31 Mac – Pelakon jelita, Kilafairy telah ditawarkan bagi menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater "Projek Kahwin" selepas pelakon yang kini dihimpit kontroversi itu menarik diri daripada pementasan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun depan. "Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang disenarai pendek untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi. "Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.
"Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," ujar penerbit teater "Projek Kahwin", Mohd Amer Shafiq Khalip kepada mStar. Teater "Projek Kahwin" yang bakal dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan akan turut dibintangi oleh Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya. |
pinky_incognito posted on 1-4-2014 09:20 AM
konon x takot kena baling telur semua, skali cuak jugak hanez ni
ainie_1008 posted on 1-4-2014 09:54 AM
ermm dia ckap je lebih.. takot jugk tue.. baguz jugaklah. pasni boikot smua lakonan dia plak..
ADVERTISEMENT