CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hanez Suraya Upah Pengawal Perbadi

2-4-2014 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16731| Komen: 111


Hanez Suraya Upah Pengawal Perbadi, Tak Jadi Tarik Diri

Aktres paling kontroversi Hanez Suraya mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya.

Bagaimanapun tindakan itu dibuat bukan atas kehendak Hanez sendiri sebalikan atas nasihat keluarga yang yang mahu dia ditemani oleh seseorang yang dipercayai kerana bimbang kalau-kalau berlaku perkara yang tidak diingini kepada diri pelakon itu.

"Ya, saya ada mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Dia mula bekerja dengan saya sejak selepas sidang media kontrovesi saya, yang lalu. Tetapi dia hanya akan bersama saya untuk acara-acara tertentu sahaja.


"Sebenarnya bukan saya yang mahu berbuat demikian. Kalau ikutkan saya tak selesa bila ada orang sentiasa menjaga pergerakan saya. Tetapi keluarga yang nasihatkan saya supaya saya ditemani oleh seseorang yang boleh menjaga keselamatan saya", katanya ketika ditemu pada sidang media ke-2 Teater 'Projek Kahwin' bertempat di Istana Budaya, semalam.

Beberapa bulan lalu Hanez teruk dikecam peminat-peminat ekoran kontroversi kekasihnya, yang dikenali sebagai Mr. R (Romie) berstatus suami orang. Sekaligus pelakon 'Autumn di Hatiku' itu digelar perampas suami orang.

Ekoran hal tersebut Hanez tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti di Instagram dan Facebook miliknya. Sehinggakan wujudnya akaun Facebook peminat yang membenci dirinya. Bahkan Hanez dilemparkan dengan gelaran-gelaran yang kurang elok.

Mengakui pada awalnya dia berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan negatif tersebut namun dia tidaklah sampai menerima ancaman di luar. Lebih melegakan kini kata Hanez, sejak kebelakangan ini dia kembali mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula, sedikit demi sedikit.

Kekal Dalam 'Projek Kahwin'

.

Sementara itu, dua hari lalu timbul pelbagai dakwaan sekaligus menjadi tanda tanya banyak pihak ekoran desas-desus pelakon kontroversi Hanez Suraya menarik diri dari menggalas tanggungjawab sebagai teraju utama 'Teater Projek Kahwin' yang akan dipentaskan pada Jun depan.

Lebih menguatkan spekulasi pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy dikatakan menggantikan peranan Hanez.

Menjawab mengenai isu itu, Hanez berkata mulanya dia memang mahu menarik diri disebabkan tidak mahu menyusahkan semua pihak atas kontroversi dirinya. Namun setelah dipujuk dan mendapat sokongan daripada pihak Istana Budaya (IB) juga pihak produksi, dia kembali bersemangat dan bersetuju untuk meneruskan lakonan dalam teater itu..

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dellema 2-4-2014 09:09 AM
aku tgk kt rerayap dua hr lepas dia masih join projek tu..
Quote mrsLucky 2-4-2014 09:23 AM
Better tak yah lah....nanti tiada penonton nanti pihak produksi rugi...
i suggest Hanez relek dan lay low lah...
orang dah tak suka sama kamu..buat apa hidung tak mancung pipi tersorong sorong...
Quote enchikfitz 2-4-2014 09:36 AM
x tahu malu pompuan ni
Quote -electrifying- 2-4-2014 09:37 AM
rugi si hanez ni, kenal2 la ng aku dulu, servis aku baik apa. try dulu
Quote bambimo 2-4-2014 09:39 AM
SELAMAT MENANGGUNG KERUGIAN PIHAK PRODUKSI PROJEK KAWEN.huahuahua
Quote ryshaNur 2-4-2014 09:39 AM
misti penonton sikit nanti, padan muke
Quote pinky_incognito 2-4-2014 10:08 AM
aritu pnyela poyo dpt laki org, skrg ni tau plak cuak kne belasah ke ape
Quote poyohabis 2-4-2014 10:11 AM
Kalo dia nak teruskan gak lantakkan jer... Boikot je biar produksi tu rugi... Nak sgt kan.., rasakan la.. Gan aurawhite pon boikot jer... Senang citer apa yg melibatkan dia boikot jer... Tp melahar dia kat sini ttp diteruskan
Quote burque 2-4-2014 10:17 AM
Edited by burque at 14-7-2015 05:17 AM

--------------------------
Quote bedahmulutpuaka 2-4-2014 10:23 AM
huhuhu...ade ke yang bodoh nak tengok pompuan ni kat IB tu
Quote martiena 2-4-2014 10:40 AM
haha........
nnt kt IB tu ramai production krew, bouncer, polis jar .....
silap2 staff IB yg beli tiket tgk teater nie ..........
Quote gekkou 2-4-2014 10:42 AM
peminat dah mula percaya n sokong balik katanya
haruslah berani dia skang
bakal mak pak mertua pn sokong dia kan

apa lagi pminat mau dari HS, katanya...
Quote idadzira 2-4-2014 10:43 AM
bangang nye org kat IB still nak ambil dia ni jadi teraju utama. ada ke org nak tgk. entah2 pakwe kaya beli semua tiket pastu bg free kat org.
Quote edoraixora 2-4-2014 10:43 AM
aku dgr kt radio smalam
die berkongsi watak ngan kila fairytale
kila pegang watak tu utk 6 hari terakhir/terawal
Quote JAY_NAYRA 2-4-2014 10:44 AM
BITCH!!!!!
Quote JAY_NAYRA 2-4-2014 10:45 AM
ADA KE ORG NAK NENGOK DIA NI??? MALU JE NANTI KENA BOOO

X SABAR NK TGK POST DLM NI NANTI
Quote elnor_81 2-4-2014 10:47 AM
Dgn adanya dia..aku rse x bpe laku nnt.ngan izu islam pun org nyampah kes dia ngan anzalna..eerr..nasib la IB..
Quote mea 2-4-2014 10:50 AM
puiiiii....!!!
Quote offwhite 2-4-2014 10:51 AM
sapa peminat minah ni sila kan nonton projek kawin dia....si romi mesti jd tetamu kehormat...

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.125533 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top