CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kaka Azraff Sangkal Dakwaan Bersikap Tamak

9-4-2014 12:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9415| Komen: 6



Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu ‘Bawaku Pergi’ kolaborasinya bersama Zizan Razak, Kaka Azraff menafikan dia bersikap tamak. Selepas mula membina nama sebagai penyanyi, Kaka dilihat kian aktif dalam bidang pengacaraan dan terbaru dia bakal muncul menerusi pementasan teater ‘Projek Kahwin’ pada Jun ini.

Memandangkan karier nyanyiannya masih belum benar-benar kukuh, tindakan Kaka ini dilihat agak kurang bijak atau terlalu tamak sehingga mahu membolot semua kerja.

“Saya tidak fikir pasal tamak. Sejujurnya, saya rasa bukan begitu. Sebagai pendatang baru, saya mahu bergerak untuk mencipta nama bagi dikenali masyarakat. Saya bermula dalam bidang nyanyian. Kalau betul orang tidak mengenali saya dalam bidang itu, saya mencuba perkara lain pula. Saya pun meminati bidang pengacaraan, saya suka sangat bercakap. Apabila saya dapat tawaran, kenapa perlu saya tolak? Saya anggap itu semua rezeki,” jelas Kaka ketika ditemui di sidang media teater ‘Projek Kahwin’ di Istana Budaya pada Selasa.

Ujar pengacara rancangan ‘Supper’ untuk siaran TV9 ini, dia juga meminati bidang teater dan mahu mengembangkan bakatnya dalam cabang seni itu. Sebelum ini, Kaka pernah terlibat dalam pementasan teater ‘Bukan 404’ pada penghujung tahun lalu di samping Boy Iman, Khaty Azian dan ramai lagi.

“Saya ambil ini sebagai cabaran. Sebelum ini, saya pernah terlibat dalam teater pada tahun lalu. Saya ambil ini sebagai langkah seterusnya dalam bidang teater. Saya bakal memegang watak Umi, kawan baik kepada watak Nisa yang dimainkan oleh Hanez Suraya dan Kilafairy,” tutur pelantun lagu ‘Infiniti Cinta’ ini.


Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Terpulanglah’ ini turut ditanya adakah dia tidak risau kontroversi perampas suami orang yang terpalit pada Hanez akan memberi impak kepada pementasan dan juga krew produksi.

“Bagi kami yang bakal bekerja bersama-sama, ianya tidak akan memberikan impak. Kami semuanya baik-baik sahaja, tiada perkara negatif yang berlaku. Saya dengan Hanez pun tiada apa-apa masalah. Lagi pun, saya rasakan perkara ini bakal membuatkan kami mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk menarik penonton datang menyaksikan kami,” ujar Kaka mengakhiri perbualan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimbom 4-4-2014 12:48 PM
iols tak minat pun minah ni... tumpang fofular org... lantak ko la nk jd ape pun...
Quote mitnick 4-4-2014 01:56 PM
ikutlah nak buat pape job pon... selagi ade rezeki kekdahnyer
Quote miminn 4-4-2014 01:58 PM
time nama tengah naik lah boleh cuba macam-macam.
Quote tomet05 4-4-2014 02:12 PM
kasi try test cuba uji lah kan
Quote devilito2 10-4-2014 11:58 AM
rezeki dia.. biarkanlah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.128673 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top