CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4064|Reply: 29

[Tempatan] {11} Lelaki renjat bini orang dgn letrik !

[Copy link]
Post time 9-4-2014 08:00 PM | Show all posts |Read mode
9 April 2014

Kuala Lipis: Kejam dan tidak berhati perut apabila seorang lelaki bertindak merenjat wayar elektrik ke pipi kanan seorang suri rumah yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya dalam kejadian di Kampung Kechau Tui, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun melecur di pipi kanan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, dengan bantuan suaminya berusia 40 tahun untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, lelaki terbabit membawa wayar elektrik itu dan dikatakan masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang yang dipercayai tidak berkunci sebelum pergi ke ruang tamu.

Pada masa sama, suspek melihat suri rumah berkenaan sedang tidur bersama suaminya di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, lelaki terbabit kemudian memasang wayar elektrik yang dibawa pada suis televisyen sebelum menutup lampu ruang tamu rumah.

Menurutnya, ketika keadaan suasana di ruang tamu gelap, mangsa bersama suaminya dikatakan tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit sebelum suspek bertindak merenjat wayar elektrik ke pipi kanan wanita itu.

Katanya, akibat terkejut selepas terkena renjatan elektrik, mangsa menjerit sekuat hati selepas tidak dapat menahan kesakitan sebelum lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu belakang.

"Pada masa sama, suami mangsa yang terdengar jeritan isterinya kemudian membuka semula lampu sebelum melihat mangsa sedang menggelupur menahan kesakitan di pipi kanan akibat melecur.

"Berikutan itu, suami mangsa kemudian bergegas membawa isterinya ke HKL untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mangsa sehingga kini dilaporkan stabil," katanya, di sini.

Menurutnya, susulan laporan polis yang dibuat suami mangsa di Balai Polis Padang Tengku, di sini, pada jam 6 pagi, polis menemui wayar elektrik milik lelaki terbabit selepas dibuang di bahagian dapur rumah mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati, tiada sebarang harta berharga dilaporkan hilang dari rumah mangsa namun polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Abdul Razak berkata, mangsa bersama suaminya mendakwa gagal mengenal pasti identiti lelaki terbabit kerana keadaan di dalam rumah gelap selepas lampu di ruang tamu dipadam oleh suspek.

"Polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan kejadian itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.-mymetro

p/s @Noor2...ko ada pistol...?  kali ini biar aku yg tembak lelaki tuh...



Last edited by tongkatwaran75 on 9-4-2014 08:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 08:23 PM | Show all posts
lelaki gila @ mental tu....elok ditembak ja sampai mati...


nasib perempuan tak mati kena renjatan letrik...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:24 PM | Show all posts
Pelik plak....pintu dapur x berkunci? Tdo mati kot masing2 lampu ditutup pun x sedar. Sape la buat aniaya kat si isteri. Bahaya btul tp salah sendiri jgk memberi peluang org masuk rumah senang2 je
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:32 PM | Show all posts
tangkap orang tu, pastu kita renjat dia ramai2. kurang asam betol. dah la menceroboh rumah orang, mendera pulak tu. cis~
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:32 PM | Show all posts
mungkin suri rumah tu ade banyak musuh disebabkan dosa2 dia. sebab tu la lain kali jangan cari musuh. sebab manusia ni akan gelisah kalau terlalu aman hidupnya dan akan sentiasa cari masalah baru.






Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:34 PM | Show all posts
sebab x inzal

org lelaki kalau beromen lepas tu x inzal mmg akan jadi ganas.

org2 perempuan pula kalau beromen tp x inzal mesti meroyan .

dalam forum ni ramai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan dia McGyver gamaknya si sentul nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:38 PM | Show all posts
see perangai victim blaming timbul lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 08:39 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 9-4-2014 08:34 PM
sebab x inzal

org lelaki kalau beromen lepas tu x inzal mmg akan jadi ganas.

............sabo jela..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:43 PM | Show all posts
saiko doh laki ni.ke nak buat kat lelaki tapi terkena kat bini nya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ke motif nye buat gitu kt bini org
Ade dendam ape
Cerita nye detail bebeno tp suspek blum tangkap lgi
Cemane konpem suspek masuk ikut pintu blkang, psang wayar kt suis, tutup lampu pastu renjatkan org tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:52 PM | Show all posts
noor2 posted on 9-4-2014 08:39 PM
............sabo jela..

muahahahahhaaahahahahha...................
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:53 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 9-4-2014 08:52 PM
muahahahahhaaahahahahha...................

...hihi....kita baca sambil gelak...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:56 PM | Show all posts
noor2 posted on 9-4-2014 08:53 PM
...hihi....kita baca sambil gelak...

ya , ada kesempatan gelak ,kita gelak


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:58 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 9-4-2014 08:56 PM
ya , ada kesempatan gelak ,kita gelak

......
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 09:41 PM | Show all posts
apsal renjat bini org?
mentalke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 09:43 PM | Show all posts
naina posted on 9-4-2014 09:41 PM
apsal renjat bini org?
mentalke apa

abis tu .. takkan nak renjat bini sendiri pulakk..?

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam latew..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 09:47 PM | Show all posts
Dia suka  kat bini orang tu kut...tapi xdilayan....geram n baalas dendam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 09:52 PM | Show all posts
ada orang renjat konon ... padahal laki tu sendiri renjat ... pastu mintak ampun ... bini pun ok ... pastu nak pi dapat rawatan di hospital takkan nk cakap suami renjat ... cakap la ada orang masuk buat dajal tapi tk kenal ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059310 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list