
aku x nk salahkan Afghan, tapi peminat dia.. yg betudung pun naik pentas peluk cium Afghan.

gambar plz
Quote Ya82 17-4-2014 02:06 PM
Bila malu dah ilang dlm diri.. hurm...
Quote solstice 17-4-2014 02:17 PM
Betina bohsia garit mana yg gesang pi cium afghan tu?
Kalau dah gersang sgt pi lah mengangkang kat lorong hj taib nun
Quote kelip2_07 17-4-2014 02:17 PM
peminat xsdr diri..

sama mcm peminat bang nuar zain..mcik2 monopos pn tnpa sgn silu peluk cium bang nuar..
Quote miminn 17-4-2014 03:27 PM
Lately banyak dengar Afgan datang perform dekat event2 dinner. Semalam ada kawan forward gambar dia dekat whatsapp group. Best juga jadi secretary ada secretary week.
Quote amyainsamad 17-4-2014 03:34 PM
amboi.......
Quote caplimau 17-4-2014 05:44 PM
hurmmm da peminat nk kasi..
afgan terima saja..

"bagi sye enggak manis rasenya menolak ciuman fans,
kerana meraka selalu ada menyokong sya"..

dengggg..
Quote HannahMontana 17-4-2014 05:54 PM
Afghan ni mmg sopan , soft-spoken .
Quote axl_bach 17-4-2014 06:57 PM
somaki posted on 17-4-2014 11:54 AM
Ingatkan dia ni ala2 alim sbb byk nyanyi lagu ketuhanan

Ingatkan dia ala2 alim sbb nama dia cam negara asal Taliban iaitu AFGHANistan,heheheheh

Quote RatuDunia94 18-4-2014 02:22 AM
Alim la sangat! bape kerat je dik non lagu dia yg berunsurkan KETUHANAN?
Padamu Ku Bersujud tu je la kot!

btw nah tgok la hakak2 hijabister berpeluk, keromom, comolot Afgan!

skip ke minit @5:00
[youtube]lmIE6hGJVcU[/youtube]
Quote comotcumil 18-4-2014 07:57 AM
my friend pergi his concert kat istana budaya. katanya makcik2 bertudung ilang rasa malu pi peluk & kiss afghan ni.. dah le makpak afghan ada kan time concert tu.....
Quote ex-bantal.B 18-4-2014 08:14 AM
apa best afgan ni wei. tak minat lah tengok pembawaan diri mamat ni. terlalu dibuat buat, kdg kdg mcm perasan kiut dan control macho.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060975 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top