CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Radhi (OAG) Kembali Bergelar Suami, Selamat Nikahi Model Sambilan

4-4-2014 03:59 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12126| Komen: 61


.


Setelah hampir empat tahun menduda, vokalis kumpulan OAG, Radhi sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis ijabkabul kedua mempelai ini telah diadakan di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Pemilik nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 37, telah dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Firdaus. Ayu, 20, yang merupakan seorang model sambilan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Sebelum upacara akad nikah, diadakan acara merisik. Kemudian di susuli dengan majlis bertunang. Ayu menerima tiga bentuk cincin iaitu cincin merisik bertunang dan nikah.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Radhi menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Ayu pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Radhi memberi 12 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, kek, sejadah, beg tangan berserta dompet, produk wangian, produk kecantikan dan sebentuk cincin.

Sebagai balasan, gadis manis berasal dari Kuala Lumpur ini memberikan 14 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sejadah, buah-buahan, dompet berserta tali pinggan dan cermin mata.
Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Radhi segak berbaju Melayu dan Ayu anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Mengimbas detik perkenalan mereka, pasangan ini bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara, kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu Ayu berusia 15 tahun. Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Sementara itu majlis resepsi pula bakal diadakan selapas Hari Raya Aidilfitri.

Radhi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Grengo 4-4-2014 11:03 AM
tahniah....Selamat Pengantin Baru.
Quote disneyprincess 4-4-2014 11:12 AM
Tahniah Radhi OAG... selamat pengantin Baru
Quote mitnick 4-4-2014 11:13 AM
dah kawin rupanya...
tahniah, moga berbahagia....
Quote upper_case 4-4-2014 11:15 AM
fuyo.. hantaran 30k tuh..
anyway semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat..
Quote hellena 4-4-2014 11:19 AM
Mudanye isteri die..tahniah radhi!
Quote ais_kosong 4-4-2014 11:20 AM
tahniah....
Quote mekya 4-4-2014 11:29 AM
teringat dulu2 masa tahun 2002-2003.. Radhi penah ngorat mek kat O.U old wing..
Quote Lula2 4-4-2014 11:39 AM
tahniah..semoga berkekalan ke hujung nyawa..amin..
Quote tejarieza 4-4-2014 11:42 AM
sngnya radhi ni kawen.....
ak yang da masuk ke 3series pun tak kawen lagi ....
Quote nidzrain 4-4-2014 11:44 AM
17 thn beza.....
Quote hemoh2 4-4-2014 11:55 AM
alhamdulillahh...moga berkekalan
btw...comei minikk
Quote daiman 4-4-2014 12:08 PM
Hantaran 30k..
Quote beatgirlX 4-4-2014 12:08 PM
alhamdulillah..semoga berkekalan
Quote valetta1811 4-4-2014 12:30 PM
mekya posted on 4-4-2014 11:29 AM
teringat dulu2 masa tahun 2002-2003.. Radhi penah ngorat mek kat O.U old wing..

kau frust ke tak?
Quote RED 666 4-4-2014 12:38 PM
nidzrain posted on 4-4-2014 11:44 AM
17 thn beza.....

beza umo macam qi dan nelydia
Quote doubleA 4-4-2014 01:42 PM
tahniah, muda remaja isteri nya
Quote kelip2_07 4-4-2014 01:53 PM
byk duit radhi..aritu kata xde duit...tahniah la..
Quote Zumbajunkie 4-4-2014 01:56 PM
so cliche pekerjaan: model sambilan. puleez.
Quote miminn 4-4-2014 01:58 PM
tahniah radhi! semoga berkekalan

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.166648 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top