Putera George belajar merangkak USIANYA baharu sahaja menghampiri sembilan bulan, namun seluruh dunia sentiasa menantikan tumbesaran Putera George Alexander Louis. Baru-baru ini, Putera William dan Kate Middleton telah menyusun satu sesi fotografi mereka sekeluarga bersama bayi di raja itu. Sesi fotografi itu berjalan dengan lancar dan keletah Putera George, amat mencuit hati apabila di saat ini dia sudah mula merangkak. "Di saat ini, dia sangat sibuk belajar bagaimana cara merangkak. Itu sahaja perkembangan putera kami setakat ini," kata Putera William.
|
ADVERTISEMENT