KUALA LUMPUR 27 Mac - Pemeteraian Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) membuktikan peranan Malaysia berhubung soal keselamatan semakin diiktiraf. GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, hubungan baik pemimpin serta sifat negara ini yang tidak berat sebelah merupakan intipati penting kepada kejayaan perjanjian tersebut.
"Sebelum ini, kerajaan Filipina dan MILF tidak mempercayai antara satu sama lain namun perkara tersebut berubah selepas Malaysia menjadi pengantara pada 2001 kerana kepercayaan yang wujud antara kedua-dua pihak itu terhadap negara kita. "Hubungan baik yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah turut mengukuhkan usaha pemeteraian perjanjian tersebut," ujarnya. Hari ini, Najib hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian antara kerajaan Filipina dan MILF setelah rundingan selama 17 tahun. Mengulas lanjut, Azmi berkata, kejayaan tersebut bakal menjadi pendorong kepada usaha kerajaan membantu menyelesaikan pergolakan yang berlaku di Selatan Thailand. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, peranan Malaysia sebagai fasilitator itu berjaya menyatupadukan umat Islam Bangsamoro dengan kerajaan Filipina. "Kini mereka tidak perlu lagi bersembunyi untuk beribadat dan dapat mengamalkan Islam tanpa rasa takut," katanya. Tambahnya, masyarakat perlu menyambut kemenangan itu dengan mendoakan saudara seagama mereka terus maju dalam memartabatkan Islam di rantau ini. |
10
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT