CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hati Anuar Terusik

31-3-2014 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9706| Komen: 26


Hati Anuar terusik

Biarpun sudah lebih 14 tahun meninggalkan bidang penerbangan, Anuar Zain meluahkan hatinya terusik tatkala mendengar berita kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Justeru, apabila ada pihak mempersenda kehilangan pesawat terbabit, Anuar cukup marah. Beliau mempersoal bagaimana andai tragedi sama berlaku kepada ahli keluarga mereka yang mempersendakan kejadian itu.

Sejak pesawat MH370 hilang, emosi penyanyi Lelaki Ini jadi tidak menentu. Rentetan itu, Anuar membuat keputusan menunda persembahan Minggu Setiausaha Terindah... Anuar Zain yang sepatutnya berlangsung pada 8 April depan kepada 29 April.

Saya tidak rasa mahu menghibur atau membuat penonton terhibur. Gerak hati saya mahu persembahan itu ditangguhkan demi menghormati mangsa dan keluarga penumpang dan krew MH370.

Ternyata keputusan itu tepat apabila sehari sebelum sidang media ini berlangsung, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berita yang cukup menyedihkan mengenai kehilangan pesawat berkenaan di Lautan Hindi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLibra 27-3-2014 07:24 PM
Aku paham perasaan abe nuar ni. Pakcik aku bekas chief steward MAS, baru bersara last year. Dia commonly fly laa dgn MH370 ni. Yang dalam kapal tu cabin crew tu semua kawan dia. Sejak MH370 hilang memang dia jadi macam tak betul, murung aje. Dia asyik cakap "it could be me inside the aircraft". FB dia yang dulu ceria langsung tak ada update. Kalau org buat cerita bodoh sikit dia melenting. Lepas PM umum MH370 ended, dia sangat sedih and upload semua gambar cabin crew & pilot MH370 kat FB dia dan tulis "Goodbye my friends, thanks for the memories. Till we meet again". Kitorang pun nanges sama!! So kalau kawan kawan dah rasa macam ni, apatah lagi family members.

Quote sokmogitu 27-3-2014 07:28 PM
ingatkan dia sedih sbb ABPBH postponed
Quote berancuk 27-3-2014 09:12 PM
ingatkan dia sedih sebab kesiankan tok hisham
Quote user2012 27-3-2014 09:18 PM
sokmogitu posted on 27-3-2014 07:28 PM
ingatkan dia sedih sbb ABPBH postponed

Bertanding lagi ke uolls?
Quote mommymonster82 27-3-2014 09:20 PM
Bagus bung nuar
Quote wadiunong 27-3-2014 09:31 PM
berancuk posted on 27-3-2014 09:12 PM
ingatkan dia sedih sebab kesiankan tok hisham


aku dr nak sedih terus tak jadi. siyes lawak ok ayat ko ni
Quote watachiwa 27-3-2014 09:46 PM
abpbh tunda ke tarikh bile lak?
Quote doubleA 27-3-2014 09:55 PM
bg nuar ada sensitivity
Quote Leonarzi 27-3-2014 10:03 PM
Makin cerah kulit bang nuar, buat bleeching mcm hatta dolmat ke
Quote tomet05 27-3-2014 10:24 PM
semoga bertabah ye bung nuar ..
Quote tabasco 27-3-2014 10:31 PM
aku sokong bang nuar
Quote prettyrara 27-3-2014 11:26 PM
ku pun turut sedih bangat bung nuar. lap yuhhhh.
Quote noraidil_06 27-3-2014 11:29 PM
MissLibra posted on 27-3-2014 07:24 PM
Aku paham perasaan abe nuar ni. Pakcik aku bekas chief steward MAS, baru bersara last year. Dia comm ...

I feel u. my bff pun seangkatan dgn cabin crews mh370.  dia sgt terganggu n kami tatau mcm mn nk bereaksi dgn dia.
Quote miminn 27-3-2014 11:53 PM
yang baru masuk belajar nak jadi MAS punya stewardess pun sedih. ni kan lagi yang bertahun kerja dengan MAS. huhu
Quote munchkin 28-3-2014 12:06 AM
Bertabahlah
Quote enchikfitz 28-3-2014 12:09 AM
sokmogitu posted on 27-3-2014 07:28 PM
ingatkan dia sedih sbb ABPBH postponed

konpem ek abpbh postponed?
Quote akusukaq 28-3-2014 12:47 AM
prettyrara posted on 27-3-2014 11:26 PM
ku pun turut sedih bangat bung nuar. lap yuhhhh.

Memang ramai rakyat yang sedih sambil mengalirkan air mata tapi aku lagi sedih bila ada pihak yang gembira ambil kesempatan untuk keuntungan politik . Macam menanguk di air keruh.
Quote ida88 28-3-2014 03:07 AM
Bukan bang nuar saje
Ramai yg terkesan dgn tragedi mh370
Quote ida88 28-3-2014 03:08 AM
Garang muke bang nuar dlm gamba tu
Ilang keoriginalan muke bang nuar
Dulu jauh lebeh hensem

Kini nampak keras saje

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.115531 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top