Kuala Lipis: Kejam dan tidak berhati perut apabila seorang lelaki bertindak merenjat wayar elektrik ke pipi kanan seorang suri rumah yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya dalam kejadian di Kampung Kechau Tui, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun melecur di pipi kanan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, dengan bantuan suaminya berusia 40 tahun untuk mendapatkan rawatan. Difahamkan, lelaki terbabit membawa wayar elektrik itu dan dikatakan masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang yang dipercayai tidak berkunci sebelum pergi ke ruang tamu. Pada masa sama, suspek melihat suri rumah berkenaan sedang tidur bersama suaminya di ruang tamu. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, lelaki terbabit kemudian memasang wayar elektrik yang dibawa pada suis televisyen sebelum menutup lampu ruang tamu rumah. Menurutnya, ketika keadaan suasana di ruang tamu gelap, mangsa bersama suaminya dikatakan tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit sebelum suspek bertindak merenjat wayar elektrik ke pipi kanan wanita itu. Katanya, akibat terkejut selepas terkena renjatan elektrik, mangsa menjerit sekuat hati selepas tidak dapat menahan kesakitan sebelum lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu belakang. "Pada masa sama, suami mangsa yang terdengar jeritan isterinya kemudian membuka semula lampu sebelum melihat mangsa sedang menggelupur menahan kesakitan di pipi kanan akibat melecur. "Berikutan itu, suami mangsa kemudian bergegas membawa isterinya ke HKL untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mangsa sehingga kini dilaporkan stabil," katanya, di sini. Menurutnya, susulan laporan polis yang dibuat suami mangsa di Balai Polis Padang Tengku, di sini, pada jam 6 pagi, polis menemui wayar elektrik milik lelaki terbabit selepas dibuang di bahagian dapur rumah mangsa. Katanya, siasatan awal mendapati, tiada sebarang harta berharga dilaporkan hilang dari rumah mangsa namun polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. Abdul Razak berkata, mangsa bersama suaminya mendakwa gagal mengenal pasti identiti lelaki terbabit kerana keadaan di dalam rumah gelap selepas lampu di ruang tamu dipadam oleh suspek. "Polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan kejadian itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
|
HannahMontana posted on 9-4-2014 08:34 PM
sebab x inzal
org lelaki kalau beromen lepas tu x inzal mmg akan jadi ganas.
ADVERTISEMENT