Kredit foto Faisol Mustafa Penerbit teater 'Dibawah Lindungan Kaabah', Siti Rohaya Atan yakin isu foto panas teraju utama teater tersebut, Adi Putra yang tersebar di internet baru-baru ini tidak menjejaskan penerbitan teater berkenaan. Jelas Siti Rohaya, sejak dari awal pemilihan Adi Putra bukan kerana mahu mengambil kesempatan dek isu peribadi yang mengaitkan aktor itu. Sebaliknya beliau melihat pada kredibiliti, bakat dan disiplin pelakon itu sekaligus yakin Adi mampu menjayakan watak Hamid.
"Isu peribadi dalam dunia artis ataupun dunia politik ni, itu perkara biasa dan lambat laun ia pasti akan berlalu seperti air hujan. Dalam satu teori kewartawanan oleh Rupert Mardock pun ada menyebut, isu panas satu-satu berita itu akan mati dalam masa 100 hari. "Saya ada satu prinsip dan pendekatan sama ada kita hendak percaya atau tidak dengan cerita kontroversi itu, terpulang pada masing-masing. Saya sudah lama mengenali Adi. Dan saya cukup yakin dengan kredibiliti, bakat dan disiplinnya. "Apa yang penting adalah nawaitu (niat) kami mahu menyampaikan mesej yang baik dan berguna pada para penonton. Saya tidak takut mahupun gentar bila timbulnya isu itu kerana ia sama sekali tidak menjejaskan karya terbitan saya. Pendek kata, isu itu tidak memberi kudis pun pada penerbitan produksi kami", kata Siti Rohaya yang berpengalam lebih 20 tahun menerbitkan teater. Beliau tatkala diminta mengulas mengenai hal tersebut ketika ditemui pada sidang media kedua teater 'Dibawah Lindungan Kaabah', bertempat di Istana Budaya, semalam. Siti Rohaya Atan Kredit foto Faisol Mustafa. Baru-baru ini, peminat dunia hiburan tanah air heboh memperkatakan mengenai sekeping foto di dakwa Adi Putra dalam keadaan bertuala tanpa memakai baju yang tersebar di internet. Foto itu didakwa telah dimuat naik di laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini. Sementara itu, Adi juga ditemui pada sidang media berkenaan berkata, foto itu sikit pun tidak menghalangnya dari terus memberi impak dalam karya yang diadaptasi dari novel ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Prof. Hamka itu. |
azie.dz posted on 4-4-2014 08:49 AM
tak jejas belakang kira..
tapi geli je nak tgk muka adi ni skrg...
ADVERTISEMENT