KONSERT Kita 20Forteen dijadualkan bakal berlangsung pada Sabtu, 29 Mac ini, di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail. Namun, setelah melalui beberapa perbincangan, penganjur konsert itu, KRU Music Sdn Bhd, mengambil langkah terbaik untuk menunda persembahan berkenaan ke tarikh lain. Tindakan ini dibuat setelah memikirkan insiden yang telah menimpa penumpang dan kru penerbangan MH370 yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim, konsert berkenaan akan ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 26 April depan. "Setelah berbincang, kami sepakat untuk menunda konsert berkenaan ke tarikh lain. Rasanya, adalah tidak wajar sekiranya kami meneruskan konsert ketika ini. "Keputusan ini dibuat bagi menghormati ahli keluarga mangsa dan masyarakat yang masih berduka mengenangkan peristiwa itu. "Kami turut bersimpati dan masih bersedih dengan kejadian yang menimpa MH370. Kami berharap agar usaha pencarian yang dilakukan akan berjaya," katanya. Jelas Norman, kepada sesiapa yang telah membeli tiket konsert berkenaan, mereka masih boleh menggunakan tiket yang sama pada tarikh yang ditunda. Sebarang pertanyaan atau urusan pemulangan tiket, mereka boleh membuat pertanyaan di laman, [email protected]. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Maya Karin, turut mengambil langkah untuk menunda majlis pelancaran album, Teka-Teki, di No Black Tie, susulan kejadian yang menimpa MH370. Tidak terjejas Walaupun kumpulan Forteen, kini sedang giat berlatih dan segala persiapan sudah siap dilakukan, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan itu. Menurut ahli kumpulan Izzue Islam, dia mengakui ia adalah tindakan yang wajar dilakukan bagi menghormati keadaan dan ahli keluarga mangsa yang terbabit. "Bukan konsert kami sahaja yang ditunda, malah beberapa konsert lain juga turut mengambil inisiatif yang sama ekoran kejadian ini. "Walaupun kami sudah lama merancang konsert ini, namun kami akur dengan keadaan yang berlaku, lagipun ianya adalah insiden di luar jangkaan. "Kami tidak kecewa dengan penundaan tarikh ini kerana ia hanya ditunda, bukan dibatalkan terus," katanya lagi. Tambah Izzue, setakat ini ramai dalam kalangan masyarakat dan peminat yang memahami keadaan tersebut dan terus memberi sokongan. "Alhamdulillah, sokongan yang diberi peminat masih berterusan. Namun, kami membuka peluang kepada mereka yang ingin memulangkan tiket. "Mungkin mereka tidak dapat hadir pada tarikh baharu atas faktor bekerja, bercuti atau urusan lain. "Namun, setakat ini, saya tidak rasa penundaan tersebut bakal menjejaskan konsert ini," katanya mewakili ahli kumpulan Forteen yang lain.
|
rheafly posted on 29-3-2014 03:13 AM
kumpulan Forteen ni, kumpulan ape...? serius ! aku tak pernah degar...
Lula2 posted on 31-3-2014 02:45 PM
peliknye ko grup ni pun xpenah dgr...??
memangla tak famous tp xkan tak penah dgr..??????
ADVERTISEMENT