PETALING JAYA - "Jangan sampai sampah menggunung baru tindakan hendak diambil," demikian luahan seorang penduduk, R Lingam, 67 yang tidak selesa dengan keadaan sisa sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di bahu jalan besar berhampiran Taman Buana Perdana di sini. Menurut Lingam, penduduk di kawasan ini terpaksa menahan bau busuk sampah tersebut sejak lokasi berkenaan menjadi tapak sampah haram sejak enam bulan lalu. "Sampah-sampah itu dibuang penduduk tak bertanggungjawab. "Malah peniaga-peniaga gerai haram di kawasan berhampiran juga kebanyakannya mengambil kesempatan untuk membuang sampah di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian. Lingam memaklumkan bahawa pada mulanya, lokasi membuang sampah di tapak berkenaan hanya menjadi tumpuan segelintir pihak, namun sejak kebelakangan ini pembuangan sampah haram semakin kerap dan membimbangkan. “Jika tak dikutip, ia akan bersepah sehingga ke bahagian tengah jalan dan dikerumuni lalat,” katanya. Seorang penduduk lain, Mohd Yaakob Mohd Sharii, 52, berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini mampu mengundang risiko bahaya khususnya buat masyarakat setempat disebabkan oleh terdedah kepada pelbagai serangan penyakit. Malah katanya, lokasi pembuangan sampah itu turut mengundang kehadiran anjing liar pada setiap hari. “Kanak-kanak dan orang awam turut terdedah kepada bahaya disebabkan oleh anjing liar ini dan tindakan segera harus diambil pihak bertanggungjawab. "Walaupun Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sini telah memanjangkan isu tersebut kepada pihak bertanggungjawab, masih tiada sebarang tindakan tegas diambil sehingga kini bagi menyelesaikan isu tersebut," katanya.
|
-electrifying- posted on 20-3-2014 12:53 PM
india buat aduan... hahaha tak tahu knpa aku xleh trima dan nk tergelak
-electrifying- posted on 20-3-2014 02:45 PM
mmg la, cuma tak tau kenapa menggelikan hati, haih...
lebih2 lgi melibatkan sampah dibahu jalan ; ...
-electrifying- posted on 20-3-2014 12:53 PM
india buat aduan... hahaha tak tahu knpa aku xleh trima dan nk tergelak
ADVERTISEMENT