CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12,726 Mengulang SPM

29-5-2014 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4033| Komen: 8

Description: Menurut Kenyataan Lembaga Peperiksaan, Seramai 12,726 Orang Calon Telah Mendaftar Untuk Menduduki Spm (Ulangan) Pada Tahun Ini Di 227 Pusat Pemeriksaan Yang Akan Dibuka Di Seluruh Negara.



KUALA LUMPUR: Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Ulangan) 2014 akan berlangsung pada 9 hingga 12 Jun depan.


Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, seramai 12,726 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM (Ulangan) pada tahun ini di 227 pusat pemeriksaan yang akan dibuka di seluruh negara.



Seramai 1,590 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.


Ia membabitkan kertas Bahasa Melayu dengan 5,882 calon, Matematik (2,797 calon), Sejarah (567 calon), Bahasa Melayu dan Matematik (1,539 calon), Bahasa Melayu dan Sejarah (854 calon), Matematik dan Sejarah (220 calon), Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah (867 calon).

Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan itu berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 29-5-2014 01:04 PM
boring dah belajar ni
Quote DianKdeja 29-5-2014 02:08 PM
releven lagi ker spm pada masa sekarang
Quote tebuanharimau 29-5-2014 02:19 PM
femes dgn panggilan repeat paper
Quote alinone78 29-5-2014 02:22 PM
Good for them
Quote xAthenax 29-5-2014 02:28 PM
my daughter friend seorang pun retake BM paper
aritu BM dapat D
Quote R2D2 29-5-2014 02:58 PM
kalau setakat 1 papers bukan ke ada Kertas Julai ka?
Quote zjen 29-5-2014 03:28 PM
tak payah la mengulang,  graduan pon ramai yg tanam anggur
Quote insulin 29-5-2014 03:32 PM
Susah sangat ke subjek BM ni? Rasa pelik plak. Patutnya kan senang.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057973 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top