CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fadzil Zahari Sedia Kahwini Yana Samsudin

2-4-2014 04:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11231| Komen: 24

Fadzil Zahari sedia kahwini Yana Samsudin



HUBUNGAN mesra yang terjalin antara adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari dengan Yana Samsudin bukan lagi satu rahsia besar. Bahkan kedua-duanya juga sebelum ini selesa bersama antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Fadzil mengambil pendekatan memberitahu status mereka sebagai teman rapat. Namun dalam masa yang sama jejaka kelahiran Kedah itu tidak menolak jika bertemu jodoh dengan gadis 29 tahun berkelahiran Johor itu.

Mengakui sedang melalui persahabatan teman tetapi mesra selama empat tahun, ia sudah menampakkan kematangan dalam hubungan mereka.

“Saya memang terlalu rapat dengannya. Mungkin jika ada keajaiban jodoh saya dengannya saya tak menolak. Yana seorang yang baik dan memahami,” katanya yang mula berkenalan ketika pengambaran filemRempit V3 yang diarahkan oleh abangnya.

Bagaimanapun, Fadzil berkata, dia tidak mahu terlalu mendedahkan hubungannya kepada umum kerana bimbang salah faham akan berlaku.

Katanya, setakat ini dia masih belum ke fasa yang lebih serius dan masih belum berbincang mengenai perkahwinan dengan Yana.

“Kalau di masa akan datang sudah ditakdirkan saya berjodoh dengannya saya akan terima. Sekarang kami masih diperingkat teman paling rapat dan serasi,” katanya.

Biarpun sudah mencecah umur 31, Fadzil berkata, dia tidak meletakkan komitmen itu sebagai perkara utama kerana kini dia sangat sibuk menyiapkan beberapa skrip filem dan drama tv.

“Saya baharu tubuhkan satu syarikat dan memerlukan komitmen tinggi. Insya-ALLAH lepas syarikat saya dah stabil saya akan fikirkan mengenai perkahwinan, “katanya yang turut mengakui pernah berjumpa dan makan bersama keluarga Yana.

Sebelum ini, Yana pernah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun ini namun dia tetap berserah kepada jodoh.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 2-4-2014 11:21 AM
Rasa macam dah ada aje benang ni semalam?
Quote -electrifying- 2-4-2014 11:41 AM
mcm xkena ng tajuk thread je =='
Quote fuzzyfuzzy 2-4-2014 11:44 AM
lahhh nak kawin....kawin jerlah ...pehal korang ni!!!beria sgt nak canang sana sini....bersedia la apa la...
kawin nyer tak jugak!!!

ada org kesah ke ko besedia ke tak???ko ada duit??ko nak kawin???kawin jelah!!!
hek eleh dua mangkon attention seeker ni...meluats
Quote mitnick 2-4-2014 12:00 PM
aik.. aritu bkn kata bercinta dgn org kaya yg muka arab2 tue ke?
Quote bedahmulutpuaka 2-4-2014 12:05 PM
hmm..jgn yana pon xleh jumpa mak sendiri macam bakal biras tu nanti udah lerr
Quote edoraixora 2-4-2014 12:47 PM
citer yana ngan fadzil ni dh bertahun
tapi dlm pada tu, yana rapat ngan org lain
ngan mamat tunang nina iskandar tu
pastu macam ade sorang lg jer....tak ingat
ni balik smule ke fadzil plak
Quote lylea 2-4-2014 04:06 PM
aku pun pening.. dengan sapa sebenarnya dia couple ni.. sekejap dgr putus ngan org ni.. rapat ngan org tu
Quote ais_kosong 2-4-2014 04:14 PM
semlm pasai yana
rini pasai laki ni lak
isunya sama kawin
Quote tomet05 2-4-2014 11:23 PM
sendunya xde orang nak melahar dalam benang nih ..semua tengah layan vontot si fumaKILA ke ..
Quote naina 2-4-2014 11:28 PM
Fadzil ni sooo macho than faridlaa
ko msh nkke pmpuan ubah muka tu oit..
Quote bookehkahkoh 3-4-2014 12:51 AM
Dah confirm nak kahwin betul-betul baru cakap. Nanti tak jadi susah.
Quote setankuning 3-4-2014 01:03 AM
stetmen macam propa je
read between the line
sedia kahwini yana tapi bukan sekarang
2-3 tahun lah yana kena tunggu
cari lain je lah yana oi
dah nak masuk fasa senja dah ko tu
Quote devilito2 7-4-2014 08:26 AM
nak kawen ke nak buat citer jer??? hehehe
Quote SeriBunga 7-4-2014 09:03 AM
mitnick posted on 2-4-2014 12:00 PM
aik.. aritu bkn kata bercinta dgn org kaya yg muka arab2 tue ke?

yg tu kan da nak bertunang dgn pelakon nina iskandar ke hape ntah..

Quote kumanheart 7-4-2014 01:25 PM
setankuning posted on 3-4-2014 01:03 AM
stetmen macam propa je
read between the line
sedia kahwini yana tapi bukan sekarang

FZ ni macam kekeringan dan nampak macam mental sikit . Perasan masa kerja dulu.

YS senja, cari orang lain lah
Quote rosasa 7-4-2014 01:30 PM
nsem gak ye dia ni
Quote RED 666 7-4-2014 02:03 PM
kalau jadi dengan adik farid kamil ni, yana kena panggil diana danielle yg jauh lagi muda tu kakaklah

sebab pangkat dia kakak ipar biras, dahlah muka pun matang walaupun muda lagi


Quote twins 7-4-2014 02:20 PM
entah kenapa... aku macam nak jer si Yana ni kawin dengan Shaheizy Sam....
Quote ragarotan 7-4-2014 02:45 PM
Suka hati korang lah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.229503 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top