CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Wanita Nyaris Kena Samun

11-4-2014 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13284| Komen: 44



Seorang pelakon wanita era 90-an, tidak sangka kes samseng jalan raya dan langgar serta samun sering didengariya daripada  rakan sebelum ini menimpa dirinya, malam kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu menceritakan semula detik cemas ketika nyaris menjadi mangsa sekumpulan penjenayah dipercayai cuba menyamunnya di Jalan Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, pelakon pembantu filem Cinta Kolestrol itu memandu bersendirian kereta Kia Rio, dalam perjalanan mahu mengambil anak sulungnya di Wangsa Maju.


“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Waja berwarna kuning menghimpit kereta saya, sebelum melanggar cermin sisi bahagian pemandu

“Saya ingat pemandu kereta Proton Waja itu mahu berhenti di bahu jalan untuk berbincang mengenai insiden tersebut, namun kereta itu terus bergerak  meskipun saya berhenti di belakangnya,” katanya.

Ibu kepada seorang pelakon remaja itu memberitahu, dia kemudian mengekori kenderaan berkenaan kira-kira 10 minit sebelum kereta itu berhenti di lorong sunyi.

“Empat lelaki tempatan  bersenjatakan kayu dan besi kunci stereng keluar daripada kereta tersebut, saya berasa takut dan mendiamkan diri dalam kereta, salah seorang daripada mereka bertindak ganas memecahkan tingkap tempat duduk penumpang depan.

“Saya dalam keadaan panik menekan pedal minyak dan terus melarikan diri, nyaris melanggar salah seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Balai Polis Wangsa Maju, semalam.

Artis yang hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu berkata, mujurlah dalam kejadian itu dia tidak dicederakan, bagaimanapun dia masih dalam keadaan trauma.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abas8888 10-4-2014 10:26 AM
nyaris melanggar salah seorang?? langgar terus je kak...kurang sorang penjenayah..
Quote caplimau 10-4-2014 10:37 AM
ok tak boleh recall..
cinta kolestrol sudah terlalu lama..
hahahhaahahaaha
Quote fifie_olin 10-4-2014 10:39 AM
aku rs yg jadi mak yusry ms kecik...dlm cinta kolestrol tu...dia x byk belakon pon...slalu jd watak pak pacak jeh
Quote ais_kosong 10-4-2014 10:43 AM
sapakah pelakon itewwww
Quote amyainsamad 10-4-2014 10:57 AM
-Seorang pelakon wanita era 90-an
-pelakon pembantu filem Cinta Kolestrol
-Ibu kepada seorang pelakon remaja itu
-Artis yang hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu berkata

semua clue xmembantu ke sendu an makcik ni
Quote jepp 10-4-2014 11:13 AM
Yg berlakon jd mak yusry dlm cinta kolesterol nama liza zain
Dia mak pelakon addy ashraf
Quote jepp 10-4-2014 11:14 AM
Ke ada pelakon lain dln cnta kolesterol tu..
Ingatan kaka ada ahmad yusry je noks...
Quote poupou 10-4-2014 11:16 AM
kesiannnnnnnnnnn
Quote merahsilver2U 10-4-2014 11:19 AM
jepp posted on 10-4-2014 11:13 AM
Yg berlakon jd mak yusry dlm cinta kolesterol nama liza zain
Dia mak pelakon addy ashraf

sapa ye???
Quote ex-bantal.B 10-4-2014 11:22 AM
sebut jerlah nama artis tu. ni kemalangan tidak berbau jer.. jangan lah macam buat gosip murahan sampah yg selalunya tu tak nak sebut nama artis sebab takut kena saman
Quote edoraixora 10-4-2014 11:58 AM
ex-bantal.B posted on 10-4-2014 11:22 AM
sebut jerlah nama artis tu. ni kemalangan tidak berbau jer.. jangan lah macam buat gosip murahan sam ...

itu lah....
jadi ke pasal pulak nk kne speku2

Quote caplimau 10-4-2014 12:04 PM
jepp posted on 10-4-2014 11:13 AM
Yg berlakon jd mak yusry dlm cinta kolesterol nama liza zain
Dia mak pelakon addy ashraf

aku rse telaan ko tepat.. hahahhahaha..
Quote asampodeh 10-4-2014 12:21 PM
caplimau posted on 10-4-2014 12:04 PM
aku rse telaan ko tepat.. hahahhahaha..


yup.. dah sah2 liza zain mak kpd aedy asyraf.. kan ke ade klu " ibu kpd plakon remaja.."
Last edited by asampodeh on 10-4-2014 12:45 PM

Quote hensem2012 10-4-2014 12:32 PM
Liza Zain yg hampir kene samun tue...aha makcik aku nie..lps tingkap kene pecah terus dia pecut gi balai polis..nasib sempat lari
Quote tomet05 10-4-2014 12:56 PM
xde gambarajah beliau ke ?
Quote azie.dz 10-4-2014 01:14 PM
retis ni pemes sgt ke sampai kena teka teka?
Quote mitnick 10-4-2014 03:01 PM
yg mn satu orgnya?
Quote jepp 10-4-2014 05:19 PM
G utube tgk cter cjnta kolesterol ..hehe
Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 05:22 PM
akak ingat erra fazira gemok jah

P/S: @munchkin tempat kamu ini Wangsa Maju

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.076317 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top