CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nama Faizal Hussein Kembali

2-4-2014 04:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19272| Komen: 48




TIADA siapa boleh menidakkan kehebatan pelakon berkaliber Faizal Hussein di pentas lakonan.

Pada usia 47 tahun, pelakon Jiwa ini masih diberi kepercayaan memegang watak hero filem.

Tidak hairanlah jika dia berjaya menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) menerusi lakonan mantapnya dalam Bunohan.

Sebelum ini, Faizal juga pernah meraih Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2003, selain mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1992 (ABPBH 1992).

Ternyata, nama Faizal yang dikenali menerusi filem Gila-Gila Remaja pada 1985 kembali meniti di bibir peminat kerana lakonan berkesan dalam filem itu, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangannya di layar perak.

Begitu pun kata Faizal, menjadi anak kepada Allahyarham seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail, bukanlah ‘tiket’ mudah baginya untuk menempa kejayaan dalam bidang seni.




Ikuti temu bual Zass bersama suami pelakon Suhaila Sulaiman ini berkaitan penglibatannya selama 30 tahun dalam bidang seni tanah air.

Sejak dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di FFM25, anda semakin mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit. Bagaimana anda melihat perkara ini?

Bagi saya, apa saja tawaran yang datang itu saya anggap sebagai rezeki. Kalau pun jalan cerita atau skrip sesebuah drama atau filem itu kurang bagus, bagi saya ia sedikit pun tidak menjejaskan nama saya. Bahkan sebenarnya peminat-peminat saya sendiri yang marah kepada pengarah kerana mempersiakan bakat saya.

Justeru, adakah anda akan lebih selektif selepas ini dalam memilih drama atau filem?

Bukanlah lebih selektif. Bagi saya, apabila saya ditawarkan berlakon dengan mana-mana produksi, saya tetap akan memberikan lakonan yang terbaik. Cuma, saya berasa sangat bertuah dan beruntung kerana peminat tahu untuk menilai sendiri bakat saya.

Ada yang mengatakan anda seorang yang sombong ketika berada di sesebuah lokasi penggambaran? Komen anda?

Saya memang suka mengasingkan diri kerana itu adalah cara saya ketika berada di set penggambaran. Bukannya saya tidak suka bercampur atau bergaul dengan orang, namun saya memang jenis yang suka menyendiri. Saya tidak gemar duduk berkumpul di bilik persalinan beramai-ramai dan lebih suka duduk di dalam kereta bagi memberi tumpuan terhadap watak dan skrip.

Selain bakat seni, apa lagi yang anda mewarisi daripada ibu dan bapa anda?

Petua lakonan. Mereka bukan saja pelakon tetapi juga pengarah dan penerbit. Petua lakonan yang mereka ajar dan sehingga kini saya masih amal adalah soal disiplin.

Kini, ada artis lama yang mula bersuara mengenai masalah disiplin pelakon baharu. Anda bagaimana?

Saya selalu mengikuti isu yang melanda dalam industri, malah saya sendiri pernah berhadapan dengan artis yang datang lewat lebih dari tiga jam. Bukan itu saja, saya juga pernah tunggu sehingga lapan jam sebelum penggambaran bermula. Namun, saya memilih untuk tidak marah kerana kalau terlalu bersikap profesional pun tak bagus juga. Lagipun, buat apa nak marah sebab nanti kita akan jumpa balik orang yang sama. Saya mengamalkan konsep untuk senang bekerja dengan semua orang. Saya tak pernah ada masalah dengan pelakon lain kerana saya sendiri memang tak akan datang lambat sebab tak mahu susahkan orang. Biarlah mereka nak lambat, namun kalau ia melebihi waktu penggambaran, penerbitlah yang akan pening sebab mereka perlu membayar lebih kepada saya.

Sebagai pelakon, bagaimana anda menangani tekanan?

Tidak dinafikan, peraturan bekerja yang diterapkan arwah ayah sedikit sebanyak memberi kelebihan buat saya. Saya sering meletakkan minat sebagai punca utama dan sebab itulah saya mampu berlakon sehingga hari ini. Dalam soal berurusan dengan orang, kita perlu mengamalkan sikap bertolak-ansur. Tambah-tambah dalam bidang seni kerana sikap itu mampu memastikan hasil kerja setiap orang dapat mencapai tahap maksimum.

Anda cukup dikenali dengan watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja. Anda tidak kisah jika peminat hanya mengenali anda melalui karakter itu?

Saya tahu penangan filem berkenaan cukup kuat. Saya tidak pernah bermimpi mahu menjadi pelakon, bila sampai tahap ini saya memang bersyukur. Jika suatu hari nanti watak Azroy sahaja yang akan terus menjadi ingatan orang, saya tidak kisah. Saya ikhlas berlakon, bukan kerana populariti semata-mata. Dari segi kepuasan diri juga sudah mencapai apa yang saya mahu.

Pernah atau tidak, anda meletakkan satu tempoh untuk bersara?

Jika dulu, ketika umur 20-an, saya pernah terfikir jika umur saya sudah menginjak ke usia 45 tahun, saya mahu berhenti dari dunia lakonan. Tetapi kini, umur saya sudah 47 tahun, banyak pula tawaran lakonan malah ada yang jadi hero. Mungkin belum masanya saya bersara dan Alhamdulillah itu rezeki saya.

Jadi, apa pula perancangan anda kini?

Pada masa itu, saya lebih memikirkan kepada keadaan industri. Kini industri hiburan kita sudah berbeza. Industri hiburan kini  sudah berkembang. Bayangkan, jika zaman 20 tahun lalu, tiada tawaran berlakon lagi buat pelakon yang berusia seperti saya hari ini, mungkin disebabkan kepada keadaan itu, membuatkan saya berfikir begitu. Tetapi, apabila melihat pada perubahan industri, keputusan (bersara) ini tidak lagi bermain di kepala saya. Mungkin kini, saya boleh pergi (berlakon) untuk tempoh sehingga 10 tahun lagi.

Apakah perkembangan terkini anda?

Saya akan terlibat dengan penggambaran filem seram pertama saya berjudul Gudang Kubur, arahan Eyra Rahman mulai 25 Mac lalu, terbitan Metrowealth. Selepas ini, saya akan menjayakan satu supertelefilem untuk Astro First berjudul Cik Pah Penari Hadrah Terakhir terbitan Zeel Production. Dalam supertelefilem itu, saya akan melakonkan watak lelaki lembut bergandingan aktres jelita, Izara Aishah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-4-2014 10:51 AM
suke tgk dia blakon cter Longkai..

hero2 skg byk balkon watak anak org kaya, pakai baju kot kije dlm air cond watak ala2 lelaki idaman walaupun  playboy.. huhuhu ye la nk wat cmane dah itu yg pengarah nak. tp faizal ni btl2 muka jantan, xde putih2 melepak cam korea n jambu.
Quote offwhite 2-4-2014 10:53 AM
chinta89 posted on 2-4-2014 10:51 AM
suke tgk dia blakon cter Longkai..

hero2 skg byk balkon watak anak org kaya, pakai baju kot kije  ...

contoh terdekat aiman hakim ridza...hands in poket....
Quote Donatello86 2-4-2014 11:46 AM
Suke Faizal Hussein zaman2 kisah pendekar dulu....kat RTM....
Quote mitnick 2-4-2014 12:03 PM
mmg pelakon berbakat selain rosyam nor....
Quote srikandicintaku 2-4-2014 12:07 PM
minat die ni....
xde gmbr fmily die yg latest ke?
Quote bedahmulutpuaka 2-4-2014 12:09 PM
pelakon yg memang real pelakon...
Quote miminn 2-4-2014 12:24 PM
machonya gambar second tu
Quote akik 2-4-2014 12:34 PM
azroyyyyy
macam best je cite penari hadrah..cant wait!
Quote ajak_ajak 2-4-2014 12:38 PM
dia berlakon balik dlm cter dgn dira dan hans tu pun best..
wlu plakon tambahan..
yg lagu dayang jadi soundtrack tu..
lupa dah kat mustika
Quote edoraixora 2-4-2014 12:39 PM
cilok gmbo kt myartis ngan blog lain

nostalgiafaiza3.jpg

nostalgiafaizal10.jpg

IMG_7403.JPG

Quote pinky_incognito 2-4-2014 12:53 PM
suka tgk die berlakon
nampak sgt beza pelakon veteran berlakon dgn pelakon zaman skrg ni.
zaman skrg arap muka je cantik, sume kayu kayan
Quote chinta89 2-4-2014 01:33 PM
offwhite posted on 2-4-2014 10:53 AM
contoh terdekat aiman hakim ridza...hands in poket....

susah nk tgk pelakon yg btl2 melayu n cter real melayu..

Rosyam Nor salah sorang selain Faizal ni.. hehehe.

Retis baru lain hanyalah wajah dan sedikit bakat lelaki 'macho' 'berduit' etc..  yes, Aiman Hakim salah sorg.
Quote DARSITA 2-4-2014 01:38 PM
chinta89 posted on 1-4-2014 06:51 PM
suke tgk dia blakon cter Longkai..

hero2 skg byk balkon watak anak org kaya, pakai baju kot kije  ...


kurus sangat .. kalau berisi sikit baru nampak gagah.
Quote vanilacup 2-4-2014 01:49 PM
personally dia lebih handsome dan nampak muda berbanding dlm drama nampak tua sgt.
Quote annehuda 2-4-2014 01:58 PM
nasha aziz agak2 ade nyesal tak sbb tak kawen ngan faizal hussein?
Quote tagas 2-4-2014 03:41 PM
mitnick posted on 2-4-2014 12:03 PM
mmg pelakon berbakat selain rosyam nor....

cousin rosam nor jgk..bkn org lain pown..sesama berlakon crazy2 teenagers..
Quote rosasa 2-4-2014 03:47 PM
miminn posted on 2-4-2014 12:24 PM
machonya gambar second tu




kannnnnnnn....hensem
Quote madura 2-4-2014 03:47 PM
47 tp nampak muda...
Quote dahliateck 2-4-2014 03:49 PM
ohhh abe faizal

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076708 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top