CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 7

Konsert Forteen ditunda

[Copy link]
Post time 28-3-2014 05:25 PM | Show all posts |Read mode


KONSERT Kita 20Forteen dijadualkan bakal berlangsung pada Sabtu, 29 Mac ini, di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail.

Namun, setelah melalui beberapa perbincangan, penganjur konsert itu, KRU Music Sdn Bhd, mengambil langkah terbaik untuk menunda persembahan berkenaan ke tarikh lain.

Tindakan ini dibuat setelah memikirkan insiden yang telah menimpa penumpang dan kru penerbangan MH370 yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim, konsert berkenaan akan ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 26 April depan.

"Setelah berbincang, kami sepakat untuk menunda konsert berkenaan ke tarikh lain. Rasanya, adalah tidak wajar sekiranya kami meneruskan konsert ketika ini.

"Keputusan ini dibuat bagi menghormati ahli keluarga mangsa dan masyarakat yang masih berduka mengenangkan peristiwa itu.

"Kami turut bersimpati dan masih bersedih dengan kejadian yang menimpa MH370. Kami berharap agar usaha pencarian yang dilakukan akan berjaya," katanya.

Jelas Norman, kepada sesiapa yang telah membeli tiket konsert berkenaan, mereka masih boleh menggunakan tiket yang sama pada tarikh yang ditunda.

Sebarang pertanyaan atau urusan pemulangan tiket, mereka boleh membuat pertanyaan di laman, enquiries@unitedstudios.net.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Maya Karin, turut mengambil langkah untuk menunda majlis pelancaran album, Teka-Teki, di No Black Tie, susulan kejadian yang menimpa MH370.


Tidak terjejas

Walaupun kumpulan Forteen, kini sedang giat berlatih dan segala persiapan sudah siap dilakukan, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan itu.

Menurut ahli kumpulan Izzue Islam, dia mengakui ia adalah tindakan yang wajar dilakukan bagi menghormati keadaan dan ahli keluarga mangsa yang terbabit.

"Bukan konsert kami sahaja yang ditunda, malah beberapa konsert lain juga turut mengambil inisiatif yang sama ekoran kejadian ini.

"Walaupun kami sudah lama merancang konsert ini, namun kami akur dengan keadaan yang berlaku, lagipun ianya adalah insiden di luar jangkaan.

"Kami tidak kecewa dengan penundaan tarikh ini kerana ia hanya ditunda, bukan dibatalkan terus," katanya lagi.

Tambah Izzue, setakat ini ramai dalam kalangan masyarakat dan peminat yang memahami keadaan tersebut dan terus memberi sokongan.

"Alhamdulillah, sokongan yang diberi peminat masih berterusan. Namun, kami membuka peluang kepada mereka yang ingin memulangkan tiket.

"Mungkin mereka tidak dapat hadir pada tarikh baharu atas faktor bekerja, bercuti atau urusan lain.

"Namun, setakat ini, saya tidak rasa penundaan tersebut bakal menjejaskan konsert ini," katanya mewakili ahli kumpulan Forteen yang lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 05:28 PM | Show all posts
xde langsung pon xpe.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 06:04 PM | Show all posts
xyah tunda tunda la..... kang byk lagi bala trun
kita konsert di rumah saja sambil berzapin setiap masa

itu saja hiburan yg halal
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 03:13 AM | Show all posts
kumpulan Forteen ni, kumpulan ape...? serius ! aku tak pernah degar...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 02:45 PM | Show all posts
rheafly posted on 29-3-2014 03:13 AM
kumpulan Forteen ni, kumpulan ape...? serius ! aku tak pernah degar...

peliknye ko grup ni pun xpenah dgr...??
memangla tak famous tp xkan tak penah dgr..??????
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 02:00 AM | Show all posts
Lula2 posted on 31-3-2014 02:45 PM
peliknye ko grup ni pun xpenah dgr...??
memangla tak famous tp xkan tak penah dgr..??????

ehmmmm... memang aku tak pernah dengar pun...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2014 09:29 AM | Show all posts
pelik aku, grup x femes mane..

lagu pon baru 2 3 jer femes..

dah gigih buat konsert..

yg aku kenal sorang jer, pok jue
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 02:30 PM | Show all posts
Minat dekat ONE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197868 Replies : 4600
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 2869 Replies : 7
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 1212 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 3434 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26756 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061856 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list