Bukan anak emas Kalau ikutkan, pe­ngarah wanita muda, Eyra Rahman me­ngarah enam filem bersama Metrowealth Pictures (MIG). Ada yang sudah ditayangkan, Aku Terima Nikahnya, Dua Kalimah, Bencinta dan Aku Pilih Kamu manakala dua lagi, Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan Pengantin Malam menanti tayangan. Kini Eyra sibuk di lokasi filem ketujuh, Gudang Kubur. Yang menarik, dari ketujuh filem arahannya itu, lima menampilkan Nora Danish sebagai watak utama. Lantas ada mendakwa Nora anak emas Eyra atau Eyra pertaruhkan populariti Nora untuk kejayaan filemnya. Walaupun pengarah itu pernah menafikan Nora anak emasnya satu ketika dulu, tindakan terbarunya tetap mengambil Nora kembali diperkatakan. Eyra akui untuk kali ini dia ingin mencuba pelakon lain tetapi Nora antara yang disenarai pendek pihak penerbitan. “Saya tidak nafikan pilihan itu dibuat antara saya dengan produser. Takut juga kalau terlampau banyak bersama Nora akan memberi impak sama saja dari segi lakonan dan pengarahan. “Selepas ini saya akan cuba elak menggunakan Nora,” katanya. Pun begitu, Eyra tetap optimis dan melihat kelebihan yang wujud dalam kerjasama yang terjalin sejak lima filem lalu. Katanya, Nora mempunyai satu keupayaan dan kematangan sendiri yang jarang ada dalam kalangan pelakon lain. “Bukan bermakna pelakon lain tidak bagus, cuma saya biasa kerja dengan Nora dan tahu kelebihan dan kekurangannya. “Baik dari segi penyampaian dan pemahaman, maknanya sekali cakap, Nora faham. Kalau pelakon lain, mungkin kena bermula dari bawah semula. “Tambah pula sejak sarat mengandung, saya menjadi sensitif dan mudah marah. Jadi, seelok-eloknya saya memilih kru dan pelakon yang biasa bekerja dengan saya supaay tidak terlalu tertekan,” katanya. Walau sarat mengandung lapan bulan, Eyra masih duduk di kerusi pengarah. Malah, ketika berbincang dengan Nora, Eyra akui mendapat maklum balas positif daripada aktres itu. Katanya, untuk mendapatkan kelainan dari segi watak, dia berbincang dengan Nora secara serius mengenai apa lagi yang belum dilakukan bersama. “Nora sendiri mengaku selesa bekerja dengan saya kerana boleh memahami antara satu sama lain. Namun, kadangkala bahaya juga sebab takut nanti saya ha­nya memandang pada Nora sehingga langsung terlepas pandang pelakon lain. “Sebab itu, saya perlu tahu batas dan setakat mana kemampuan masing-masing tanpa perlu melebihkan pada satu pihak saja,” katanya. Gudang Kubur yang juga filem seram keduanya arahannya selepas Pengantin Malam yang baru selesai proses pembikinan, Eyra akui terkejut kerana pada awalnya bercadang menghasilkan filem genre lain. Namun, selepas mendapat maklum balas positif Pe­ngantin Malam yang diang­gap bakal memberi impak sendiri, penerbit memberi peluang kepadanya menghasilkan satu lagi filem seram. “Ketika sesi pra-tonton Pengantin Malam bersama beberapa tenaga penerbitan, mereka kata keseraman yang cuba ditonjolkan berbeza dari beberapa filem seram sebelum ini. “Saya terfikir juga, adakah saya mampu lakukan dalam keadaan macam ini (mengandung)? Selepas mendapat nasihat doktor dan keluarga, mereka memberi sokongan. “Kelainan untuk Gudang Kubur ialah saya tampilkan Nora dengan hero yang matang, Faizal Hussein. Sebelum ini kita banyak disajikan dengan hero dan heroin sebaya,” katanya. Selain barisan pelakon yang unik, Gudang Kubur ­turut memberi sisi seram dan psiko yang bersilih ganti. Penggambarannya memakan masa 18 hari dan ­dilakukan sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat sejak 22 Mac lalu. Selain Nora dan Faizal, filem ini menampilkan Atikah Suhaimie, Along Eyzendy, Niezam Zaidi, Pablo Amirul dan Epy Kodiang.
|
SayaSayangMama posted on 6-4-2014 04:21 AM
Satu pun xberapa nk laku sgt cerita cerita dia... so case close.
ADVERTISEMENT