CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak & Emak Kaki Buli

15-4-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9703| Komen: 76

Gambar hiasan


Pekan: Sudahlah perutnya ditendang dan muka ditumbuk rakan sekelasnya, seorang murid perempuan tahun lima sebuah sekolah rendah di sini, kini mendakwa hidup dalam ketakutan apabila ibu kepada rakannya itu pula mengugut mahu memukulnya.


Mangsa, Siti Humaira Samsul Bahari, 11, kini trauma untuk ke sekolah kerana dihantui kejadian Khamis lalu, malah turut melahirkan kebimbangan dipukul semula selepas menerima ugutan berkenaan.


Menceritakan kejadian, Siti Humaira mendakwa, dia bersama tiga lagi rakannya sedang membersihkan kelas selepas tamat waktu persekolahan jam 2.15 petang.


Katanya, ketika menyapu sampah, sekumpulan rakan lelakinya masuk ke dalam kelas berkenaan dan bertindak mengganggu, malah ada antara mereka menyepak penyodok sampah menyebabkan sampah bertaburan.


“Saya menegur seorang daripada mereka dan meminta beredar dan mungkin tidak puas hati dengan teguran itu, secara tiba-tiba seorang rakan terus menendang perut dan menumbuk muka saya menyebabkan saya terjatuh.


“Mereka kemudian mentertawakan saya sebelum beredar dan meninggalkan saya menahan kesakitan.


Ketika kejadian, guru tiada dalam kelas manakala murid lain pula sudah pulang selepas waktu persekolahan tamat jam 1.45 tengah hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Akibat kejadian itu, Siti Humaira mengalami lebam di bahagian kiri mulut dan luka gusi menyebabkannya sukar untuk makan dan hanya mampu menelan makanan lembut.


Lebih menghairankannya apabila ibu murid lelaki itu kemudian bertindak mencarinya di sekolah tidak lama selepas kejadian dan memarahinya sebelum mengeluarkan kata-kata ugutan untuk memukulnya.


Sementara itu, bapa mangsa, Samsul Bahari Ghazali, 52, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah dan melihat Siti Humaira menangis teresak-esak.


Katanya, selepas anaknya menceritakan kejadian itu, dia kemudian cuba mendapatkan penjelasan guru besar, namun dimaklumkan guru besar tiada dan hanya dapat berjumpa dengan guru kaunseling.


“Guru kaunseling hanya mengambil butiran kejadian itu dan tidak bertanya lanjut mengenai kecederaan anak saya selain bersikap endah tidak endah apabila saya memberitahunya untuk memaklumkan perkara itu kepada guru besar.


“Saya kemudian membawa anak saya menjalani pemeriksaan di Hospital Pekan pada hari sama kerana bimbangkan keadaannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan berhubung kejadian itu,” katanya.


Menurutnya, yang membuatnya terkilan apabila sehingga kini, pihak sekolah langsung tidak menghubunginya untuk bertanyakan keadaan anaknya dan seolah-olah menganggap kejadian itu sebagai perkara biasa.


Katanya, hanya pada Jumaat lalu apabila guru kelas Siti Humaira ada menghubunginya, namun langsung tidak bertanyakan keadaan anaknya, sebaliknya hanya bertanyakan apa tindakan yang bakal diambilnya saja.


“Saya begitu kecewa dengan sikap berdiam diri pihak sekolah yang langsung tidak menunjukkan usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya bukan mahu menuntut ganti rugi ribuan ringgit tetapi namun hanya memohon pihak sekolah memberikan penjelasan berhubung kejadian itu.


“Saya mahu memastikan anak saya dapat belajar dalam suasana aman dan tenteram, bukannya dalam ketakutan selain pada masa sama bimbang kejadian sama mungkin menimpa murid lain,” katanya.


Menurutnya, sejak kejadian itu, anaknya berubah menjadi seorang yang pendiam dan pasif sedangkan sebelumnya dia seorang periang dan ramah.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahya Othman ketika dihubungi, semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

7

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
26

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-4-2014 07:33 AM
perempuan skg sangat brutal...apa lagi kalau melibatkan keselamatan dan duit....
Quote Simunggu 14-4-2014 07:33 AM
perempuan skg sangat brutal...apa lagi kalau melibatkan keselamatan dan duit....
Quote AHMADVW 14-4-2014 07:36 AM
ahli pekida.pekasa ranting mana nih
Quote WawaRaRa 14-4-2014 07:43 AM
dasyatnyer makcik tu... klu di biarkan anak dia jd gengster besar daerah Pekan....
Quote batmana 14-4-2014 07:48 AM
budak2 skrg kene psg cctv 24jam nmpknya..
Quote nurul_akmar 14-4-2014 07:52 AM
xfaham aku mak bapak yg sokong anak jadi pembuli ni
Quote burque 14-4-2014 08:16 AM
Statementnye cam berat sebelah
As if semua pihak yang salah kecuali dia dan anaknya
Quote haryatie 14-4-2014 08:38 AM
giler punya mak..
ada jerk org macam ni..semua keturunan dia kaki buli..
Quote leylapple 14-4-2014 08:47 AM
kalo aku, akan carik si emaknya....

tanya apsal nak tendang2 perut anak org sukati...

then panggil saksi2 kejadian betul ker ada sesi tumbuk menumbuk..

kalo ada, siaplah anak dgn si emak nya tu...

Quote namirulmukminin 14-4-2014 08:56 AM
Samseng tu jantan... pastu buli budak pompuan... memang dasar PONDAN betol la budak samseng tu.. Memang mak dia ajar anak dia jadik PONDAN kot... kalu ko betul2 samseng, lawan la dgn budak jantan jugak.. BODOH!!
Akibat kejadian itu, Siti Humaira mengalami lebam di bahagian kiri mulut dan luka gusi menyebabkannya sukar untuk makan dan hanya mampu menelan makanan lembut.


Lebih menghairankannya apabila ibu murid lelaki itu kemudian bertindak mencarinya di sekolah tidak lama selepas kejadian dan memarahinya sebelum mengeluarkan kata-kata ugutan untuk memukulnya.

Quote xpdckelate 14-4-2014 09:01 AM
cuba try siasat tengok
Quote annehuda 14-4-2014 09:07 AM
ni anak emak la ni. aku berharap suatu hari nnt mak die plak kene tendang ngan anak lelaki kesayangannye. ha mase tu baru menyesal
Quote courtney_xo 14-4-2014 09:31 AM
Bdk jantan mcm tu patut kor net dibungkus dgn kerengga saja... Ada hati pukul ank dara org... Dia tak rasa kena pukul dgn bapak bdk tu lg...
Quote Changa 14-4-2014 09:34 AM
Bangsa Melayu sunni bangsat?
Quote prettyuglybabe 14-4-2014 09:36 AM
dah mak bapak pembuli.. mana tak turun ke anak
Quote pakweneelofa 14-4-2014 09:57 AM
namirulmukminin posted on 14-4-2014 08:56 AM
Samseng tu jantan... pastu buli budak pompuan... memang dasar PONDAN betol la budak samseng tu.. Mem ...

u r back bro!!!!!!!!!
Quote -electrifying- 14-4-2014 10:23 AM
klau la aku, hbs la dorg.
Quote senahitam 14-4-2014 11:42 AM
aku ngan adik aku penah kene kes lbh kurang gini...ada sorang bdk pmpuan ni tuduh adik aku curi bekas pensel dia..pastu repot kt mak dia..ptg lepas abes kelas KAFA, mak bdk pmpuan ni tahan aku n adik aku marah2...kesahnya jalan nk blk umah aku kena lalu umah dia dlu..huhu...esoknya time nk g skolah pg...nenek bdk ni lak tahan..marah2 lg...pastu ada lak jiran dia...(mmg x baik ngan famly aku kes politik, laki dah tua bangka tp jahat)...ugut nk bunuh kitorang....mmg sedih n kecut perut gak la...since hari tu adik aku trauma...dia ponteng kelas KAFA, pastu skolah pagi lak dia ikut jalan jauh yg x brape ada orang...ayah aku garang...tp dia pun xmampu nk marah dah adik aku sbb ponteng klas kafa tu..trauma btol...

2 minggu pas tu...ayah bdk pmpuan tu p jumpa ayah aku mtk maaf...ayah aku ok je la...mmg xleh lupa la kejadian tu..huhu...org tua jahat tu mmg dengki ngan fmly aku..die dah meninggal...tp sukar utk aku maafkan dia...time tu aku darjah 6...adik yg jd mangsa tu darjah 3, ada lg sorang adik aku darjah 1.
Quote kelip2_07 14-4-2014 11:47 AM
senahitam posted on 14-4-2014 11:42 AM
aku ngan adik aku penah kene kes lbh kurang gini...ada sorang bdk pmpuan ni tuduh adik aku curi beka ...

bodoh kn..dok ugut bdk2..dia yg tua sepatutnye selesaikn mslh..saiko btll..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073112 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top