Diva Pop Indonesia, Kris Dayanti memberitahu suaminya Raul Lemos suka melihat dirinya berpenampilan seperti penyanyi popular Hollywood, Jennifer Lopez (J.Lo). Menurut pelantun lagu 'Aku Wanita Biasa' ini, sejak berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu, Raul adalah pengkritik setia beliau terutamanya dari imej dan penampilan. "Suami saya suka kalau saya tampil bergaya seperti J.Lo (gelak). Dia selalu memberikan pandangan mengenai imej saya. Katanya, dia suka liha aku berpakai misalnya pakai seluar yang tight, jangan hanya pakai dress", kata Kris Dayanti sewaktu ditemui piak media bertempat di ibu pejabat Warner Music Malaysia, di Mutiara Damansara, semalam.
KD berkunjung ke tanah air bagi menyajayakan minggu setiausaha yangg akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini. Disamping itu dia yang kali ini turut ditemani suaminya ke sini, mengambil peluang melancarkan album terbarunya, 'Persembahan Ratu Cinta' serta muzik video single 'Bertubi-Tubi'. Sementara itu, bercerita mengenai klip video Bertubi-Tubi, klip video yang menjalani penggambaran di kota Paris itu menggambarkan bertapa dalam perasaan cintanya terhadap suami dan anak-anaknya. Bahkan dia seakan tidak mampu meneruskan kehidupan tanpa kehadiran keluarga tercinta. Lebih istimewa, muzik video tersebut dilancarkan buat pertama kali di Malaysia dan bukan di Jakarta. Kata KD, dia memilih untuk melancarkan muzik video berkenaan di sini sebagai tanda penghargaan terhadap peminat-peminatnya di Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kariernya. "Muzik video ini mengbadikan saat saya, suami dan aanak-anak saya bercuti di Paris. Kalau saya boleh berkongsi, seperkara yang buat saya berasa sangat istimewa iala apabila saya menjadi seorang ibu.
|
ADVERTISEMENT