CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

‘Zizan Lelaki Pertama Saya Bawa Jumpa Ayah’

10-4-2014 11:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12466| Komen: 14

Sejak akhir-akhir ini, semakin jelas bibit percintaan dan kemesraan ditunjukkan oleh Zizan Razak dan Emma Maembong. Peminat semua pun merestui dan suka melihat mereka bersama. Namun, ramai tertanya bilakah Zizan akan memetik si bunga di taman? Maknanya, masuk meminanglah. Ada juga media yang bertanya mengapa dulu berahsia dan menafikan sekerasnya tentang hubungan mereka?


Kata Emma, “Sebenarnya kami bukan nak sorok tapi masa tu saya baru lagi kenal Zizan. Memang kita dah berkawan lama tapi bukan rapat. Saya tak nak orang tengok di awal perkenalan nampak terlampau meriah tapi lama-kelamaan baru sedar tak serasi. Sekarang ni Alhamdulillah Emma dah selesa berkawan dengan dia dan kami dah kenal keluarga masing-masing. Barulah kami setuju untuk memberitahu public.”

Tambahnya lagi, “Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu. Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis.”

Untunglah, Zizan. Lelaki pertama ye? Sweet~
Emma juga mengatakan mereka jenis pasangan yang tidak suka menunjuk-nunjuk.

“Kalau di luar set, saya adalah manusia biasa. Saya sama macam perempuan lain yang nak kongsi gambar ketika keluar dengan boyfriend dan sebagainya. Saya rasa tu tak salah. Tapi saya mintak maaf kalau ada yang tak suka.”

1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 9-4-2014 05:44 PM
Kalau dah serius tu cepat lah berkenalan dengan keluarga dan cepat  cepat lah kawin...
Quote incek_akim 9-4-2014 08:20 PM
benda baik ni, xelok tangguh2. ke tengah tunggu ayah emma siap buat siasatan dulu?
Quote cik_Ti 9-4-2014 11:39 PM
incek_akim posted on 9-4-2014 08:20 PM
benda baik ni, xelok tangguh2. ke tengah tunggu ayah emma siap buat siasatan dulu?

harus lah buat siasatan..baru kenal kekdahnye
Quote razureza 10-4-2014 12:58 AM
Katanyerrr...

Yg ex bf dolu tak bwk jumpa kah?

Bkn ex dolu tu ibarat separuh nyawa, siap bagi duit banjer cover mana tak cukup kekdahnye...

Tolong saat susah, saat tak cukup duit...ibarat family dah saling tahu saling merestui..

Tup2 Zizan laki pertama yg dibawa jumpa ayah?
Quote bookehkahkoh 10-4-2014 01:02 AM
Kahwin jelah, selagi tak kahwin selagi tulah org nyampah.
Quote incek_akim 10-4-2014 07:43 AM
cik_Ti posted on 9-4-2014 11:39 PM
harus lah buat siasatan..baru kenal kekdahnye

orang dulu2 cakap; xkenal maka xcinta. cewah~
Quote kokocrunch 10-4-2014 08:49 AM
benda baik, xelok tangguh2. Moga cepat2 menikah.
Quote pia250110 10-4-2014 08:54 AM
abis pakwe dulu x ajak jumpe ayah ke,,,,yela tuh,,,,,,,,,, zizan ramai lagi awek ganu comei boh...bek mung cari hok jenih skit,,, harap rupe je comel...
Quote tomet05 10-4-2014 09:14 AM
semoga berkekalan lah kan
Quote cik_Ti 10-4-2014 10:23 AM
incek_akim posted on 10-4-2014 07:43 AM
orang dulu2 cakap; xkenal maka xcinta. cewah~

konsepnya, maka perlulah untuk ayah emma berkenal-kenal dgn zizan utk turut sama suka zizan..kisahnya
Quote adik^manis 10-4-2014 10:29 AM
thread ni dh ade http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=795914
Quote mizlily 10-4-2014 11:39 AM
kawen cpt2.. nanti xjadi...
Quote mitnick 10-4-2014 12:14 PM
deja vu               

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.112591 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top