CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spm 2013: 13,970 Dapat Semua A, Teramai Dlm Sejarah Spm

24-3-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20070| Komen: 195

PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak 13,970 pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 berjaya memperoleh semua gred A (cemerlang).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 250 calon berbanding keputusan tahun sebelumnya iaitu 13,720 calon.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 405 calon berjaya mendapat gred A (cemerlang tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada tahun 2012," katanya.



1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 20-3-2014 10:43 AM
Tahniah..ramai budak2 pandai skg...

Quote gaara_X 20-3-2014 10:48 AM
peluang untuk dok unibersiti mencukupi ker???
Quote spiderman80 20-3-2014 10:53 AM
Budak kita pandai dalam dua perkara sebenarnya, pelajaran dan pembikinan klip video 3gp.
Quote Innrukia 20-3-2014 10:55 AM
Kenapa terlalu ramai dpt A? Adakah scale markah diturunkan? Dulu nak dpt B pun susahhhhhh.
Sorry soalan bodoh dr aku:lol
Quote satrianaga 20-3-2014 10:57 AM
Auta setiap tahun daripada KPM. Tiap2 tahun naik. Tapi masuk universiti sayur gak. Kalu beran publish laa graph scale pemarkahan.... biar tgk berapa markah untuk boleh A.
Quote yenil95 20-3-2014 11:03 AM
sebab semakin ramai budak..semakin naikla bilangan yg dapat semua A..cuber cek peratusan...
Quote pencinta_achor 20-3-2014 11:05 AM
result spm dah kuar eh?
Quote poyohabis 20-3-2014 11:09 AM
kalo anak aku pun aku nak gak dpt semua a
Quote anony-mous 20-3-2014 11:09 AM
satrianaga posted on 20-3-2014 10:57 AM
Auta setiap tahun daripada KPM. Tiap2 tahun naik. Tapi masuk universiti sayur gak. Kalu beran publis ...

yg ni aku stujukkk!!
Quote montkoda 20-3-2014 11:39 AM
satrianaga posted on 20-3-2014 10:57 AM
Auta setiap tahun daripada KPM. Tiap2 tahun naik. Tapi masuk universiti sayur gak. Kalu beran publis ...

SETUJU
Quote R2D2 20-3-2014 11:45 AM
satrianaga posted on 20-3-2014 10:57 AM
Auta setiap tahun daripada KPM. Tiap2 tahun naik. Tapi masuk universiti sayur gak. Kalu beran publis ...

setuju   !!
Quote robotech 20-3-2014 11:49 AM
Makin penuh matrikulasi, dan Form 6. Yang mana yang dapat keputusan bagus tapi tak dapat Matrikulasi dan Form 6, konpem minta program diploma di Politeknik dan program diploma IPTA, yang mana kebanyakannya syarat kemasukan adalah 5 kredit sahaja.

Lepas tu syarat kemasukan diploma pula akan dinaikkan sebab majoriti yang apply result semua kredit atau banyak A.

Stendet ....
Quote klkl 20-3-2014 12:01 PM
mana tak ramai
markah 60 lebih pun kira A.. walaupun A-

kalau igcse..
90 and above is A* (A star)
80 and above is A
70 and above is B
60 and above is C..
Quote iza_yuss 20-3-2014 12:19 PM
Innrukia posted on 20-3-2014 10:55 AM
Kenapa terlalu ramai dpt A? Adakah scale markah diturunkan? Dulu nak dpt B pun susahhhhhh.
Sorry s ...

aku rase camtu lerr....

sbb yg pergi IPT ni, sendu tau....

kualiti lulusan SPM sekarang dengan zaman2 80an dan 90an tu jauh.... yg 80an dan 90an ni lg berkualiti.....x caye, try gi ke IPTA, try ngajor budak2 ni.... tanye maths, dpt kredit.... tapi simple equation pon kdg xleh buat....
Last edited by iza_yuss on 20-3-2014 12:21 PM

Quote chaintea 20-3-2014 12:25 PM
Scale markah cmne? Diadjust lagi ka?
Quote yusrin 20-3-2014 12:41 PM
iza_yuss posted on 20-3-2014 12:19 PM
aku rase camtu lerr....

sbb yg pergi IPT ni, sendu tau....

terima lah hakikat
tengok volume nampak semakin ramai
tapi percentage braper je
jgnla asik kata zaman kita je yg bagus...  
Quote slippergombak 20-3-2014 12:47 PM
Kerjaya pada adik2 yg tak mendapat keputusa  cemerlang pada spm.. jangan putus asa, ada peluang pekerjaan yg untuk adik2...


Quote carold 20-3-2014 12:52 PM
Doter akak dapat 7A,1B..

Sangat bersyukur..n memang menangis tadi kat sekolah
sangat tak sangka..dlm keadaan kami waktu tu ditimpa dugaan..doter pun tak banyak ulangkaji
dapat juga doter result sebaik ini.
Alhamdulillah..
Quote annehuda 20-3-2014 12:52 PM
Innrukia posted on 20-3-2014 10:55 AM
Kenapa terlalu ramai dpt A? Adakah scale markah diturunkan? Dulu nak dpt B pun susahhhhhh.
Sorry s ...

boleh jadi jugak kaka Inn

mcm kazen ai, masa form 4 & 5 kt sebuah mrsm yg dirahsiakan namanye kalau exam peringkat sekolah je Bahasa Inggeris tak penah lulus. gagal sesaje. bile SPM boleh dpt B3. ade yg komen sbb die lelaki mmgla mcm tu simpan senjata rahsia saat akhir kekdahnye, tp ape jadahnye BI spm B3 buat ayat simple pun tak leh?

Lihat semua komen(195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top